Terma dan Syarat Beli 1 Percuma 1 Tawaran Pelanggan Baru

Terma dan Syarat bagi Tawaran Pelanggan Baru:

  1. Promosi ini adalah eksklusif bagi pelanggan baru sahaja yang tidak pernah membeli Ninja Pack sebelum ini.
  2. Pelanggan baru merupakan mereka yang tidak pernah membeli Ninja Pack menggunakan e-mel, nombor telefon dan alamat penghantaran yang sama.
  3. Jika terdapat pelanggan sedia ada yang membeli tawaran ini (pelanggan yang pernah membeli Ninja Pack melalui laman sesawang atau Shopee menggunakan e-mel, nombor telefon dan alamat penghantaran) TIDAK AKAN mendapat Ninja Trial Pack percuma tersebut
  4. Tawaran atau promo kod yang masih berjalan adalah tidak sah bersama tawaran ini. Sila asingkan pesanan anda jika anda ingin menggunakan promo kod yang lain, jika tidak, Ninja Trial Pack yang percuma tersebut tidak akan diberikan.
  5. Semua pembelian tidak akan dikembalikan.

Terma dan Syarat Kredit Ninja Pack:

  1. Kredit Ninja Pack akan dikreditkan kepada e-mel yang digunakan oleh pelanggan semasa pembelian. Oleh itu, pelanggan PERLU menggunakan alamat e-mel yang boleh dihubungi. 
  2. Kredit Ninja Pack akan dikreditkan kepada pelanggan dalam masa 1-3 hari bekerja selepas daftar keluar.
  3. Kredit Ninja Pack yang telah dikeluarkan boleh digunakan oleh pelanggan untuk membeli mana-mana Ninja Pack dalam laman sesawang kami dalam masa 30 hari.
  4. Pelanjutan tarikh luput dari tarikh yang dikeluarkan adalah tidak dibenarkan.
  5. Kredit Ninja Pack tidak boleh dikembalikan atau ditukarkan kepada wang tunai secara sebahagiannya atau sepenuhnya, dan hanya sah dalam transaksi tunggal sahaja.
  6. Kredit Ninja Pack yang telah dikeluarkan perlu digunakan secara sepenuhnya dalam satu transaksi atau baki kredit tersebut akan dibatalkan.
  7. Kredit Ninja Pack akan dikreditkan dalam bentuk kod dan pelanggan boleh menebus kredit Ninja Pack di 'kod diskaun' semasa daftar keluar seperti contoh di bawah:

 

Terma dan Syarat Ninja Trial Pack Percuma:

  1. Pelanggan yang layak akan menerima nombor penjejakan Ninja Trial Pack melalui e-mel dalam masa 1-3 hari bekerja.
  2. Pelanggan baru boleh membeli lebih daripada 1 pakej jika pelanggan ingin mencuba semua Ninja Trial Pack (regular, padded dan box) tetapi pelanggan perlu membeli kesemua 3 pakej dalam satu transaksi. Sebagai Contoh: Pelanggan Ryo membeli Pakej 1 Ninja Pack [Beli 1 kredit Ninja Pack bernilai RM25, dapat percuma 1 Ninja Trial Pack (Prepaid Polymailer)] dalam satu transaksi. Pelanggan ini didapati layak untuk menyertai promosi beli 1 percuma 1 dan akan menerima kedua-duanya iaitu kredit Ninja Pack dan Ninja Trial Pack. Kemudian, pelanggan Ryo kembali dan membeli pakej 3 pula iaitu [Beli 1 kredit Ninja Pack bernilai RM32, dapat percuma 1 Ninja Trial Pack (Prepaid Box)], maka pelanggan Ryo sudah tidak layak menyertai promosi beli 1 percuma 1 tersebut KECUALI pelanggan Ryo mendaftar keluar kesemua tawaran (Pakej 1 + Pakej 2 + Pakej 3) dalam satu transaksi sahaja.
  3. Ninja Van berhak untuk mengubah, memanjangkan tempoh atau menghentikan promosi, atau mengubah terma dan syarat mengikut budi bicara pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian yang timbul secara langsung atau tidak langsung mengenai promosi ini, keputusan daripada pihak Ninja Van adalah muktamad.
  4. Terma dan syarat ini tertakluk di bawah undang-undang Malaysia. Sebarang perselisihan yang timbul dari atau berkaitan dengan promosi akan dirujuk ke bidang kuasa ekslusif pengadilan Malaysia.