Ada Isu dengan Barang Pelanggan Anda? Ini Apa Anda Patut Buat

Ninja Van customer service

Kredit: Wobbjobs.com

Di Ninja Van, kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan penghantaran terbaik dan penyelesaian penghantaran yang berkesan untuk memenuhi keperluan penghantaran pelanggan kami. Namun, dalam bidang perkhidmatan kami, kami mengakui bahawa isu dan salah komunikasi boleh berlaku.

Sewaktu penghantaran, terdapat risiko untuk barangan yang rosak ataupun hilang sewaktu dalam perjalanan untuk penghantaran. Kami memandang serius perkara ini, dan kami menyedari bahawa masalah mengenai bungkusan yang rosak atau hilang boleh memberikan pengalaman yang mengecewakan buat kedua pengirim dan penerima.

Sekiranya anda telah menerima aduan daripada pelanggan anda mengenai bungkusan yang rosak disebabkan oleh kecuaian pengendalian Ninja Van, sila hubungi khidmat pelanggan kami kerana kami sangat berbesar hati untuk melayani anda. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh mengunjungi halaman Soalan Lazim kami di sini.

Sekiranya terdapat masalah yang timbul, anda juga boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tuntutan dan perkara lain.



Nota Penting:

Untuk pengirim, sila semak senarai barang terlarang terlebih dahulu sebelum anda ingin menghantar barang anda menggunakan Ninja Pack. Ini untuk mengelakkan risiko kerosakan kerana Ninja Van tidak bertanggung jawab atas sebarang barang terlarang yang anda kirimkan.

Untuk sebarang tuntutan, ia mesti dikemukakan dalam masa 30 hari selepas membuat pesanan atau satu minggu daripada pesanan yang berjaya. Sekiranya anda mengemukakan permintaan selepas tempoh ini, permintaan tersebut tidak akan dilayan.


Untuk tuntutan atau perkara lain mengenai Ninja Pack, sila hubungi kami menggunakan maklumat di bawah:

Email: support_my@ninjavan.co

Mula Live Chat disini: >http://bit.ly/2RwyUBs