4 Online Skill Anda Wajib Belajar untuk Buat Duit dengan Mudah
Pada zaman ini, generasi kita harus sentiasa mempersiapkan diri dengan mempelajari kemahiran baru. Ianya penting kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Dengan adanya kemahiran-kemahiran ini, ia akan membantu anda untuk memperoleh peluang yang cerah pada masa hadapan.
Tidak kiralah apa pun tujuan anda, sama ada untuk belajar kemahiran baru untuk mendapatkan kerja impian anda ataupun nak memperbaiki diri sendiri, kami nak kongsikan 4 jenis skil atau kemahiran yang anda boleh pelajari secara atas talian yang boleh membantu anda membuat duit dengan mudah.
#1. Pemasaran Digital.
“There’s never been a better time to be in advertising, and there’s never been a worse time.”
– Aaron Reitkopf
pemasaran digital bukanlah satu istilah yang terkenal atau pilihan kerjaya yang popular pada suatu masa dahulu, tetapi sekarang kerjaya ini mula mendapat perhatian dek kerana terdapat permintaan tinggi dalam dunia perniagaan yang beralih ke pemasaran digital.
Bercakap mengenai pemasaran digital ini, bidang tersebut semestinya sangat luas dan merangkumi pelbagai kemahiran. Tetapi, jika anda berminat dengan kerjaya dalam bidang ini, berikut adalah beberapa kemahiran yang mesti anda miliki.
- Video
- Social Media
- Search Engine Optimization (SEO)
- Email marketing
- Search Engine Marketing (SEM)
Terdapat banyak permintaan dari segi kepakaran dalam bidang pemasaran digital. Anda boleh mula mempelajari kemahiran in ini pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Janji ada capaian Internet. Anda boleh belajar dari Youtube, artikel-artikel atau berguru dengan mereka yang pakar.
Anda juga boleh mendapat sijil Google Trainer Certificate online bersama Coursera atau menjalani latihan menerusi kepakaran dan latihan secara atas talian dari Google Digital Garage.
#2. Copywriting.
“You can make anything by writing.”
- C.S Lewis
Copywriting adalah kemahiran penting dalam dunia pemasaran.
Dengan kemunculan Internet dan kemajuan teknologi, copywriting telah menjadi salah satu kemahiran menulis yang harus dipelajari kerana ianya adalah sebahagian daripada dunia atas talian. Anda nak kena tulis caption, iklan, blog, email dan banyak lagi. Dengan copywriting yang baik, mudah untuk anda menjana jualan atau mendapatkan keuntungan dengan hasil penulisan.
Sekiranya anda gemar menulis, mengapa tidak mengasah bakat anda, dan menjadi copywriter? Dengan latihan dan praktis yang cukup, mudah saja anda nak jadi copywriter. Yang penting anda kena rajin! .
Kalau anda berminat, apa kata anda sertai kursus latihan dari Udemy dan banyak kursus dalam talian yang lain dapat membantu anda memulakan kemahiran copywriting anda. Sekiranya anda ingin meningkatkan kemahiran menulis bahasa Melayu anda, anda juga boleh belajar dari Sifu Bads atau Adlan Khalidi.
#3. Web coding.
“Everyone should learn how to program a computer because it teaches you how to think.”
- Steve Jobs
Percaya atau tidak, kemahiran pembangunan web atau web coding ini juga merupakan satu kemahiran yang sangat baik untuk dimiliki mereka tambahan pula kini kita berada dalam zaman digital. Malah, anda boleh buat duit yang cukup lumayan dengan menjadi freelancer untuk menulis kod untuk membangunkan laman web.
Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Provoke Insides (2015), pembangun laman web adalah kerjaya yang memberangsangkan, dengan hampir 88 peratus responden menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan pilihan kerjaya mereka. Menarik kan? Sudahlah gaji lumayan, hati pun boleh senang tau bila anda jadi web coder ni.
Anda boleh bekerja sambilan dalam pembangunan web, menulis kod untuk laman web pada masa lapang, atau menjadi programmer sepenuh masa. Apa-apa pun tepuk dada, tanya selera!
Teringin nak belajar web coding? Jom kami beritahu bagaimana!
Anda boleh ambil kursus dalam talian seperti di Treehouse, Pluralsight, dan Codecademy yang anda boleh ambil secara atas talian atau belajar daripadai mana-mana kursus yang menyediakan latihan.
#4. Reka bentuk grafik.
“Design is thinking made visual.”
- Saul Bass
Bukan semua orang mampu boleh membuat rekaan grafik. Tapi bagi mereka yang berminat, pasti ada yang pernah menggunakan perisian Paint sebagai permulaan. Seiring dengan kemajuan teknologi juga, lahirlah laman web Canva yang boleh membantu sesiapa sahaja menghasilkan rekaan untuk pemasaran digital dengan mudah.
Nak jadi pereka grafik professional? Jika anda ingin meningkatkan kemahiran reka bentuk anda ke tahap seterusnya, inilah masanya untuk anda belajar bagaimana membuat rekaan grafik profesional dengan menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.
Mempelajari perisian ini mungkin memerlukan banyak masa dan latihan, tetapi jangan risau sebab terdapat banyak kursus percuma yang tersedia di laman web seperti dari Udemy Photoshop Courses dan banyak lagi laman web dan saluran YouTube yang anda boleh langgan untuk membantu anda mempelajari kemahiran ini dengan latihan. .
Never say never. Jika anda minat nak belajar sesuatu yang baru, apa salahnya! Dengan mempelajari mana-mana kemahiran ini, ianya akan memberi manfaat bukan sahaja untuk perkembangan diri anda, tetapi ianya turut memberi kelebihan dalam setiap pekerjaan dan bidang yang anda ceburi.
Adakah anda sudah mempunyai bisnes sendiri dan nak pastikan perniagaan online anda berjaya? Kalau begitu, anda memerlukan perkhidmatan penghantaran bungkusan yang berkesan untuk memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar.
Cubalah Ninja Trial Pack kami secara Percuma terdapat dalam 3 saiz berbeza dalam satu pek hari ini dan rasai perkhidmatan penghantaran yang mudah ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia.
Jangan lupa menggunakan Promo kod: BLOGNINJA bila anda nak daftar keluar.
Klik di sini untuk dapatkan Ninja Trial Pack hari ini!
Sumber:
Digital Doughnuts
Synthesio