6 Shopee Tips & Tricks for Online Shoppers
Mesti ramai yang suka beli belah di Shopee kan? Kami nak kongsikan 6 tips terbaik untuk anda beli belah di Shopee untuk membantu anda membeli-belah dengan lebih mudah dan menjimatkan! Terutamanya untuk mereka yang baru mula berjinak-jinak nak membeli barang di Shopee.
#1. Gunakan bahagian Filter untuk memudahkan anda buat pilihan.
Memang boleh rambang mata tengok barang dekat Shopee. Hampir beribu bahkan mungkin berjuta! Untuk tips pertama cara beli barang di Shopee adalah anda boleh guna bahagian filter, ia akan lebih membantu anda memilih produk berdasarkan kriteria yang anda pilih dengan cepat.
Cara nak guna Filter ini mudah sahaja. Sewaktu anda mula-mula membuat carian barang, anda boleh nampak perkataan Filter dibahagian atas kanan aplikasi Shopee anda. Dalam bahagian Filter ini anda boleh pilih beberapa pilihan mengikut jenis produk seperti Price Range, Delivery Method, Shop Rating, Service dan Promotions, anda boleh pilih sama nak Shopee tunjukkan produk dari Malaysia ataupun luar negara.
#2. Baca ulasan pembeli di Product Ratings.
Hmm, nak beli ke tak nak? Kalau anda rasa ragu-ragu, apa kata anda baca dahulu ulasan pembeli di bahagian Produk Rating. Bukan sahaja anda boleh tengok berapa bintang pembeli beri untuk produk tersebut, anda pun boleh baca ulasan yang diberikan pembeli supaya dapat bantu anda buat keputusan dengan lebih baik.
Shopee juga memberikan kemudahan kepada pembeli untuk memuat naik gambar dan video dalam ulasan mereka. Senanglah anda nak tengok gambar sebenar produk apabila sampai ke tangan pengguna. Bagaimana penjual bungkus barang dan sebagainya.
Haa, jika anda dah dapat barang yang anda beli daripada Shopee, jangan lupa tinggalkan ulasan anda untuk bantu orang lain! Pada masa yang sama , anda pun boleh dapat coin tau.!
#3. Ambil Baucar Free Shipping.
Salah satu kelebihan membeli belah dekat Shopee ini adalah anda boleh dapat baucar Free Shipping iaitu sama ada anda tak perlu bayar bayaran untuk penghantaran atau dapat penolakan. Tapi, satu perkara yang anda perlu ingat adalah setiap baucar ada terma dan syaratnya sendiri. Jadi pastikan anda semak dan baca dahulu syarat tersebut kerana setiap baucar tidak sama.
Macammana cara nak dapat baucar Free Shipping Shopee?
Langkah 1: Pergi ke halaman depan aplikasi Shopee dan klik pada Free Shipping.
Langkah 2: Klik Claim Now" untuk mendapatkan baucar Free Shipping.
Langkah 3: Pergi kepada bahagian profile Me dan kemudian klik pada My Vouchers" untuk melihat baucar anda, ini termasuklah Free Shipping Vouchers.
Tips: Kebanyakan baucar hanya boleh digunakan untuk pembelian minimum bernilai RM15 ke atas dan Shopee menawarkan baucar yang terhad. Jadi, jangan lupa claim baucar tersebut dan buat pembelian pada waktu yang ditetapkan ya.
#4. Buat pembelian dan dapatkan pulangan tunai (cashback).
Bagi sesiapa yang suka beli belah dan nak dapatkan balik pulangan tunai atau ganjaran, anda wajib cuba aplikasi cashback seperti ShopBack, ia adalah platform yang memberi ganjaran kepada penggunanya dengan wang tunai apabila mereka membuat pembelian dalam talian melalui aplikasi ini yang membolehkan anda membeli-belah dan mendapat ganjaran.
Jumlah pulangan tunai berbeza mengikut kedai dalam talian. Kebanyakan kedai menyediakan pulangan tunai antara 5% hingga 30% dan lebih banyak lagi. Nantikan promosi tambahan, terutamanya jika anda pengguna baharu.
Macammana nak dapatkan cashback?
- Muat turun aplikasi ini melalui Google Play Store atau Apple App Store.
- Daftar akaun anda .
- Cari kedai dalam talian yang anda ingin beli di ShopBack dan mula menambah item pada troli beli-belah anda.
