Perkhidmatan Ambilan Bungkusan (Pick up) Percuma Buat Masa Terhad

Kepada Para Pelanggan yang Dihormati,

Disebabkan permintaan yang tinggi pada musim pandemik ini, promosi perkhidmatan ambilan bungkusan (pick up) secara PERCUMA kini tersedia untuk semua pengguna akaun Ninja Lite untuk tempoh terhad, ini termasuklah pengirim yang menggunakan Ninja Pack & Penghantaran Biasa (Regular Order) sehinggalah kemaskini selanjutnya.

Pelanggan boleh memohon perkhidmatan pengambilan barang ini menerusi akaun Ninja Lite menerusi dashboard masing-masing seperti contoh berikut:

Perhatian⚠️: Pastikan anda membuat pesanan Ninja Pack terlebih dahulu sebelum memohon sebarang ambilan (Pick up). Ninja Van berhak menolak permohonan ambilan barangan anda sekiranya syarat tidak dipenuhi.

pickup-step1

pickup-step2

pickup-step3


Semua bungkusan perlu dihantar secara serahan apabila promosi perkhidmatan ambilan barangan (pick up) ditamatkan.

Harap maklum bahawa perkhidmatan pengambilan barangan adalah tidak wajib dan anda masih boleh menghantar bungkusan anda di mana-mana Ninja Point yang masih beroperasi sepanjang tempoh ini.