Bagaimana Menggunakan Ninja Pack

Panduan Langkah Demi Langkah

1) Buat pesanan untuk membeli Ninja Pack

Anda boleh membeli Ninja Pack secara atas talian dan anda akan menerima pesanan anda dalam masa 1-3 hari bekerja, ATAU anda boleh membuat pembelian Ninja Pack secara luar talian di kedai terpilih yang boleh didapati disini (pastikan yang anda klik pada pilihan 'Buy a ninja pack' sahaja). 

2) Bungkus dan buat pesanan Ninja Pack

Bungkus pesanan anda dengan menggunakan Ninja Pack dan buat pesanan penghantaran di Ninja Dashboard. Perlukan bantuan untuk membuat pesanan anda? Sila rujuk di laman Shipment Order Creation Guide.

 

3) Buat serahan atau jadualkan pengambilan (pickup)

Anda hanya perlu membuat serahan atau drop off di mana-mana lebih 4000 Ninja Point di seluruh negara. Tidak pasti dimana tempat serahan terdekat? Buat carian anda dengan menggunakan carian Ninja Point!

Selain itu, kami turut menawarkan ambilan percuma kepada pengguna Ninja Pack sehinggalah notis selanjutnya. Jadualkan ambilan percuma sekarang!

 

4)Jejak bungkusan anda dengan mudah

Dengan teknologi jejakan nyata dari Ninja Van, kini anda boleh mengetahui di mana bungkusan anda berada di mana sahaja pada bila-bila masa. Anda hanya perlu melayari  laman jejakan Ninja Van, masukkan tracking ID bungkusan anda dan ketahui di mana bungkusan anda berada.

 

5) Kami akan menghantar Ninja Pack anda dengan pantas!

Bungkusan anda akan dihantar kepada penerima anda dalam masa 3 hari bekerja. Sekiranya bungkusan anda tidak berjaya dihantar setelah kami membuat 3 kali percubaan penghantaran, Ninja Pack anda akan dihantar kembali kepada alamat pengembalian.