Bagaimana untuk Membuat Pesanan di Dashboard Ninja

Menggunakan Ninja Dashboard


Sila ambil perhatian bahawa semua Ninja Pack PERLU dibuat pesanan penghantaran di Ninja Dashboard sebelum diletakkan di Ninja Point (drop off) atau menjadualkan penghantaran (pick up). Menulis perincian penerima di belakang Ninja Pack adalah TIDAK WAJIB tetapi disediakan sebagai rujukan untuk kesenangan penghantar dan penerima sahaja.

 

Selepas anda menerima Ninja Pack, anda boleh menggunakannya terus dengan pek barang anda dan pergi ke laman Ninja Dashboard untuk membuat pesanan penghantaran!

Jika anda tidak mempunyai akaun, maka daftar sebagai pengguna Lite Account di sini.

Lihat tutorial di bawah tentang bagaimana membuat pesanan Ninja Pack

Langkah 1
Daftar sebagai pengguna Lite Account,
Atau jika anda sudah ada akaun, sila daftar masuk di sini.

Langkah 2
Tekan 'Create Order' atau 'New Order'
dan pilih 'Create a Ninja Pack Order'

Langkah 3
Masukkan alamat pemulangan anda

Langkah 4
Pilih antara 'type orders via keyboard' atau 'upload a file'
1) 'Type orders via keyboard' adalah bagi mereka yang mempunyai pesanan yang sedikit dan lebih selesa untuk menaip perincian satu demi satu. Hanya perlu masukkan ID penjejakan di Ninja Pack dan masukkan perincian yang lain.
2) Jika anda mempunyai banyak Ninja Pack yang perlu dihantar pada waktu yang sama, kami cadangkan anda muat naik secara pukal. Tutorial tersebut boleh dijumpai di bawah.

Langkah 5
Klik simpan (save) dan anda boleh letakkan barang anda di Ninja Point (drop off) atau menjadualkan pengambilan barang (pick up)

Muat naik fail

Muat naik fail adalah bagi mereka yang mempunyai pesanan Ninja Pack yang banyak dan lebih suka untuk memuat naik secara sekali gus.

Anda boleh lihat video tutorial di bawah untuk mempelajari cara untuk memuat naik secara pukal:

 

Langkah 1
Apabila membuat pesanan, pilih 'upload a file'

 

Langkah 2
Muat turun contoh templat

 

Langkah 3
Dalam contoh templat tersebut, isi ruangan kosong dengan perincian penerima tetapi sila ambil nota bahawa beberapa ruangan adalah wajib diisi dan tidak boleh dipadam.
Ninja Pack ID
Recipient's name
Phone number
Address 1
Postcode
Ruangan selebihnya adalah tidak wajib untuk diisi dan hanya sebagai rujukan anda sahaja.

 

Langkah 4
Simpan fail anda dan muat naik di Ninja Dashboard

 

Langkah 5
Selepas fail anda telah dimuat naik, edit pemetaan anda dan pastikan perinciannya adalah betul sebelum disimpan (save). 

 

Langkah 6
Tekan 'save and continue' dan anda boleh mula menjejak barang anda!

Perkara lain untuk diberi perhatian:

 

serviceable area-bm