6 Rahsia & Tips Copywriting untuk Naikkan Jualan Anda

Bagi mana-mana pemilik perniagaan, copywriting adalah salah satu skil dan aspek terpenting dalam pemasaran yang amat penting dalam membantu bagi mendapatkan jualan untuk perniagaan anda.

Anda mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan yang sangat baik, tetapi jika anda tidak dapat menarik minat pelanggan untuk membelinya, semua yang anda usahakan pastinya tidak dapat membuahkan hasil.

Pelanggan pada mulanya tidak akan berminat dengan produk anda melainkan...

Jika anda berjaya meyakinkan mereka bahawa produk anda sesuai dengan kehendak mereka dan pada masa yang sama dapat membantu mereka menyelesaikan masalah.

Sebab itulah, anda perlukan penulisan iklan atau caption yang berkesan yang dapat menarik perhatian khalayak sasaran anda dan akhirnya menarik minat mereka untuk membeli produk anda?

Apa tujuan copywriting yang berkesan ini sebenarnya?

  • Untuk membiasakan orang dengan jenama anda atau bertujuan untuk memasarkan produk anda.
  • Untuk meningkatkan penjualan dan pembelian.
  • Untuk mendapatkan tindak balas atau tindakan langsung daripada pelanggan anda.

Kemahiran copywriting yang sangat baik diperlukan tidak kira sama ada anda adalah seorang pemilik perniagaan yang berpengalaman, online seller mahupun seorang yang berpengaruh dalam platform atas talian.

Copywriting adalah kemahiran yang boleh dipelajari sesiapa sahaja. Dengan melatih diri anda untuk menulis caption serta penulisan iklan yang menarik, anda boleh menjadi pakar copywriting dalam masa yang singkat jika anda benar-benar tekad untuk berjaya menguasai skil ini.

Ini dia enam tips serta rahsia menarik untuk anda mula menulis copywriting berkesan yang boleh menaikkan produk jualan anda!


#1. Kenal pasti sasaran pembeli atau pasaran anda.

know your audience before you write an ad

Kredit: Pexels

“Kenal pasti terlebih dahulu siapa khalayak atau sasaran pembeli anda sebelum anda mula menjual produk atau menulis copywriting.”

Salah satu kesalahan yang paling biasa dilakukan oleh online seller ketika menulis caption atau copywriting untuk produk mereka adalah mereka gagal mengenal pasti khalayak sasaran mereka.

Sekiranya anda tidak tahu siapa sasaran pasaran anda, anda mungkin menghadapi masalah untuk meyakinkan mereka untuk membeli produk anda.

Dengan mengetahui latar belakang mereka seperti jantina, usia, dan sasaran kelompok mereka berada, ianya akan membantu anda menulis copywriting yang lebih baik. Anda boleh menggunakan maklumat yang anda kumpulkan untuk menulis caption yang lebih peribadi yang dapat disesuaikan dengan minat mereka dan penerimaan mereka terhadap produk anda.

Semasa menulis copywriting untuk produk anda, cuba bayangkan bahawa anda sedang menulis terus kepada khalayak sasaran anda. Pertimbangkan siapa sasaran audiens anda dan apa yang ingin mereka ketahui. Baca selami fikiran pelanggan anda dan bayangkan masalah yang sedang mereka alami dan bagaimana produk anda akan menyelesaikan masalah ini untuk mereka.

Yang paling penting, tulis copywriting seringkas yang mungkin dan penggunaan terma yang tidak difahami dalam penulisan iklan anda. Gunakan istilah yang lebih ringkas dan menarik untuk membantu mereka memahami. Jangan skema sangat orang kata? Tulis seumpama anda sedang bercakap di hadapan mereka.


#2. Tulis copywriting anda dengan berpandukan 3 perkara ini.


Buat headline atau ayat promosi yang menarik.

Headline yang memukau adalah asas penulisan iklan yang berkesan. Sebab inilah perkara pertama yang pelanggan anda akan lihat dalam iklan. Anda boleh tulis dalam bentuk fakta, pertanyaan, atau dialog. Salah satu cara untuk menulis headline yang menarik adalah dengan memberi tumpuan kepada masalah pelanggan sasaran anda dan bagaimana produk anda dapat memberikan penyelesaian.

Mcdonalds billboard Malaysia

Kredit: Marketing Magazine



Kedua, masukkan elemen emosi atau penceritaan.

Apabila anda memasukkan elemen emosi atau elemen yang menyentuh perasaan ke dalam copywriting anda, ianya akan lebih dekat dengan hati pelanggan anda.

Semasa menulis copywriting, gunakan perkataan yang dapat membangkitkan emosi pelanggan seperti perkataan yang melambangkan sesuatu yang eksklusif, kegembiraan, ketakutan, keyakinan, kesedihan, dan sebagainya.

Siti Khadijah billboard example
Kredit: Izzul Syazwan di Twitter melalui Google


Ketiga, sertakan sekali ayat call to action di akhir copywriting anda.

Banyak copywriter membuat kesilapan yang sama iaitu tidak memasukkan ayat call to action pada copywriting atau caption.

Apa pentingnya call to action ini? Call to action adalah arahan atau tindakan yang anda hendak pelanggan anda buat lepas baca caption anda. Anda nak mereka tekan ke, komen post anda ke, semua tu anda kena beritahu.

