5 Grafik Design Tool Percuma untuk Online Seller

Jika anda adalah seorang pemilik bisnes, usahawan ataupun marketer, anda mesti tahu bahawa kandungan visual dan grafik anda adalah sangat penting sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran anda.

Apa kelebihan visual yang ramai tidak tahu? Antaranya ialah ia menjadikan kandungan profile anda semakin menarik. Bila ianya semakin menarik dan mempunyai kandungan yang bukan sahaja menghiburkan, ianya turut akan memberikan manfaat kepada follower anda. Sebab itulah, visual ini penting bukan setakat gambar sahaja tetapi apa sahaja bentuk visual kreatif.

Untuk membuat visual content yang menarik ini, ianya boleh memakan masa dan tenaga. Lagi-lagi jika anda perlu untuk menggunakan perisian grafik seperti Adobe ataupun perlu menggaji pereka grafik.

Tak tahu bagaimana nak design post menarik untuk akaun Instagram anda? Jangan risau, kerana terdapat banyak alat grafik design percuma untuk membantu anda. Berikut adalah 5 grafik tool percuma yang dapat anda gunakan untuk memulakan kempen pemasaran anda, mulai dari membuat visual yang menakjubkan hingga menyunting foto anda secara dalam talian. Bukan sahaja peniaga sahaja boleh memanfaatkan tool ini, malah jika anda adalah seorang pelajar pun, anda boleh gunakannya dengan mudah.


#1. Canva

canva

Canva sememangnya adalah salah satu alat reka bentuk web terbaik yang dikenali ramai orang, lengkap dengan ribuan templat siap sedia untuk anda secara PERCUMA. Nak tahu tak apa yang menjadikan Canva begitu hebat?

Anda tidak perlu menjadi pereka atau pakar Photoshop untuk menggunakan Canva kerana laman web ini boleh digunakan dengan mudah. Canva menyediakan alat terbaik untuk membantu anda membuat visual yang cemerlang dengan templat yang mudah disesuaikan dan koleksi gambar stok untuk dipilih.

Anda boleh pilih templat yang anda mahukan. Kemudian, anda hanya perlu drag dan drop gambar anda ke templat yang anda pilih atau hasilkan, ubah warna dan fon tulisan, dan banyak lagi ciri Canva yang anda wajib cuba! Jangan lepaskan peluang untuk menggunakan Canva hari ini dan mencuba pelbagai templatnya untuk Instagram, Facebook, pengiklanan dan banyak lagi yang anda boleh gunakan untuk menyediakan visual profesional dan berkualiti tinggi untuk anda!


#2. Visme

visme

Jika anda sukakan Canva, anda mesti suka dengan Visme. Anda boleh membuat presentation, infografik, carta, post media sosial dan banyak lagi.

Visme juga memudahkan anda untuk membuat video profesional untuk produk anda. Ini kerana Visme mempunyai pelbagai templat video yang anda boleh hasilkan atau anda boleh pilih sahaja mana-mana templat yang boleh disesuaikan dengan kehendak anda. Ianya mudah digunakan, dan anda tidak perlu bersusah payah untuk menghasilkan idea atau bermula dari awal.

Visme, seperti Canva, mempunyai plan penggunaan percuma tanpa had dengan beberapa batasan, seperti had 5 projek sehari dan simpanan terhad. Sungguhpun begitu, ini masih merupakan alternatif yang sesuai untuk Canva, dan jika anda inginkan kelainan untuk post atau banner yang anda ingin hasilkan, laman web ini harus dicuba oleh mana-mana pengguna media sosial atau marketer di Malaysia.


#3. Piktochart

piktochart

Bila bercakap mengenai data, tidak semua orang mampu membaca begitu banyak maklumat dalam satu halaman. Itulah sebabnya mengapa infografik dan carta wujud untuk membantu anda mencerna dan memahami maklumat dengan lebih mudah.

Sekiranya anda menghadapi masalah membuat infografik, jangan risau kerana anda boleh menggunakan Piktochart. Jika anda tidak pernah mendengar mengenai laman web ini, ianya adalah alat reka bentuk dalam talian yang boleh membantu anda menghasilkan infografis, poster, laporan, dan banyak lagi yang kelihatan profesional.

