3 Cara Tarik Pelanggan dengan Khidmat Pelanggan Yang Baik

Memenuhi keperluan pelanggan adalah salah satu komponen penting yang perlu diketahui oleh setiap pemilik perniagaan untuk memastikan pelanggan kekal membeli daripada anda setiap bulan.

Oleh itu, setiap syarikat perlu mempunyai pasukan khidmat pelanggan yang baik untuk menguruskan pertanyaan pelanggan dan, pada masa yang sama, membantu menjalin hubungan untuk membina kepercayaan dengan pelanggan anda.

Walaupun pasukan anda melakukan tugas yang sangat baik dalam menjawab pertanyaan pelanggan anda tapi ianya tidak mencukupi sekiranya pelanggan anda tidak gembira dan berpuas hati.

Memang rugi sangat jika anda tidak berusaha untuk sentiasa memberikan mutu perkhidmatan terbaik untuk pelanggan anda. Ini kerana dengan perkhidmatan pelanggan yang baiklah yang akan membuatkan pelanggan anda kekal setia dengan anda.

Berikut adalah beberapa tips mengenai bagaimana anda dapat menarik pelanggan dengan memberikan khidmat pelanggan yang baik.


#1. Cari pekerja yang tepat.

hire the right people

Kredit: Pexels

Khidmat pelanggan yang baik bermula dengan pengambilan pekerja yang tepat dan mereka yang mempunyai kemahiran perkhidmatan pelanggan yang betul. Walaupun anda mempunyai perisian CRM (Customer Relationship Management) yang paling canggih, ianya masih tidak sempurna tanpa pekerja yang mahir dalam bidang tersebut. Perkhidmatan pelanggan yang mempunyai masalah juga akan menjadikan imej perniagaan anda kelihatan buruk.

Apakah kemahiran yang harus anda lihat sewaktu menggaji atau menemu bual pekerja khidmat pelanggan?

  • Kemahiran komunikasi yang baik.

Perkhidmatan pelanggan yang baik perlu berkomunikasi dan memberi penerangan kepada pelanggan dengan cara positif. Tetapi yang paling penting, mereka harus bersikap profesional setiap masa ketika berkomunikasi dengan pelanggan.

  • Kesabaran.

Perkhidmatan pelanggan perlu berurusan dengan banyak pelanggan yang mempunyai sikap dan karenah berbeza setiap hari. Ianya memang idak mudah! Dan itulah sebabnya ciri kesabaran adalah kemahiran yang diperlukan untuk mana-mana wakil atau pegawai perkhidmatan pelanggan. Malah, adalah menjadi tugas perwakilan khidmat pelanggan anda untuk menangani pertanyaan secara profesional tanpa mengikut emosi.

  • Kemahiran teknikal.

Pegawai atau pekerja khidmat pelanggan anda seharusnya mempunyai ilmu mengenai produk anda kerana mereka adalah barisan hadapan perniagaan anda yang akan dirujuk oleh pelanggan. Oleh itu, anda perlu memastikan bahawa wakil perkhidmatan pelanggan anda terlatih dan dilengkapi dengan pengetahuan teknikal yang lengkap sebelum menangani sebarang aduan atau pertanyaan pelanggan.

Kakitangan anda perlu dilatih dengan baik, dan syarikat perlu memberikan latihan sebaik sahaja mereka mula berkerja.

  • Etika kerja.
  • Pekerja perkhidmatan pelanggan yang baik juga haruslah mempunyai etika kerja yang kuat. Mereka perlu bertindak segera dalam menyelesaikan masalah dan memberikan penyelesaian dengan tepat tanpa membuatkan pelanggan menunggu lama.


    #2. Minta maklumbalas daripada pelanggan anda.

    ask for feedback

    Kredit: Pexels

    Nak tahu sama ada khidmat pelanggan anda memuaskan atau tidak? Tanya pelanggan anda kerana ia membantu anda untuk memberikan mutu perkhidmatan yang lebih baik yang dapat memenuhi keperluan dan permintaan mereka.

