[Info terkini PKP] Khidmat pengambilan barang percuma kini tersedia untuk semua pengguna Ninja Packs sehingga kemas kini lanjut. Ketahui disini>

Berniaga sendiri? 3 sebab kenapa anda perlu gunakan Polymailer untuk hantar produk anda.

Adakah anda ingin berniaga secara online, dan sedang mencari bahan pembungkusan yang sesuai untuk membungkus barangan anda? Pembungkusan barangan yang elok dan kemas amat penting untuk menjamin keselamatan barangan anda.

Penggunaan kadboard sahaja tidak boleh memberi jaminan bahawa keadaan barang anda akan selamat ke tangan pelanggan anda. Apa yang anda perlukan ialah alternatif pembungkusan yang boleh melindungi barangan anda dengan lebih baik sewaktu ianya dalam penghantaran.

Sebab itulah, kami di Ninja Van telah mencipta sebuah penyelesaian yang lebih yang akan membantu menyelesaikan masalah pembungkusan anda dengan menggunakan polymailer.

Polymailer ataupun sampul pos telah banyak digunakan secara meluas oleh di Malaysia. Kebanyakan penjual atas talian sudah mula menggunakan polymailer untuk menghantar barangan mereka. Ini kerana penggunaan polymailer mempunyai banyak kebaikan dalam membantu penghantaran barangan.

Ia bukan sahaja dapat membantu anda menjimatkan kos tambahan, tetapi juga dapat memberikan perlindungan yang lebih baik daripada kotak

Adakah anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Berikut adalah tiga sebab mengapa anda harus memilih sampul polymailer untuk penghantaran barangan anda kepada pelanggan.

#1. Saiz padat sesuai untuk semua jenis barangan

Ninja Packs is easy to carry

Walaupun penggunaan kotak lebih tahan lama dan lasak, tetapi ianya mengambil banyak ruang berbanding dengan polymailer.

Polymailer mempunyai saiz yang lebih padat, kecil dan boleh dimuatkan atau disimpan dimana-mana dengan mudah.

Ianya juga ringan dan nipis yang akan lebih memudahkan penghantaran produk anda kerana ianya menjimatkan ruang penyimpanan.

Penggunaan kotak jauh lebih berat dan memerlukan ruang penyimpanan yang lebih besar. Akibatnya, anda perlu membayar kos penghantaran tambahan untuk barangan anda.

Sekiranya anda menggunakan polymailer, ianya akan membantu mengurangkan kos anda kerana saiznya yang jauh lebih ringan. Malah, anda tidak perlu bayar cas yang banyak berbanding dengan penggunaan kotak.

#2. Menjimatkan bajet dan masa anda

Ninja pack saves time

Membungkus dan menghantar barangan kepada pelanggan sememangnya mengambil masa dan boleh meningkatkan kos anda. Namun dengan memilih polymailer, anda dapat menjimatkan masa anda!

Bagaimana polymailer membantu anda dalam mengurangkan kos dan bajet anda?

Apabila anda menggunakan kotak untuk menghantar barang, anda perlu menanggung kos untuk bahan tambahan seperti pita pelekat dan bubble wrap.

Tetapi tidak dengan polymailer, kerana anda tidak perlukan pembungkusan yang rumit seperti kotak.

#3. Sesuai untuk penghantaran produk jenis e-dagang

Ninja pack for e-commerce

Polymailer memang sangat sesuai digunakan bagi peniaga online lagi-lagi kalau anda nak menghantar barang-barang kecil atau produk yang mempunyai kemasan yang kukuh.

Produk apa yang sesuai untuk anda hantar menggunakan polymailer?

Pilih polymailer sekiranya anda ingin menghantar pakaian, beg, atau bahan fabrik yang tidak mudah rosak sewaktu penghantaran.

Selain itu, anda juga boleh menghantar buku kerana ianya lebih tahan lasak yang mana polymailer sangat sesuai digunakan untuk tujuan ini.

Begitu juga dengan produk kecantikan kerana ianya mempunyai pembungkusan yang tegap dan kuat. Anda juga boleh menggunakan bubble wrap untuk lebih melindungi barangan anda.


Perkhidmatan penghantaran terbaik bermula dengan Ninja Pack

Ninja packs collection

Memilih polymailer yang tepat akan memberi manfaat kepada anda dalam jangka masa panjang kerana ia membantu memastikan barangan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Apa yang anda perlu buat adalah memastikan anda membeli saiz yang sesuai untuk barangan anda.

Dengan Ninja Pack, anda boleh memilih untuk menghantar barang anda dalam saiz XS, S, M Lite dan M. Pilih saiz XS dan S jika anda menghantar barang kecil, atau pilih ukuran M Lite dan M untuk menghantar barang, pakaian atau kasut yang besar.

Kami mempunyai dua jenis Ninja Pack. Ninja Pack Regular adalah sejenis polymailer atau pembungkusan biasa yang tidak mempunyai bubble wrap. Sekiranya anda memerlukan perlindungan tambahan untuk barang anda, anda boleh memilih Padded Ninja Pack kerana ianya mempunyai padding yang serupa dengan bubble wrap yang terdapat di dalamnya.

Dilengkapi dengan teknologi masa nyata yang eksklusif, anda boleh dapat mengesan bungkusan anda dengan mudah dengan menggunakan Ninja Tracking ID dimana sahaja, pada apa jua waktu.

Sebagai bonus tambahan untuk anda, Ninja Pack turut mempunyai penghantaran PERCUMA terus ke rumah anda. Jadi, anda tidak perlu membayar kos penghantaran tambahan.

Sekiranya perniagaan anda menghantar kurang dari 250 bungkusan sebulan, anda harus mencuba Ninja Pack!

Dan jika anda mempunyai perniagaan yang menghantar jumlah pesanan lebih daripada 250 bungkusan sebulan, daftar segeralah dengan akaun pro kami!


Berita baik untuk pembaca kami!

Kami mempunyai tawaran istimewa untuk anda: D

Gunakan kod promo kami WELCOME dengan diskaun RM5 untuk pembelian Ninja Pack pertama anda.