Penghantaran Barang Lebih Mudah - #NinjaPacksReview by BubblyNotes

Ninja Packs penghantaran

Antara beratur untuk beli sampul pek polymailer dengan beli secara online, yang mana satu akan menjadi pilihan hati anda?

Kalau Kak Fa lah kan… Kak Fa akan memilih untuk membeli sampul pek polymailer secara online berbanding beratur…

Bukan sebab dasar pemalas nak beratur tetapi pada Kak Fa lebih menjimatkan masa Kak Fa yang sentiasa terkejar-kejar ke kiri, ke kanan, ke tepi, ke belakang dan ke depan ni.

Tapi… Ada ke sampul pek polymailer yang boleh dibeli secara online? Adalah… Kalau tidak takkan Kak Fa buka cerita ni!

Tau tak yang sebenarnya penghantaran lebih mudah dan efisien bersama Ninja Packs dari Ninja Van Malaysia!

 

Apa Itu Ninja Packs?

Ninja Packs adalah sampul pek polymailer yang wajib bagi online seller!

Tapi tak wajib bagi orang-orang yang jarang menghantar barang macam Kak Fa ni! So…sampul pek polymailer dari Ninja Van Malaysia dikenali sebagai Ninja Packs!

Ninja Packs ni pula ada dua kategori ok? Yang pertama – Regular Ninja Packs dan yang kedua adalah Padded Ninja Packs.

Apa perbezaan Regular Ninja Packs dan Padded Ninja Packs? Ok Kak Fa beritahu secara ringkas dan make sense untuk anda faham dengan mudah ya?

Regular Ninja Packs adalah sampul pek polymailer yang biasa tu. Yang lembik tu. Macam gambar di bawah ni:

 

 

Manakala Padded Ninja Packs adalah merupakan sampul pek polymailer yang dah siap-siap ada bubble wrap punya lapisan di dalamnya.

Boleh rujuk gambar contoh yang Kak Fa sediakan di bawah ni:

 

Didatangkan di dalam pelbagai saiz untuk kesesuaian saiz barangan anda. Bermula dari saiz XS, S, M-Lite sehinggalah M.

Kenapa Kak Fa Memilih Ninja Packs?

 

Macam yang Kak Fa nyatakan dari awal-awal entri ni – pertama tak perlu beratur!

Kak Fa cuma perlu melakukan pembelian Ninja Packs secara online dari laman web Ninja Van Malaysia di pautan di SINI.

Lakukan tempahan secara atas talian, kemudian Kak Fa cuma perlu tunggu pesanan Ninja Packs Kak Fa di hantar ke depan muka pintu Kak Fa dalam lingkungan 1 hingga 3 hari sahaja.

Tak lebih dari 3 hari. Dahlah penghantaran pun PERCUMA.

Ok – sebelum ada orang Sabah dan Sarawak salahkan Kak Fa sebab Kak Fa kata penghantaran adalah percuma.

Disclaimer: Penghantaran PERCUMA adalah bagi Semenanjung Malaysia sahaja ya!

Bila dah sampai Ninja Packs – Kak Fa dah boleh pack and seal barangan yang Kak Fa nak hantar, kemudian create order di dashboard laman web Ninja Van Malaysia yang berkenaan…

Selesai – tak perlu nak print, tak perlu airways bill – Kak Fa dah boleh terus drop parcel Kak Fa di mana-mana sahaja dari salah satu 4,000 drop off points Ninja Van Malaysia yang dekat dengan Kak Fa.

Senang kan? Hebat bukan? 5 langkah jer… So Kak Fa tak perlu go through all the hassle.

 

Kalau nak tahu lebih details lagi tentang Ninja Packs anda boleh ke pautan di SINI. Boleh study tentang Ninja Packs dari pautan yang Kak Fa kongsikan.

Percayalah sekali dah guna Ninja Packs anda akan rasa ini yang paling mudah untuk anda ok? Anda akan suka!

Ada bargain yang berbaloi-baloi untuk anda. Jadi rugilah kalau tak nak grab opportunity ni kan?

Tapi sebelum terlupa Kak Fa nak pesan – jangan hantar barang-barang terlarang atau yang dilarang oleh Ninja Van Malaysia ok?

Panduan untuk barang-barang terlarang dan dilarang ni boleh rujuk di pautan di SINI.

Kalau nak parcel kena reject, ha cubalah buat.

Oklah, rasanya Kak Fa dah cover most of the important details about Ninja Packs kepada anda and I believe you pun dah dapat adequate information dari Kak Fa. Makanya…

Tak payah nak tunggu sampai tahun depan baru nak mudahkan hidup ok? Sekarang pun dah boleh mula.

 

Untuk Maklumat Lanjut:

Laman Web Ninja Van Malaysia

Laman Facebook Ninja Van Malaysia

Laman Instagram Ninja Van Malaysia

Laman YouTube Ninja Van Malaysia

 

Disclaimer:

All contents are copyrighted and protected. You are not allowed to publish without giving credit and a proper yet functional link to the original article on Ninja Packs Malaysia site.


Find original blog here.