Piktochart adalah alat bantu reka terbaik untuk membuat infografik bermaklumat dalam masa beberapa minit sahaja kerana anda boleh memilih dari pelbagai templat siap pakai dan templat bertema yang sangat disesuaikan - dan anda juga boleh menjadi kreatif juga. Barulah hebat kan presentation anda lepas ini!


#4. Pixlr

pixlr

Penggunaan Photoshop ini tidak semudah yang disangkakan tau lagi-lagi kalau anda nak edit gambar anda. Tapi, kalau anda nak cara mudah untuk edit gambar anda, apa kata anda gunakan Pixlr. Ini adalah perisian penyuntingan foto dalam talian yang boleh anda gunakan untuk mengedit dan memperindah foto anda dengan alat mudah. Ya, jauh lebih mudah daripada Photoshop.

Pixlr juga mempunyai background remover, yang merupakan ciri hebat dan mudah untuk digunakan dan dapat membantu anda membuang latar belakang dari foto anda. Senanglah kan anda nak edit gambar anda. Anda hanya perlu muat naik foto anda dan beberapa klik sahaja.

Anda pasti teruja untuk mengedit foto anda dengan pelbagai ciri di Pixlr menerusi Pixlr X, Pixlr E (versi lanjutan), dan Buang BG (untuk buang background gambar anda). Dengan Pixlr, mudahlah anda nak edit gambar tanpa perlu Photoshop.


#5. Crello

crello

Crello adalah antara pesaing Canva lain dengan ciri yang hampir serupa. Ia dirancang dengan satu tujuan: untuk memberi ketenangan fikiran kepada pengguna.

Reka bentuk sesuatu rekaan boleh menjadi sangat rumit, tetapi Crello mempunyai ciri dan alat bantu reka yang menjadikan hidup anda lebih mudah dengan reka bentuk yang disesuaikan dan templat percuma mengikut kehendak anda. Anda boleh menggunakan templat siap pakai untuk membuat reka bentuk anda dengan beberapa klik.

Bagaimana Crello berbeza dengan Canva? Crello mempunyai beberapa limitasi reka bentuk dan templat, sedangkan Canva mempunyai lebih banyak reka bentuk dan kemampuan penyuntingan. Walau bagaimanapun, anda tidak rugi kalau mencuba Crello terutamanya jika anda ingin membuat reka bentuk grafik animasi.


Jadilah kreatif hari ini!

Sama ada anda nak buat reka grafik untuk post Instagram, Facebook, poster atau banner website anda, gunakan 5 alat bantu reka ini bila-bila masa dan di mana sahaja. Janji ada akses capaian Internet. Semuanya dihujung jari anda sahaja. Jangan lupa baca artikel kami untuk mendapatkan lebih banyak petua dan panduan mengenai pemasaran dan banyak lagi.


Ingin meningkatkan perkhidmatan penghantaran anda? Kami ada caranya!

Free ninja trial pack

Setiap perniagaan e-commerce memerlukan perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai yang membuatkan pelanggan gembira dengan anda. Itulah sebabnya kami ingin memperkenalkan anda kepada Ninja Packs!

Ini adalah produk perkhidmatan penghantaran prabayar terbaik untuk menghantar bungkusan anda ke mana sahaja di Semenanjung Malaysia, dengan penghantaran cepat dan boleh dipercayai dalam 1 hingga 3 hari bekerja.

Anda tidak perlu lagi menimbang bungkusan anda atau mencetak airway bill anda (yeay) kerana anda boleh membuat pesanan anda dalam talian dengan menggunakan Ninja Dashboard kami yang memudahkan anda untuk mengesan penghantaran anda hanya dari Dashboard ini sahaja.

Sekiranya itu tidak cukup untuk meyakinkan anda, mengapa tidak mencubanya sendiri kerana kami ingin memberikan anda Ninja Trial Pack secara PERCUMA! Ya, ya!

Gunakan kod kami BLOGNINJA dan anda boleh mendapatkan Ninja Trial Pack secara percuma dalam 3 saiz berbeza hanya dalam 1 pek!

Klik link ini dan jangan lupa gunakan kod ini sewaktu daftar keluar!