Panduan Pilih Saiz Flyer untuk Pos Barang
Poly mailer juga dikenali sebagai flyer adalah sejenis beg kurier yang diperbuat daripada sejenis bahan plastik polytene. Ramai para peniaga mula menggunakan beg kurier untuk menghantar barangan mereka kerana ianya sangat tahan lama dan ringan. Ia juga merupakan penyelesaian penghantaran yang sangat baik bagi peniaga-peniaga yang mempunyai bisnes online.
Salah satu masalah bagi online seller yang baru sahaja memulakan perniagaan adalah masalah dalam mencari poly mailer yang sesuai dengan barang yang mereka jual. Kalau tersilap beli ukuran, memang susah dibuatnya. Lagi-lagi kalau saiz yang dibeli adalah kecil.
Jadi, kami ingin kongsikan panduan bagi mereka yang ingin menentukan ukuran terbaik untuk poly mailer dan yang ingin mengetahui saiz terbaik bagi beg kurier prabayar Ninja Packs.
#1. Ukur produk anda.
Peniaga wajib mengukur saiz produk terlebih dahulu sebelum anda nak cari poly mailer. Ini kerana sekiranya anda sekadar membuat anggaran kasar produk anda pada poly mailer tersebut. Ukuran tersebut mungkin tidak akan menjadi tepat. Untuk memudahkan anda mencari poly mailer yang tepat pengiraan yang sangat mudah untuk anda dapatkan ukuran yang tepat.
Pertama, apa yang anda harus lakukan adalah mengukur panjang, lebar dan tinggi produk anda. Kami akan menggunakan buku sebagai contoh.
Mulakan dengan mengukur produk dalam milimeter menggunakan pembaris atau pita pengukur. Letakkan produk anda di permukaan rata untuk membantu pengukuran anda menjadi lebih tepat. .
Inilah ukuran terakhir produk.
139.7 mm (Lebar) x 208.28 mm (Panjang) x 20.32 mm (Tinggi)
#2. Ukur lebar dan panjang minimum untuk ukuran poly mailer.
Seterusnya, hitung ukuran lebar dan panjang minimum untuk poli mailer berdasarkan formula di bawah..
Formula untuk mengira panjang minimum poly mailer.
Panjang objek + tinggi objek + tinggi dua kali ganda + Tambahkan 1/4 inci
208.28 mm + 20.32 mm + 20.32 mm + 6.35 mm
= 255.27 mm - Panjang minimum poly mailer
Formula untuk mengira lebar minimum poly mailer. .
Lebar objek + tinggi objek + Tambahkan ¼ inci
139.70 mm + 20.32 mm + 6.35 mm
= 166.37 mm - Lebar minimum poly mailer
Berdasarkan pengiraan di atas, 255.27 x 166.37 mm adalah ukuran minimum untuk poly mailer anda.
#3. Cari ukuran poly mailer yang betul.
Sebaik sahaja anda mempunyai ukuran minimum untuk poly mailer, anda boleh menggunakannya untuk mencari ukuran mailer yang tepat untuk produk anda.
Jom kita lihat saiz poly mailer yang betul untuk Ninja Packs dengan merujuk jadual di bawah.
Dimensi ukuran Ninja Pack terbaik untuk produk adalah dari saiz S 320mm x 250mm.
Walaupun kelihatan seperti saiz Ninja Pack adalah besar untuk produk anda. .
Tetapi adalah lebih baik sekiranya anda memilih saiz poly mailer yang besar berbanding yang kecil kerana ia memudahkan anda untuk memuatkan produk anda dengan baik dan memberi ruang penyimpanan untuk memastikan produk anda kekal selamat sewaktu penghantaran.
Dapatkan Ninja Pack untuk penghantaran anda!
Adakah anda sentiasa risau dengan berat bungkusan anda? Atau adakah anda ingin menghantar lebih banyak barang ke dalam bungkusan tetapi selalu risaukan kadar penghantaran?
Anda tidak lagi perlu risau!
Muatkan seberapa banyak item yang anda mahu dalam Ninja Pack tanpa perlu risau tentang kadar penghantaran. Dengan Ninja Pack, anda dapat menikmati penghantaran tetap ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia.
Berminat untuk mencuba Ninja Pack kami hari ini?
Dapatkan promosi khas untuk pelanggan baru kami! Dapatkan Ninja Trial Pack secara PERCUMA hari ini, tersedia dalam 3 saiz Ninja Pack yang berbeza dan dapatkan penghantaran tanpa gangguan ke mana sahaja di Semenanjung Malaysia.
Klik di sini dan jangan lupa menggunakan kod: BLOGNINJA dan dapatkan Ninja Trial Pack percuma hari ini!
Rujukan:
Pac.com