    Untuk mengetahui maklum balas ini, anda boleh menggunakan pelbagai saluran komunikasi untuk menghubungi pelanggan anda.

    Kebanyakan syarikat menggunakan sistem penilaian setiap kali pelanggan menghubungi khidmat pelanggan mereka. Itu adalah salah satu cara untuk memastikan bahawa pelanggan akan sentiasa memberikan maklum balas berterusan dengan tujuan memperbaiki kualiti khidmat pelanggan.

    Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan e-mel atau tinjauan untuk mendapatkan maklum balas pelanggan. Maklum balas ini akan membantu anda memahami dengan lebih baik dan memberi anda gambaran mengenai bahagian perkhidmatan yang anda perbaiki. Ini dapat membantu anda memberikan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik kepada pelanggan anda.



    #3. Perincikan strategi perkhidmatan pelanggan.

    discuss strategies

    Kredit: Pexels

    Pasukan khidmat pelanggan anda perlu sentiasa memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan mereka. Sekiranya strategi lama tidak memberikan hasil yang anda mahukan dalam memenuhi permintaan pelanggan. Sudah tiba masanya untuk anda menukar strategi anda. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda gunakan:

    • Gunakan perisian CRM sebagai sokongan.

    Nak lancarkan lagi proses perkhidmatan pelanggan dengan lebih baik dan memastikan bahawa semua pegawai anda memberi khidmat yang lebih tersusun dan efisien? Sekiranya cara lama tidak lagi berfungsi untuk syarikat anda. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda menggunakan perisian CRM untuk membantu pasukan anda untuk berkoordinasi dengan lebih baik dan mempercepat perkhidmatan pelanggan.

    Perisian CRM mampu memberikan data penting mengenai pelanggan anda, yang akhirnya akan membantu anda menyelesaikan atau mengatasi masalah mereka. Di samping itu, ia adalah satu sistem dengan data pelanggan anda yang mudah untuk diakses bagi membantu anda membina dan memberikan sokongan pelanggan yang lebih bermakna.

    • Sentiasa peka dan dengar kehendak pelanggan.

    Pelanggan anda mahu anda dengar kehendak dan masalah mereka. Yang paling penting, mereka mahu anda memberikan respons segera mengenai permasalahan yang mereka alami terutamanya mengenai produk atau servis yang anda berikan.

    Terdapat sebilangan pegawai perkhidmatan pelanggan yang membuat tanggapan salah menyangkakan bahawa mereka sudah tahu apa yang diinginkan oleh pelanggan mereka. Mereka seharusnya perlu sentiasa mempraktikkan pendengaran aktif dan peka mengenai keinginan pelanggan.

    Pastikan perkhidmatan pelanggan anda memberikan penjelasan yang tepat setelah pelanggan anda mengemukakan soalan. Ini menunjukkan bahawa anda telah mendengar dan memahami masalah mereka.


    Perkhidmatan pelanggan terbaik bermula dengan pekerja yang sentiasa menunjukkan dedikasi mereka untuk membantu pelanggan.


    Di Ninja Van, kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan pelanggan terbaik semasa kami melangkaui logistik untuk memenuhi keperluan pelanggan kami. Kerja keras kami membuahkan hasil apabila Pasukan Khidmat Pelanggan kami memenangi CXP Best Customer Experience Award 2020!

    “Kami berbesar hati untuk menerima anugerah ini yang telah mengiktiraf usaha Ninja Van dalam melampaui logistik untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan dalam keadaan baru ini. Ketelusan dan kebolehcapaian adalah keutamaan pasukan kami dan pelaburan kami dalam sumber manusia dan teknologi membolehkan kami melakukan pekerjaan yang lebih baik,” kata Ezwadi Rosaidi, Ketua Perkhidmatan Pelanggan di Ninja Van Malaysia.

    Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih kepada Business Media International, kerana telah mengiktiraf usaha kami!

    Lihat video kami di bawah dengan beberapa nasihat hebat dari Ketua Perkhidmatan Pelanggan kami mengenai cara meningkatkan perkhidmatan pelanggan. Mesti tengok!