Nak Kembangkan Perniagaan? Ini 8 Strategi Pemasaran Tanpa Kos Mahal!
Ketahui strategi dan teknik promosi pemasaran dengan kos rendah yang akan membantu perniagaan anda di Malaysia
Sekiranya anda memiliki perniagaan, anda mesti tahu betapa susah nak mengembangkan perniagaan anda. Bukan setakat nak mengendalikannya sahaja, anda seharusnya tahu bagaimana anda boleh memasarkan perniagaan anda untuk mendapat lebih ramai pelanggan.
Begitulah adat berniaga. Kalau hendak untung, kenalah keluarkan modal terlebih dahulu. Lagi-lagi berkaitan dengan pemasaran.
Kredit: Giphy
Seperti yang anda sudah sedia maklum, kos pemasaran sememangnya agak mahal. Walaupun begitu, ianya amat penting bagi sesebuah perniagaan. Dengan pemasaran, anda boleh mempromosikan dan meningkatkan jualan perniagaan anda.
Seperti kita sedia maklum, Covid-19 telah memberikan kesan dan impak yang besar pada banyak perniagaan di Malaysia. Ramai diantara peniaga yang telah menerima kesannya dan kami mengerti buat masa ini, apa yang lebih penting bagi peniaga adalah untuk mempertahankan bisnes mereka.
Dan ini boleh dilakukan dengan mengambil langkah-langkah dan strategi pemasaran perniagaan yang terbaik dan berkesan untuk membantu perniagaan anda.
Ini adalah masa terbaik untuk anda mengambil peluang untuk mengembangkan perniagaan anda. Jom baca 8 strategi pemasaran terbaik dengan kos rendah yang anda boleh lakukan hari ini.
#1. Content is king.
Kredit: Pexels
Ini merupakan sebuah ungkapan yang cukup tidak asing lagi dalam dunia pemasaran. Peniaga yang hebat dalam pemasaran adalah peniaga yang dapat menghasilkan penceritaan mengenai jenama mereka. Anda perlu mengetahui betapa pentingnya kandungan dan penceritaan untuk perniagaan anda. Ia juga membantu merapatkan diri anda dengan pelanggan anda.
Membuat blog adalah salah satu strategi pemasaran yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa. Kalau anda pandai menulis blog, lagilah baik!
Salah satu nasihat penting daripada pakar pemasaran yang anda boleh praktikkan ialah apa jua kandungan seperti posting ataupun perkongsian yang anda buat mestilah relevan dengan perniagaan anda dan juga bermakna buat pembaca anda. Selain itu, satu tip menarik untuk anda ialah dengan menghasilkan kandungan yang menarik yang dekat dihati mereka.
Sewaktu anda ingin menghasilkan kandungan anda, fikirkan mengenai audiens anda. Apa yang mereka suka baca dan apa yang bermanfaat untuk mereka. Dengan menyelidik kandungan yang mereka suka baca, ia akan membantu anda untuk membuat kandungan yang bermanfaat tetapi pada masa boleh juga menarik minat pembaca menjadi pelanggan anda.
Tanya soalan-soalan ini terlebih dahulu sebelum anda mula menulis.
Adakah audien saya akan tertarik dengan artikel ini?
Adakah ia membantu saya untuk mempromosikan perniagaan saya?
Selepas anda mempunyai kandungan menarik untuk dipromosikan, audien akan mula tertarik dengan artikel anda, secara tak langsung anda mungkin mempunyai pembaca yang setia!
Tips #1: Kandungan blog seperti tips, ulasan dan tutorial adalah antara kandungan yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Anda juga boleh menulis artikel yang berinformasi untuk dikongsi bersama pembaca anda.
#2. Gunakan kuasa media sosial.
Kredit: Unsplash
Makan, tidur, semuanya sekarang mesti bermula dengan media sosial. Itu sahaja telah menunjukkan betapa besar pengaruh media sosial dalam kalangan masyarakat kita sekarang. Semakin ramai orang menggunakan media sosial untuk pemasaran dan, sekiranya anda sendiri tidak menggunakannya, ia sememangnya merugikan kerana dimana sahaja pelanggan anda berada, disitulah sepatutnya anda berada.
