5 Tips Mudah untuk Anda Mula Menjual & Berniaga di Malaysia
Bosan dengan perkerjaan harian anda? Adakah anda mempunyai keinginan untuk menjadi bos anda kepada perniagaan anda sendiri? Jangan berangan-angan sahaja. Inilah masanya untuk anda memastikan impian anda untuk berniaga berjaya, dan ianya bermula dengan lima langkah yang boleh anda mulakan hari ini.
Minat berniaga? Bagi mereka yang ingin mula menjual, berikut adalah lima cara untuk memulakannya.
#1. Pilih produk apa yang anda hendak anda jual dan fikirkan cara terbaik untuk menjualnya.
Kredit: Pexels
Sebelum anda nak jual apa-apa barang, tanya soalan ini kepada diri anda dahulu.
Produk apa yang saya boleh jual untuk berikan saya keuntungan?"
Sama ada anda nak jual produk atau perkhidmatan yang boleh anda tawarkan, sebenarnya adalah lebih mudah bagi anda untuk menjual sesuatu yang anda kenal dan minat.
Apabila anda menjual produk yang tidak anda ketahui, kemungkinan besar anda akan susah nak tarik pelanggan untuk membeli sebab anda sendiri tidak tahu macammana nak terangkan nilai produk tersebut. Jadi jual lah produk yang anda kenal, dan tahu supaya mudah untuk anda menerangkannya.
Selain itu, anda juga kena pilih sama ada anda ingin menjual produk anda di luar talian atau dalam talian. Ini kerana ianya akan membantu anda menentukan pilihan produk yang tepat untuk pasaran pilihan anda.
#2. Buat secara sambilan dahulu untuk permulaan.
Kredit: Pexels
Seronok berniaga ni sebenarnya, lagi-lagi bila tengok orang berjaya kan. Tetapi jangan teruja sangat pada mula-mula sampai sanggup berhenti kerja padahal baru seminggu berniaga.
Tidak dapat dinafikan bahawa keuntungan dari berniaga mampu memberikan anda pendapatan yang lumayan. Walau bagaimanapun, mula-mula berniaga mesti ada pasang surutnya. Bukan selalu untung, kan?
Tanya diri anda sendiri, boleh tak anda survive tanpa gaji tetap? Sebab berniaga ini, keuntungannya berbeza-beza hari demi hari.
Saranan kami ialah take your time, iaitu ambil masa anda untuk belajar dahulu dan buat secara sambilan. Perkara yang paling mustahak sekarang ini adalah anda kena memantapkan pengalaman anda terlebih dahulu dalam berniaga, dan belajar sebanyak yang mungkin.
Dengan kerja menjual produk secara sambilan, anda akan mempelajari banyak ilmu dan cara macammana anda nak menangani bisnes anda, dan pengalaman berharga yang anda boleh peroleh daripadanya.
Bila perniagaan anda sudah mula berjaya, dan anda mempunyai kemampuan untuk mengendalikan perniagaan anda sepenuh masa, anda bolehlah mempertimbangkan untuk berhenti dan focus sepenuhnya pada perniagaan anda. Apa apa pun, tepuk dada tanya selera!
#3. Mulakan dengan perniagaan dari rumah.
Kredit: Pexels
Kalau anda baru mula berniaga, lebih baik gunakan rumah ada sebagai tempat operasi berniaga kerana ianya lebih menjimatkan, dan tak memakan banyak kos berbanding dengan menyewa kos.
Sekiranya anda memilih untuk berkerja sepenuh masa, memulakan perniagaan dari kediaman anda adalah ideal, kerana ia memberikan anda lebih banyak kelebihan untuk mengendalikan perkerjaan anda. Sebab jika anda perlu berkerja dan juga kena uruskan kedai anda, anda boleh menghadapi banyak masalah dalam menguruskan masa dan sumber anda. Malah, kalau anda kendalikan kedai tanpa pengalaman, ianya akan menjadi satu risiko untuk anda gagal.
