[Info terkini PKP] Khidmat pengambilan barang percuma kini tersedia untuk semua pengguna Ninja Packs sehingga kemas kini lanjut. Ketahui disini>

Cara bermula

Panduan pengguna Ninja Pack yang baharu

1) Apakah itu Ninja Pack?

Ninja Pack ialah produk penghantaran prabayar yang dibeli terdahulu secara online atau melalui kedai MBE terpilih. 
Harga Ninja Pack adalah berbeza bergantung kepada jenis dan saiz.
what's included in ninja pack-bm

2) Bagaimana cara untuk menggunakan Ninja Pack?

Beli Ninja Pack secara terdahulu, pek dan buat pesanan di Ninja Dashboard sebelum menjadualkan pengambilan (pick up) anda. Secara alternatif, anda boleh meletakkan bungkusan anda di mana-mana 4000+ Ninja Point yang boleh dijumpa di sini.
steps to use ninja pack-bm

3) Di mana saya boleh membeli Ninja Pack?

Ninja Pack boleh dibeli di my-packs.ninjavan.co, kedai Shopee official kami di Ninja Van Malaysia, kedai Lazada official kami di Ninja Van Malaysia atau secara offline di kedai MBE terpilih dalam Semenanjung Malaysia 
learn more-bm Shopee Lazada MBE Logo

 

4)  Bilakah akan saya menerima Ninja Pack jika saya membelinya secara online melalui my-packs.ninjavan.co?

Anda patut menerima e-mel pengesahan pesanan selepas menempatkan pesanan, diikuti satu lagi e-mel yang mengandungi nombor penjejakan selepas pesanan anda telah dihantar (shipped out). Pada kebiasaannya, anda akan menerima pesanan anda pada hari bekerja seterusnya jika pesanan ditempatkan pada hari bekerja (Isnin - Jumaat) sebelum jam 1 petang. Pesanan yang ditempatkan selepas jam 1 petang atau pada hujung minggu dan cuti umum akan dihantar dalam 1-3 hari bekerja.

5) Berapa kos penghantaran Ninja Pack?

Ninja Pack mempunyai kadar rata di seluruh Semenanjung Malaysia, bermaksud anda boleh menghantar barang ke seluruh Semenanjung Malaysia tanpa caj tambahan atau tersembunyi. Harga untuk setiap Ninja Pack ditentukan oleh saiz dan jenis Ninja Pack yang ingin dibeli tanpa had berat.

 type and ninja pack size-bm

Perkara lain untuk diambil tahu:

 

serviceable area-bm