5 Cara nak Tingkatkan Content Marketing Media Sosial Anda
Media sosial kini sudah seperti medan perang. Begitu banyak persaingan daripada perniagaan dan jenama yang berusaha menarik perhatian pelanggan dengan iklan dan bermacam lagi. Kalau anda perasan, macam-macam kandungan atau content kreatif yang dihasilkan oleh perniagaan yang memiliki akaun media sosial.
Kandungan yang baik akan membantu jenama meningkatkan penjualan dan mengekalkan pelanggan melalui strategi kandungan berdasarkan nilai. Jika pelanggan anda suka dengan content anda, pelanggan anda akan sentiasa engage dengan profile anda sama ada di Instagram atau Facebook mahupun Tiktok.
Tapi nak buat content untuk media sosial bukannya mudah kan? Lebih-lebih lagi bila anda tidak ada idea dan kena buat content setiap bulan untuk tarik pelanggan anda untuk berinteraksi dengan profil anda.
Jangan risau! Kami ada lima cara untuk membantu anda meningkatkan kandungan media sosial anda, bersama dengan idea kandungan terbaik untuk beri anda inspirasi. Barulah anda boleh pastikan suapan (feed) anda menarik dan pelanggan anda sukakan profil anda.
#1.Buat kalender untuk content anda.
Kredit: Blog.hubspot.com
Sentiasa ada masalah nak cari idea untuk content Instagram anda? Anda tidak keseorangan sebab ramai lagi yang mengalami masalah seperti anda.
Dengan membuat kalendar kandungan media sosial, anda boleh menyusun strategi, merancang, dan melihat gambaran besar dengan mempunyai objektif dan matlamat yang jelas yang anda mahu capai untuk setiap post anda.
Apa kelebihan mempunyai kalendar untuk media sosial anda? Dengan adanya kalendar, ia membolehkan anda merancang kandungan anda dan menjadualkan setiap post anda dengan berkesan supaya anda dapat memantau dan menilai prestasi anda untuk setiap bahagian kandungan. Kalau tidak, susah anda nak ‘keep track’ dengan kandungan anda.
Senaraikan idea yang anda ada dan pilih yang mana paling sesuai dengan content anda sebelum menambahkannya ke kalendar kandungan anda. Anda boleh buat memilih untuk membuat posting 3 kali seminggu atau sepanjang minggu bergantung kepada objektif anda.
Jika anda mempunyai beberapa akaun media sosial untuk bisnes anda dan anda mempunyai banyak idea. Anda boleh tentukan kandungan mana yang sesuai untuk platform media sosial yang anda guna. Sebagai permulaan, anda boleh menggunakan Spreadsheet untuk membuat kalendar kandungan yang merangkumi perancangan bulanan. Sebagai alternatif, anda juga boleh muat turun Hubspot content calendar yang membolehkan anda membuat kalendar kandungan yang berasingan untuk saluran yang berbeza seperti Twitter, Facebook, dan juga Linkedin.
#2. Hasilkan idea content yang kreatif dan menarik.
Idea-idea kandungan feed
Kalau anda kerap sangat post gambar untuk promosikan produk anda, lama-lama pengikut anda mesti bosan. Sebaliknya, anda kena berfikir di luar kotak untuk membuat kandungan yang pengikut anda suka dan boleh berterusan mengikuti anda.
Berikut adalah beberapa panduan untuk membantu anda mendapatkan idea atau inspirasi untuk content anda. Pertama, anda kena tahu fokus content bisnes anda dan bahagikan ia kepada lima bahagian; pendidikan, motivasi, penyelesaian masalah, di belakang tabir, dan hiburan. Dengan panduan ini, anda dapat merancang kandungan anda dan menjana idea bank kandungan untuk membimbing anda di masa hadapan.
Contohnya, jika niche anda adalah pakaian, berikut adalah beberapa idea mengenai perkara yang boleh anda lakukan.
- Ajar pengikut anda mengenai pakaian yang sesuai dipakai mengikut jenis badan mereka. (Pendidikan)
- Kongsi petikan motivasi dan inspirasi kegemaran anda dengan pengikut anda. (Inspirasi)
- Terangkan kepada pengikut anda bagaimana anda menguruskan aturan pesanan dengan cekap. (Penyelesaian masalah)
- Tunjukkan cara anda bungkus pesanan anda di belakang tabir. (Dari belakang tabir)
- Buat video mengenai cara untuk padankan pakaian anda. (Hiburan)
#3. Pastikan pengikut anda sentiasa ‘engage’ dan berinteraksi dengan post anda.
Tinjauan pendapat (poll) di Instagram
Setakat post gambar sahaja tidak mencukupi; anda perlu lebih banyak berinteraksi dengan pengikut anda.
Apa yang boleh anda lakukan agar mereka kekal berinteraksi dengan anda?
- Tinjauan pendapat (poll) di Instagram.
- Tanya pendapat dan soalan kepada pengikut anda.
- Mulakan perbincangan.
- Gunakan hashtag dan emoji yang relevan.
- Buat peraduan untuk menarik lebih banyak pengikut.
