Kes Scammer Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Buang Bungkusan Anda dengan Betul
Kita masih lagi berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP sekali lagi. Ini penting bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Walaupun kita terpaksa duduk di rumah, tetapi aktiviti pembelian atas talian masih berjalan seperti biasa dan sangat digalakkan untuk mengelakkan orang ramai daripada terkena jangkitan virus.
Kalau dahulu, online shopping ini mungkin dianggap sebagai hobi sambilan bagi sesetengah orang. Tapi kini, mahu tak mahu aktiviti online shopping ini sudah menjadi sebagai satu kewajipan. Nak keluar pun bahaya. Lebih baik shopping dari rumah kan?
Akibatnya, makin ramailah orang yang duduk di rumah shopping untuk barang keperluan.
Credit: Giphy
Adakah anda pun suka shopping online dan kerap menerima bungkusan apabila berada di rumah? Jika ya, ini untuk anda!
#. Saat anda membuat pembelian..
Kredit: Giphy
Adakah anda membeli sesuatu dalam talian akhir-akhir ini? Sekiranya ya, bagaimana anda membuang bungkusan anda?
Sekiranya anda selalu membuang bungkusan anda secara sambil lewa atau merata-rata, di sinilah kami memerlukan anda untuk berhati-hati.
Tahukah anda bahawa terdapat scammer yang akan menggunakan maklumat peribadi anda sebagai satu cara untuk memaksa anda membuat pemindahan wang atau pembelian?
Kredit: Giphy
Mesti anda tertanya-tanya kan macammanalah agaknya scammer boleh dapat maklumat anda? Kalau anda nak tahu, mereka dapat maklumat tersebut melalui bungkusan atau sampul pos yang anda buang.
Bungkusan anda sebenarnye mengandungi maklumat peribadi berkaitan nama, alamat dan nombor telefon anda. Ini adalah antara maklumat yang sangat berharga dan perlu anda simpan dengan baik dan tidak seharusnya jatuh ke tangan orang lain.
Setelah mereka berjaya memperoleh maklumat anda, terutamanya nombor telefon, scammer ini akan menggunakan pelbagai taktik seperti terus memanggil anda dan mengganggu anda.
Jika terdapat nombor yang mencurigakan yang menghubungi untuk memperoleh maklumat peribadi anda, anda akan tahu apa yang harus dilakukan.
Sebuah artikel dari The Star telah mengetengahkan isu ini. Terdapat beberapa kes di mana scammer menggunakan maklumat tersebut untuk menipu anda agar menerima bungkusan palsu melalui kaedah Cash on Delivery dan juga menyamar sebagai pihak kurier penghantaran.
Kejadian ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga berlaku kepada orang-orang dari negara lain kerana semakin banyak orang menjadi mangsa scammer online dan memperdaya ramai orang.
#2. Apa yang anda boleh lakukan?
Pertama, berhati-hatilah dan berwaspadalah sewaktu membuang bungkusan. Setelah membuka bungkusan anda, buangkannya dengan betul, dan pastikan tiada maklumat pada bungkusan anda.
Kedua, jangan buang bungkusan anda ke tempat yang mana orang boleh mengambilnya dengan mudah.
Pastikan anda buang bungkusan anda dengan betul untuk melindungi diri anda daripada scammer online. Sekiranya boleh, pastikan juga tiada satu maklumat anda pun yang berada pada bungkusan tersebut.
Ketiga, jika perkara ini berlaku kepada anda, jangan panik dan mempercayai apa sahaja yang scammer online katakan kepada anda. Siasat dahulu siapa dan jika pemanggil sangat mencurigakan, jangan kongsi apa-apa maklumat.
Sekiranya anda mendapati bahawa keadaan menjadi tidak terkawal atau berpotensi mengancam nyawa anda sendiri, segera laporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa tempatan.
#3. Menggunakan Ninja Pack sebagai satu alternatif untuk penghantaran selamat dan pantas.
Sekiranya anda seorang peniaga online, sangat penting untuk anda memastikan bahawa maklumat peribadi pelanggan anda dilindungi dengan baik. Dan anda boleh membantu mencapainya dengan menggunakan Ninja Pack.
Semua pesanan dan maklumat penting pelanggan akan dilindungi apabila anda membuat pesanan secara atas talian untuk penghantaran, sehingga tidak ada ruang bagi scammer untuk memperoleh data anda untuk keuntungan mereka. Kami hanya akan menggunakan kod QR yang terdapat pada Ninja Packs untuk mengakses maklumat yang diperlukan untuk penghantaran, yang hanya dapat diakses oleh Ninja Van.
Anda hanya perlu menulis maklumat asas penerima pada Ninja Pack untuk kemudahan penggunaan untuk anda dan rujukan penerima anda.
Hantarkan barang anda hari ini dengan perkhidmatan penghantaran yang pantas dan boleh dipercayai daripada Ninja Pack. Baca lebih banyak maklumat mengenai Ninja Pack di sini.
Kami berharap bahawa artikel ini akan memberi penerangan mengenai isu ini dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pembeli dalam talian mengenai penipuan scammer online yang melibatkan pakej penghantaran.
Bagi mereka yang berminat dengan Ninja Pack, kami mempunyai promosi menarik untuk anda!
Gunakan kod NINJABLOG untuk mendapat Ninja Trial Pack untuk anda menghantar bungkusan anda dengan pantas tanpa drama!
Klik di sini untuk mendapat Ninja Trial Pack secara PERCUMA bernilai RM25.00.