Apa yang menarik dengan media sosial ini ialah orang ramai dapat mengenali jenama anda dengan lebih dekat dan meningkatkan kehadiran anda dalam alam maya. Platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, dan Tiktok, adalah platform yang boleh anda gunakan untuk bisnes anda.
Menurut Vase.ai berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2019, lebih dari 66% rakyat Malaysia yang membeli belah bersetuju bahawa salah satu rangsangan untuk membeli belah atas talian adalah melalui laman media sosial dan laman web eDagang. Laman web dan aplikasi seperti YouTube, Vimeo, dan Twitch juga adalah satu faktor yang membantu pelanggan untuk membuat pembelian.
Masih rasa media sosial tak penting?
Tips #2: Jangan hanya post gambar dan video sahaja dalam laman media sosial anda. Tetapi cuba anda mula berinteraksi dengan pelanggan untuk membina kepercayaan anda. Anda juga boleh berinteraksi dengan akaun media sosial jenama lain untuk menarik perhatian pelanggan lain.
#3. Hasilkan video informatif.
Kredit: Pexels
Tahukah anda, video juga boleh membantu meningkatkan jualan perniagaan anda. Sebelum rakyat Malaysia membuat pembelian, mereka akan membaca ulasan dan panduan terlebih dahulu untuk membantu mereka membuat keputusan. Video anda boleh datang dalam bentuk testimoni blog atau video berpendidikan.
Tetapi, kami faham bukan semua orang boleh membuat video.
Sekiranya anda tidak mempunyai bajet untuk menggaji editor video sebagai pekerja anda, anda boleh sahaja mengupah khidmat editor video bebas. Sekiranya, anda mempunyai pekerja yang boleh membuat video untuk anda, ia merupakan bonus buat anda!
Tips #3: Terdapat laman web yang menawarkan editing video untuk pemasaran secara percuma atau pada harga berpatutan.
#4. Infografik. Kredit: Canva Infografik adalah gambaran visual yang padat dengan maklumat. Apa yang menarik buat infografik ialah ianya mudah untuk dikongsikan dan penuh dengan gambaran berwarna warni. Infografik juga boleh membantu mempromosikan bisnes anda dan membantu membawa trafik ke laman web anda. Untuk permulaan, anda boleh berkongsi fakta mengenai industri anda atau sebarang tips berkaitan dengan perniagaan anda yang anda rasakan boleh memberi manfaat untuk audien ada. Tips #4: Seperti video, Infografik adalah grafik yang tidak mudah dihasilkan tetapi jangan risau kalau anda tidak mempunyai bakat grafik kerana anda boleh menghasilkannya dengan laman web seperti Piktochart. #5. Buat peraduan atau giveaway. Kredit: Pexels Pernahkah anda menyertai apa-apa pertandingan secara atas talian ataupun melihat giveaway di laman media sosial? Seronokkan pertandingan begini? Manakan tidak, ramai peniaga menggunakan pertandingan ataupun giveaway untuk menarik ramai lagi pelanggan untuk mengenali jenama mereka sebagai salah satu taktik pemasaran. Bukan sahaja boleh tambah followers, tetapi anda juga boleh mendapat ramai jualan daripada pelanggan.
Kredit: Giphy
Dengan pertandingan begini, ia dapat membantu mempromosikan perniagaan anda dengan mudah dan turut membantu mengembangkannya. Pengikut akaun anda juga akan bertambah teruja dan sentiasa mengikuti perkembangan bisnes anda.
Tips #5: Pilihlah dan rancang peraduan atas talian yang terbaik buat bisnes anda. Sekiranya anda ingin mempromosikan pakaian, cuba gunakan caption Instagram seperti #OOTD ataupun gunakan hashtag #namakempen anda.
#6. Menggunakan kembali content lama anda.
Kredit: Unsplash
Bukan senang nak mendapatkan idea untuk mendapatkan kandungan yang menarik dan menghiburkan. Tetapi, anda sebenarnya tidak perlu untuk mencari idea baru setiap masa. Anda hanya perlu menggunakan semula bahan lama yang anda ada dan jadikannya seperti baru.
