3 Cara Mudah Pikat Pelanggan dengan Servis Penghantaran Produk

Tahukah anda, pengurusan penghantaran yang baik adalah amat penting dalam menentukan kejayaan perniagaan anda terutamanya jika anda berniaga secara online.

Apabila anda gagal dalam membuat penghantaran barangan anda kepada pelanggan anda dengan pantas atau lewat memproses pesanan mereka, ianya boleh mengakibatkan pelanggan anda tidak lagi mahu berurusan dengan anda.

Adakah perniagaan anda terjejas disebabkan oleh pengalaman penghantaran barangan yang anda berikan kepada pelanggan?

Kami boleh membantu anda! Ini dia tiga cara untuk membantu anda memikat pelanggan anda menerusi servis penghantaran produk yang baik.



#1. Komunikasi yang berkesan dan jelas.

Kredit: Giphy

Apa yang pelanggan mahukan daripada anda bila bercakap mengenai soal penghantaran? Mereka mahukan ketelusan dan komunikasi yang jelas mengenai penghantaran barangan mereka.

Maksudnya disini, mereka nak mengetahui anggaran masa penghantaran bungkusan mereka, bila barangan tersebut akan sampai serta status penghantaran.

Tidak dinafikan bahawa masalah kelewatan pengeposan barangan atau penjual ambat nak update pelanggan pun biasa berlaku disebabkan pesanan yang terlalu banyak, kadang-kadang berlaku. Dalam kes ini, penjual mesti menerima tanggungjawab untuk memberitahu dan bersikap jujur ​​dengan pelanggan mereka.

Untuk berkomunikasi dengan pelanggan anda mengenai pesanan atau penghantaran mereka, gunakan saluran komunikasi seperti telefon, e-mel, atau bahkan media sosial. Jangan biarkan pelanggan anda tertunggu-tunggu update daripada anda kerana ianya akan membuatkan pelanggan anda rasa tidak yakin untuk membeli daripada anda pada masa hadapan.


#2. Pilih perkhidmatan kurier terbaik untuk perniagaan anda.

Kredit: Giphy

Memilih perkhidmatan penghantaran barangan yang tepat adalah amat penting untuk memastikan produk anda tiba dengan selamat kepada pelanggan anda.

Nak pilih pun ada caranya. Terdapat banyak faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum memilih perkhidmatan penghantaran barangan yang bersesuaian.

Sebelum memilih perkhidmatan kurier, pastikan anda pilih dan teliti servis yang mereka tawarkan. Tentukan perkhidmatan kurier mana yang terbaik untuk syarikat anda dan adakah ia dapat memenuhi keperluan penghantaran anda dan juga keperluan pelanggan anda.

  • Adakah perkhidmatan kurier ini mampu memberikan liputan penghantaran lengkap untuk penghantaran ke lokasi pelanggan anda?
  • Adakah servis yang ditawarkan sesuai dan beri banyak kelebihan untuk syarikat anda dan produk yang anda hantar?

Ini adalah beberapa soalan yang harus anda tanyakan kepada diri anda sebelum memilih perkhidmatan kurier.

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai faktor-faktor yang dapat membantu anda menentukan perkhidmatan kurier terbaik untuk perniagaan anda di sini.



#3. Bagi pelanggan anda hadiah atau tawaran menarik.

Kredit: Giphy

Hadiah percuma atau freebies yang tidak dijangka selalu merupakan kaedah terbaik untuk memenangi hati pelanggan anda. Siapa sahaja tak sukakan kalau dapat hadiah kejutan?


Apa kata anda cuba praktikkan benda yang sama untuk pelanggan anda?

Pemberian hadiah kepada pelanggan dapat memberi manfaat kepada penjual dalam talian. Ia dianggap sebagai jenis strategi pemasaran. Anda juga boleh memberikan potongan atau kupon kepada mereka untuk menarik mereka kembali membeli daripada anda.

Bila pelanggan anda dapat surprise yang macam ini, memang seronok mereka dibuatnya. Sekiranya anda mahukan ulasan atau testimoni yang kukuh, ini boleh menjadi kaedah terbaik untuk memastikan anda mendapat ulasan atau rating terbaik daripada pelanggan anda.

Untuk menjadikannya lebih peribadi, sertakan nota terima kasih dengan ucapan peribadi kepada pelanggan anda. Ini akan membezakan anda daripada pesaing anda dan membantu anda mendapatkan pelanggan seumur hidup!


#4. BONUS: Jom hantar barang anda dengan menggunakan Ninja Packs.

Masa adalah segalanya dalam dunia perniagaan eCommerce. Anda memerlukan penyelesaian logistik yang cekap untuk memastikan pengalaman penghantaran kepada pelanggan anda lancar.

Sebab itulah anda kena dapatkan Ninja Packs untuk business online anda kerana ia adalah penyelesaian yang ideal untuk semua keperluan penghantaran anda terutama jika anda baru dalam dunia perniagaan.

Ninja Packs juga memudahkan anda untuk buat serahan bungkusan dimana-mana Ninja Point mengikut kesenangan anda.

Kami menjamin penghantaran tanpa gangguan kepada pelanggan anda, sehingga anda dan pelanggan anda dapat memanfaatkan penghantaran cepat dan perkhidmatan terbaik daripada kami!


Dapatkan Ninja Trial Pack hari ini secara PERCUMA!

ninja trial pack

Gunakan kod ini untuk mendapatkan Ninja Trial Pack Percuma dan dapatkan penghantaran tanpa gangguan ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia.

Klik link ini untuk dapatkan Ninja Trial Pack.

Kod Promo: BLOGNINJA