Anda boleh gunakan formula AIDA dapat membantu anda dalam membuat copywriting terbaik untuk pelanggan anda. Pelajari AIDA formula di sini.

AIDA formula

AIDA formula


#3. Satu ayat copywriting tidak semestinya boleh dipakai untuk semua iklan.

Solution

Kredit: Pexels

Setiap penulisan copywriting yang hebat bermula dengan rasa ingin tahu yang sebenar tentang bagaimana ayat copywriting itu dapat memberi inspirasi dan membantu orang.

Betul. Terdapat banyak sangat contoh ayat copywriting yang anda boleh ambil dalam Internet. Anda pun boleh dapatkan inspirasi atau meniru pesaing anda.

Tapi apa yang anda kena tahu ialah, tidak semestinya ayat-ayat yang anda rasakan berjaya untuk orang lain ini boleh akan ada hasil yang sama untuk iklan anda.

Walaupun anda menggunakan contoh copywriting yang popular misalnya,apa yang anda perlu tahu ialah kebanyakan copywriting ini boleh dipakai oleh semua orang yang membuatkan ianya tidak unik dan tidak sesuai untuk produk anda.

Kalau dah semua orang pakai copywriting yang sama, dah macammana kan pelanggan nak pilih.

Jangan terlalu obses nak hasilkan copywriting yang sempurna sebab ada kalanya anda berisiko untuk terlalu menjanjikan bulan dan bintang. Sebagai contoh, anda janjikan bahawa akan ada jaminan untuk produk anda tetapi anda tidak dapat buat perkara itu.



#4. Fokus kepada pelanggan bukan diri anda.

Differences between 2 types of ads

Kredit: Karola Karlson's blog

Adakah anda bingung mengapa sasaran pelanggan tak layan iklan anda langsung?

Cuba semak penulisan copywriting anda. Mungkin anda fokus menulis mengenai kehebatan bisnes anda sampaikan anda langsung tak fokus pada masalah pelanggan.

Penggunaan kata ganti nama diri penting sebenarnya.

Lebih banyak anda gunakan perkataan ‘kami’, lebih susahlah pelanggan anda nak lekatkan.


Cuba tengok contoh dibawah. Anda rasa mana yang best bila anda baca?

“Lepas gunakan minyak rambut ini, rambut anda akan lembut dalam masa 5 minit!”
“Kami cipta minyak rambut ini khas untuk anda!”

Perasan tak? Ayat pertama lagi menarik sebab ia fokus pada faedah yang pelanggan dapat. Tapi ayat kedua lebih kepada apa yang anda buat walhal pelanggan tak nak tahu pun sebenarnya. Lebih baik kalau anda fokuskan penulisan pada pelanggan anda.



#5. Tulis simple sahaja dan jangan meleret.

keep your copy short and simple

Kredit: Copywriting Course

Copywriting ini mudah sahaja. Tak perlu pun tulis panjang-panjang sebab pelanggan kadang dia scan sahaja. Apa yang penting anda tulis benda yang penting dan menarik untuk mereka baca.

Cuba guna kaedah KISS. Tulis pendek dan ringkas sahaja. Pastikan penulisan anda ada struktur yang cantik supaya pelanggan boleh baca dengan mudah. Anda boleh pakai emoji atau bullet form.

Nak tulis panjang boleh tapi ada caranya. Kalau nak baca lebih lanjut, Quicksprout mempunyai lebih banyak maklumat mengenai copywriting yang panjang atau pendek.
Baca lebih lanjut mengenai copywriting dari Quicksprout.


#6. Sentiasa semak semula copywriting anda.

proofread

Proofreading atau semakan semula penulisan adalah salah satu aspek terpenting dalam copywriting. Percayalah kepada kami apabila kami mengatakan bahawa setelah iklan anda disiarkan, pelanggan anda akan meneliti setiap perincian, dari visual yang anda hantar hingga kesalahan kecil seperti ejaan yang salah.

Nampak macam perkara yang biasa tetapi kalau anda sentiasa buat silap dalam copywriting anda, pelanggan akan rasa yang anda cuai dalam penulisan dan mula hilang keyakinan kepada anda.

Untuk elak daripada melakukan kesilapan yang sama, pastikan anda sentiasa semak sebelum post copywriting anda di media sosial dan sebagainya.

Itupun dia! Ini adalah enam tips dan rahsia penulisan iklan atau copywriting berkesan yang boleh anda praktikkan untuk membantu meningkatkan jualan anda. Sama ada anda ingin menulis kapsyen media sosial atau membuat iklan, anda boleh mula menggunakan petua ini dengan segera. Jangan lupa try and error!


Tingkatkan perniagaan anda dengan perkhidmatan penghantaran yang berkesan.

Walaupun sangat penting untuk menggunakan copywriting yang berkesan dan tepat untuk memastikan bahawa perniagaan anda mempunyai aliran pelanggan yang stabil setiap bulan, perniagaan anda dapat diperbaiki lagi apabila anda menggunakan perkhidmatan penghantaran yang cekap.

Sekiranya anda seorang penjual perniagaan dalam talian atau individu yang memerlukan perkhidmatan penghantaran prabayar yang disertakan dengan beg kurier, apa kata anda cuba Ninja Packs hari ini untuk penghantaran lebih cepat kepada penerima anda di Semenanjung Malaysia.

Sumber gambar:
Pexels
Karola Karlson's blog
Marketing Magazine
Copywriting Course