6 Sebab Anda Perlu Pilih Ninja Packs untuk Pos Barang

Nak hantar bungkusan tetapi tidak tahu nak pilih perkhidmatan kurier yang mana? Mengapa tidak anda memilih Ninja Van, syarikat kurier penghantaran yang menawarkan perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai di Malaysia.

Kami menyedari bahawa kadangkala, proses penghantaran barangan boleh menjadi sangat rumit untuk pengirim.

Itulah sebabnya kami telah menghasilkan satu penyelesaian penghantaran yang mudah untuk memudahkan penghantaran barangan anda iaitu dengan menggunakan Ninja Pack

Ninja Packs collection

Ninja Pack adalah sampul pos prabayar yang anda boleh gunakan untuk menghantar barangan anda ke mana-mana destinasi di Semenanjung Malaysia. Ianya adalah sampul pek terbaik kerana ia menawarkan penyelesaian sehenti untuk semua masalah penghantaran anda. Kami beri anda 6 SEBAB kenapa anda perlu menggunakan sampul pos Ninja Pack untuk penghantaran anda!


#1. Cepat dan efisien.

Kredit: Giphy

Penghantaran sampai keesokan harinya? Biar betul! Kesemuanya dapat dilakukan dengan Ninja Pack kerana kami akan menghantar barang anda dalam masa 1 hingga 3 hari bekerja bergantung pada lokasi anda di Semanjung Malaysia dan ianya lebih cepat dan pantas berbanding syarikat penghantaran lain.

#2. Penghantaran sampai rumah.

Kredit: Giphy

Setelah anda membuat pesanan, kami akan menyerahkan bungkusan anda terus ke depan pintu penerima anda. Dengan penghantaran tanpa hubungan, bungkusan anda akan dihantar dengan selamat lagi-lagi sewaktu musim pandemik ini!

Sebagai pilihan, anda juga boleh mengambil bungkusan anda dari Ninja Points menggunakan Ninja Collect kerana kami mempunyai lebih dari 4000 Ninja Point di Malaysia. Ianya sangat mudah! Apa yang anda perlu lakukan ialah memilih Ninja Point berdekatan anda dan pilih alamat Ninja Point sebagai Alamat Penghantaran! Setelah anda menerima pemberitahuan, anda boleh mengambil bungkusan anda!

#3. Tiga cubaan penghantaran.

Kredit: Giphy

Adakah penerima anda terlepas penghantaran bungkusan di rumah? Jangan risau! Ninja Pack mempunyai tiga percubaan penghantaran untuk penerima anda jika penghantaran pertama tidak berjaya. Dan sekiranya bungkusan itu masih belum dihantar setelah tiga hari, kami akan mengembalikan bungkusan itu kepada anda.


#4. Jejak bungkusan dengan mudah.

Kredit: Giphy

Ingin mengesan penghantaran bungkusan anda? Setiap Ninja Pack dilengkapi dengan teknologi penjejakan masa nyata, supaya anda dapat mengesan bungkusan anda, bila-bila masa dan di mana sahaja. Anda hanyalah perlu memasukkan Ninja Pack Tracking ID anda.


#5. Liabiliti.

Kredit: Giphy

Kami menyediakan penggantian untuk setiap bungkusan yang hilang atau rosak kerana salah pengendalian Ninja Pack dengan mengikut nilai bungkusan ataupun kurang daripada RM200.


#6. Yuran penghantaran percuma

Kredit: Giphy

Kenapa perlu bayar lebih untuk penghantaran kerana kos adalah PERCUMA! Ianya sangat menjimatkan dan memudahkan anda untuk membuat penghantaran dengan mudah pada bila-bila masa.

Ninja Pack mempunyai dua jenis pek polimer untuk memenuhi keperluan penghantaran anda. Pilihlah dari Regular Ninja Packs atau Padded Ninja Packs jika anda mahukan lebih banyak perlindungan untuk barang anda. Paket bundle kami terdapat dalam pelbagai saiz dan kuantiti, tersedia dalam laman web untuk pembelian secara atas talian.

Nak tahu saiz Ninja Pack apa yang sesuai dengan anda? Cubalah Ninja Trial Packs iaitu sebuah pek percubaan yang mempunyai tiga saiz berbeza. Juga tersedia untuk Regular Ninja Pack dan Padded Ninja Pack.


Adakah anda ingin mencuba Ninja Pack?

Regular Ninja Packs

Gunakan kod promo kami untuk mendapat Ninja Trial Pack PERCUMA untuk pelanggan baru.

Kod Promo: BLOGNINJA

Nak dapatkan Ninja Trial Pack? Tebus Ninja Trial Pack anda dengan KLIK DISINI.