Cara untuk Track & Jejak Barang dari Ninja Van
Suka beli belah secara atas talian?
Sekiranya anda suka shopping online, pasti anda sudah biasa dengan cara untuk track atau jejak barang anda. Kami juga kerap menerima soalan-soalan yang bertanyakan kepada kami mengenai barangan mereka.
- Bagaimana nak track & jejak barangan yang dihantar oleh Ninja Van?
- Bolehkah saya mengesan bungkusan saya dari akaun Instagram Ninja Van?
Untuk jejak barang anda, anda perlukan Tracking ID terlebih dahulu. Sebagai permulaan, penjual online biasanya akan memberikan Tracking ID kepada pembeli untuk tujuan penjejakan dan memudahkan pembeli untuk mengetahui status barangan mereka. Okay, jom kita ketahui lebih lanjut mengenai Tracking ID ini.
Apa itu Tracking ID?
Tracking ID adalah kod atau nombor unik untuk mengenal pasti barangan anda. Ia membolehkan anda mengesan dan mencari lokasi bungkusan anda dengan mudah pada bila-bila masa.
Cara track barang Ninja Van anda (untuk pelanggan)
- Pada kebiasaannya, Tracking ID akan didapati pada airway bill atau setelah anda membuat pembelian, yang mana peniaga online akan membekalkan anda dengan no Tracking ID unik.
- Apa yang perlu anda lakukan seterusnya adalah pergi ke halaman Ninja Van Tracking di https://www.ninjavan.co/en-my/tracking.
- Masukkan Tracking ID anda dan status penghantaran barangan anda akan muncul.
Jejak atau track barangan anda dengan Ninja Dashboard (untuk penjual dalam talian)
Untuk pengirim pelanggan Ninja Van, jika anda menggunakan akaun Lite untuk menghantar bungkusan anda melalui Ninja Pack atau Regular Prepaid, anda dapat mengesan bungkusan anda dengan mudah menggunakan Ninja Dashboard.
- Log masuk ke Ninja Dashboard akaun.
- Pergi ke halaman Tracking.
- Anda boleh mencari dengan memasukkan Tracking ID, Nama atau Nombor Telefon anda.
- Selain itu, anda juga boleh pergi ke Advanced Search untuk menjejak pesanan pelbagai dan bulk order..
Semak sejarah pesanan anda yang lepas.
Nak semak sejarah pesanan anda yang lepas? Mudah sahaja!
- Log masuk ke Ninja Dashboard akaun.
- Klik pada Order History.
- Disini, anda dapat melihat segala status dan sejarah pesanan anda dengan mudah.
- Klik pada Actions untuk menjejak pesanan tertentu dan sebagainya.
Sekiranya anda memerlukan lebih banyak maklumat atau mempunyai pertanyaan mengenai bungkusan anda, sila hubungi khidmat pelanggan kami melalui:
LIVE Chat: (http://bit.ly/2RwyUBs)
Waktu urusan: 9 pagi - 7 Malam, Isnin- Sabtu
EMAIL: support_my@ninjavan.co
Dapatkan Ninja Pack dan jejak barang anda dengan mudah!
Nikmati perkhidmatan penghantaran terbaik untuk barangan anda dengan Ninja Packs, perkhidmatan kurier prabayar terbaik dengan penghantaran pantas kepada penerima anda di Semenanjung Malaysia hanya dalam 3 hari bekerja!
Jejak bungkusan anda dengan mudah sekali dengan Ninja Dashboard, dan anda boleh drop off bungkusan anda di mana-mana 4000+ Ninja Points dan Ninja Outlet berdekatan dengan anda.
Tiada had berat lagi! Sumbat barang anda selagi muat ke dalam Ninja Packs dan jangan risau lagi tentang caj tambahan!
Nak cuba Ninja Packs?Dapatkan Ninja Trial Pack kami secara PERCUMA dengan tiga saiz berbeza dalam 1 pek!
Gunakan kod: BLOGNINJA dan rasai perbezaannya hari ini.
Klik di sini untuk dapatkan Ninja Trial Pack sekarang.