Kecuali kalau anda sendiri bersedia untuk mengambil risiko ini, sebaiknya mengambil tindakan yang dapat menguntungkan perniagaan anda dalam jangka masa panjang.
Anda boleh memulakan berniaga secara luar talian atau dalam talian dari rumah anda. Untuk perniagaan dalam talian, anda boleh mendaftar dengan platform dalam talian seperti Shopee dan Lazada untuk mempromosikan produk anda.
Salah satu tips untuk anda berjaya apabila berniaga adalah dengan menggunakan perkhidmatan kurier yang tepat untuk mempercepat penghantaran anda kepada pelanggan anda. Perkhidmatan kurier, seperti Ninja Packs membantu memudahkan penghantaran produk anda. Anda boleh menghantar barang anda ke Ninja Point berhampiran tanpa perlu menunggu lama. Hanya perlu serah sahaja bungkusan anda.
#4. Jana pendapatan berdasarkan kepakaran anda (jual apa yang anda suka).
Kredit: Pexels
Adakah anda mempunyai kemahiran, atau hobi yang boleh menjana pendapatan? Contohnya, kalau anda suka memasak, dan berkongsi resepi dengan rakan-rakan. Anda juga boleh mendapat pendapatan dengan menjual masakan anda lagi-lagi kalau ada ramai yang minat. Tengok Khairul Aming tu, yang sememangnya inspirasi sangat!
Pertama, anda perlu mengenal pasti dahulu apakah kemahiran atau hobi anda yang berpotensi menjadi keuntungan. Seterusnya, anda juga perlu mengetahui sama ada terdapat permintaan pasaran dari perkhidmatan anda atau apa yang anda ingin tawarkan. Apa-apa pun, ia bergantung daripada platform anda.
Anda tidak boleh jana pendapatan kalau tak ada siapa yang nak beli kan? Jadi yang penting, anda harus tahu apa yang anda nak jual, dan cara nak promosikan. Barulah boleh rancang dengan baik!
#5. Cari mentor dan dapatkan lebih banyak ilmu berniaga.
Kredit: Pexels
Untung rugi berniaga ini kita tidak akan tahu macammana hujung pangkalnya, tetapi belum cuba, belum tahu! Tapi apa yang penting, nak buat apa-apa pun mestilah kena ada ilmu dahulu kan.
Nak berniaga ni bukanlah mudah. Sebab itulah anda kena mencari mentor untuk membantu anda. Carilah mentor atau guru dalam bidang perniagaan untuk membimbing anda dalam bisnes atau rakan-rakan yang boleh memberikan panduan serta nasihat untuk memajukan perniagaan anda.
Sekiranya anda mempunyai masa terluang, teruskan dan dapatkan pengetahuan tentang bagaimana mengembangkan perniagaan anda. Baca buku, pergi ke kelas, menghadiri kursus dalam talian dan buat networking untuk mencari lebih ramai lagi rakan niaga.
Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan mengenai perniagaan dan sentiasa terus terus meningkatkan diri anda.
Semasa memulakan perniagaan, pemilik perniagaan haruslah merancang dengan rapi untuk memastikan kelancaran operasi. Salah satu cara untuk memastikan kejayaan perniagaan anda adalah dengan menggunakan penyelesaian kurier yang berkesan untuk memenuhi keperluan penghantaran anda.
Nak dapatkan penghantaran pantas untuk barangan anda?
Cubalah Ninja Trial Pack secara PERCUMA di sini sebagai penyelesaian kurier yang berkesan dengan perkhidmatan penghantaran tepat pada masanya untuk membantu anda mengembangkan perniagaan anda!
Nikmati penghantaran pantas ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia dan anda tidak lagi perlu mencetak airway bill untuk bungkusan anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah beli Ninja Pack, bungkus pesanan anda, buat pesanan anda dan hanya buat serahan di Ninja Points berdekatan anda. Mudah sahaja kan?
Gunakan kod promo kami untuk menebus Ninja Trial Pack.
Kod Promo: BLOGNINJA