- Balas komen mereka dengan segera. (Lagi cepat anda balas, lagi bagus)
- Balas komen negatif dengan cara yang positif dan tidak mengikut perasaan. .
Tahukah anda? Semakin cepat anda membalas komen mereka, semakin baik respons yang anda akan terima daripada pelanggan. Ini akan memberikan pelanggan anda tanggapan yang baik yang seterusnya akan memberi kepuasan dan pengalaman yang lebih baik kepada mereka.
Membalas dan memberi komen pada post atau wall anda akan membantu meningkatkan pengaruh jenama anda di platform media sosial dan memastikan pengikut anda untuk sentiasa engage dengan anda. Lagi-lagi kalau anda mempunyai content yang menghiburkan.
#4. Terokai ciri media sosial.
Kredit: Freepik
Platform media sosial mempunyai banyak features atau ciri yang anda boleh gunakan mencipta kandungan yang menarik dan segar yang unik bagi pengikut anda.
Ikuti trend terkini dengan menggunakan video langsung di Facebook dan Instagram untuk menguatkan jenama anda dan membantu menyampaikan mesej yang hebat. Ini boleh menjadi siaran langsung pelancaran produk baru anda, video di belakang layar, atau video di mana anda boleh berinteraksi secara langsung dengan pengikut anda.
Instagram kini secara beransur-ansur berkembang menjadi platform perkongsian video yang serupa dengan Tiktok. Peralihan ini sememangnya akan memberi kesan yang besar kepada pengguna dan jenama. Anda harus merebut peluang ini dan memanfaatkannya sepenuhnya! Tiktok dan Instagram Reels mempunyai banyak ‘features’ yang dapat anda gunakan dengan kreatif.
Jika anda menggunakan Instagram Story untuk mempromosikan produk baru anda, jangan lupa gunakan Instagram Highlights untuk memudahkan pengikut anda mencari semula Story tersebut. Ini kerana Instagram Story hanya akan kekal selama 24 jam. Ini adalah kaedah terbaik untuk menyimpan kandungan anda dan menonjolkan perkara yang anda mahu pembaca atau baca. Ia boleh jadi sesi FAQ, promosi produk, atau bahkan testimoni.
#5. Jadilah unik dan bergembira bila buat content anda!
Kredit: Pexels
Anda tidak boleh bergantung pada satu post sahaja untuk menjadi viral atau menjadi popular dalam sekelip mata. Perkara yang paling penting adalah anda perlu memastikan kandungan anda asli, menghiburkan, dan sesuai dengan keperluan pengikut anda. Nak buat bukannya mudah, itulah sebabnya anda harus terus menguji dan kerap post untuk mengetahui apa yang diinginkan oleh pengikut anda.
Kalau nak tahu apa yang pengikut anda mahukan, mengapa tidak tanya saja kepada mereka? Gunakan Instagram Story untuk membuat tinjauan pendapat atau ajukan soalan kepada pengikut anda, seperti apa yang ingin mereka lihat di suapan anda, jadi anda boleh menggunakannya sebagai panduan untuk memilih kandungan yang lebih baik dan lebih relevan untuk dilihat oleh mereka.
Jadilah diri anda sendiri, pertimbangkan apa yang menjadikan jenama anda unik, dan jangan lupa untuk menonjolkan USP (cadangan penjualan unik) produk anda dengan senang dan kreatif cara mempromosikan produk anda. Penjenamaan peribadi adalah penting! Anda boleh menjadi wajah jenama anda, bercakap mengenai nilai syarikat anda dan bagaimana nilai ini dapat membantu pengikut anda menyelesaikan masalah mereka.
Nak buat content yang menarik bukanlah semudah yang disangka tetapi dengan perancangan dan kreativiti yang betul, anda pasti akan berjaya. Jangan stres-stres. Pastikan content anda juga menyeronokkan untuk pengikut anda.
Platform media sosial adalah tempat yang menyeronokkan bagi mana-mana jenama untuk berinteraksi dan bersosial dengan pengikutnya. Itulah sebabnya anda harus mengikuti perkembangan terkini dan jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru!
Ingin meningkatkan strategi penghantaran e-dagang anda?
Semuanya bermula dengan penyelesaian penghantaran yang boleh dipercayai yang dapat menghantar produk anda tepat pada waktunya dan memenuhi keperluan penghantaran anda.
Memperkenalkan Ninja Packs, beg kurier prabayar All-You-Can-Fit yang boleh anda gunakan untuk menghantar bungkusan anda ke mana sahaja di Semenanjung Malaysia!
Bayaran penghantaran kepada penerima anda sudah pun termasuk dalam pembayaran, dan anda tidak perlu risau dengan had berat kerana Ninja Pack tidak mempunyai had untuk berat.
Adakah anda berminat untuk menggunakan Ninja Packs? Dapatkan Ninja Trial Pack secara PERCUMA. Terdapat dalam 3 saiz dalam 1 pek.
Tunggu apa lagi? Nikmati penghantaran yang mudah dan cepat ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia dengan Pek Ninja!
KLIK DISINI untuk menuntut Ninja Trial Pack anda secara PERCUMA dan jangan lupa menggunakan kod: BLOGNINJA