Adakah kandungan blog anda mempunyai banyak perkongsian daripada pembaca? Apa kata ambil isi kandungannya dan jadikannya seperti video?
adakah anda mempunyai artikel lama yang boleh diberi nafas baru? Anda boleh hasilkan siri email pendidikan untuk pelanggan.
Tips #6 : Ambil masa anda untuk melihat semula kandungan lama anda dan buat pemasaran baru untuk bisnes anda.
#7. Minta review atau ulasan daripada pelanggan anda.
Kredit: Pexels
Pernah tak anda terfikir kenapa Shopee selalu menggalakkan pembelinya untuk memberi review atau ulasan dan berikan bintang kepada penjual online setelah anda membeli barang daripadanya? Perbuatan ini dipanggil social proof. Atau bukti sosial sebagai satu pembuktian kepada pelanggan lain mengenai khidmat serta servis mereka dari kaca mata pelanggan.
Malah, sebelum kita beli barang pun, kita mesti lihat terlebih dahulu review daripada pelanggan lain untuk lebih menyakinkan kita untuk membeli barang.
Bukti sosial ini adalah sangat penting buat peniaga untuk membina reputasi perniagaan mereka secara atas talian.
Sungguhpun begitu, ulasan yang kurang enak adalah sudah menjadi asam garam buat yang berniaga. Adatlah pasti akan ada sesuatu yang peniaga perlu perbaiki. Tetapi pada masa yang sama, ulasan kurang baik ini jugalah yang akan membantu pelanggan anda menilai sejauh mana anda menangani permasalahan yang timbul untuk produk atau penghantaran barang anda.
Dengan ulasan jugalah, ia akan membantu menyakinkan pelanggan anda untuk terus membeli dengan anda dan mendapat kepercayaan kepada pelanggan anda.
Tips #7 : Tidak kira anda menerima ulasan atau komen yang baik atau buruk, santuni pelanggan anda dengan baik dan tunjukkan bahawa anda menghargai pendapat mereka.
#8. Program Referral.
Kredit: Pexels
Selain bukti sosial, satu lagi cara untuk bantu orang ramai tahu mengenai perniagaan anda adalah apabila ramai orang mula bercakap atau berkongsi mengenai bisnes anda?
Tidak ramai peniaga yang memanfaatkan cara ini iaitu dengan membesarkan jaringan pelanggan mereka menerusi perkongsian daripada pelanggan itu sendiri!
Cara ini dipanggil sebagai word of mouth marketing dan apa yang anda boleh lakukan ialah dengan mengadakan program referral
Apakah yang dimaksudkan dengan program referral?
Ia adalah sejenis program yang menawarkan ganjaran ataupun inisiatif bagi sesiapa yang mempromosikan perniagaan anda kepada orang lain.
Pelanggan anda sendiri boleh menjadi duta kecil perniagaan anda tau! Ini kerana ulasan dan cadangan dari mereka lebih asli dan akan mampu menarik keluarga dan sahabat mereka. Jangan main-main dengan peranan orang terdekat!
Lebih banyak mereka kongsi dengan rakan, lebih banyak ganjaran boleh menanti mereka!
Tips #8 : Beri ganjaran menarik untuk pelanggan anda setiap kali pelanggan anda berkongsi mengenai produk atau servis anda kepada orang lain.
Kami percaya 8 tips pemasaran ini dapat membantu anda mengembangkan perniagaan anda. Malah, ianya tidak memerlukan modal yang begitu besar. Anda pasti boleh melakukannya.
Gunakan Ninja Pack: Sampul pek terbaik untuk perniagaan anda
Seperti 8 tips pemasaran yang kami kongsikan Ninja Packs adalah sampul pos pilihan terbaik untuk sebarang perniagaan anda! Ketahui koleksi Ninja Pack kami untuk membantu mengembangkan perniagaan anda dengan lebih berkesan!
Untuk membantu anda memudahkan penghantaran, cubalah Ninja Trial Pack hari ini!
Gunakan kod ini untuk mendapatkan Ninja Trial Pack secara PERCUMA.
Kod Promo: BLOGNINJA
Jom klik disini untuk mendapatkan Ninja Trial Packs dan pos barang anda dengan mudah dan cepat!
Sumber:
https://vase.ai/resources/2017onlineshoppingtrends/via https://janio.asia/articles/why-are-malaysians-shopping-online/