- Beli-belah dan dapatkan wang dalam akaun ShopBack anda.
-
Anda boleh mendapatkan pulangan tunai yang anda dapat dengan mengeluarkannya. Yang penting anda kena sahkan akaun bank anda terlebih dahulu.
Perkara lain yang perlu anda ketahui ialah menyemak ShopBack untuk sebarang kod diskaun yang tersedia sebelum anda mendaftar keluar. Barulah anda dapat lebih pulangan.
Selain itu, Shopee turut menyediakan baucar pulangan tunai dalam bentuk coin yang boleh anda tebus apabila anda membuat pembelian akan datang. Tapi syaratnya adalah anda mesti bertindak cepat dan menggunakan baucar sebelum ia ditebus sepenuhnya.
#5. Gunakan kod baucar atau tebus coin.
Nak jimat lagi banyak bila anda membeli belah di Shopee? Caranya adalah sebelum anda daftar keluar dan buat pembelian, pastikan anda menggunakan kod baucar Shopee, diskaun atau tebus coin yang anda dah kumpul.
Tahukah anda? Terdapat beberapa kedai penjual Shopee yang menawarkan baucar atau penghantaran percuma bila anda membuat pembelian minimum RMxx, dan juga Follow Prize bila anda follow kedai mereka! Ramai pembeli Shopee tak tahu perkara ini. Jadi pastikan yang anda follow atau ikuti dahulu kedai yang anda nak beli barang untuk dapat lebih banyak ganjaran dan tebus baucar pembelian.
Beberapa baucar Shopee, seperti Penghantaran Percuma dan Diskaun & Cashback coin, boleh digunakan bersama sebelum anda mendaftar keluar, tetapi bergantung pada terma dan syarat baucar sama ada produk tersebut memenuhi kriteria pemilihan.
#6. Beli sewaktu jualan istimewa di Shopee!
Shopee mempunyai banyak jualan istimewa pada tarikh-tarikh ini, seperti jualan 8.8, 9.9, 10.10, dan Payday dan yang paling bestnya, akan ada lebih banyak jualan dan diskaun daripada jenama kegemaran anda pada hari tersebut.
Anda pasti terkejut dengan jumlah wang yang boleh anda simpan semasa membeli-belah pada hari ini kerana banyak kedai menawarkan diskaun sehingga 60%. Nantikan Shocking Sale untuk item anda kerana anda akan menerima diskaun tambahan dan pengurangan harga.
Dengan adanya tips-tips ini, kami berharap agar anda mendapat manfaat dan boleh membeli belah dengan lebih seronok! Jika anda suka artikel kami, jangan lupa kongsikannya dengan rakan anda di media sosial!
Nak tahu satu lagi tips menarik dari kami?
Adakah anda tahu anda boleh menghantar item anda dengan lebih pantas tanpa perlu risau tentang kos penghantaran?
Mulakan penghantaran dengan Ninja Pack dan nikmati penghantaran pantas ke mana-mana lokasi di Semenanjung Malaysia dalam 1 hingga 3 hari bekerja (atau kurang) dan ianya tiada had berat! Ia adalah produk penghantaran prabayar ALL-YOU-CAN-FIT yang membolehkan anda membungkus seberapa banyak barang yang anda mahu.
Nikmati kelajuan yang lebih pantas berbanding sebelum ini dengan Ninja Pack.
BONUS: Dapatkan Pek Percubaan Ninja Pack kami bernilai RM25 secara PERCUMA.
Kod promo:BLOGNINJA
Gunakan kod promo kami untuk mendapatkan Ninja Trial Pack yang didatangkan dengan tiga saiz berbeza di dalam satu bungkusan!
Klik disini untuk mendapatkan Ninja Trial Pack hari ini.
Dah lawat kedai Ninja Van kami di Shopee?
Kini anda boleh membeli-belah Ninja Pack dan barangan Ninja Van di kedai Ninja Van Malaysia di Shopee! Dapatkan produk kami daripada Prepaid Polymailer, Padded Prepaid Polymailer, pelekat mudah pecah, dan banyak lagi.
Jangan lupa ikuti kami di Shopee dan dapatkan diskaun RM3! Serta, dapatkan 10% pulangan tunai apabila anda menggunakan Shopee Pay, Penghantaran PERCUMA apabila anda membeli Ninja Pack dengan pembelian minimum RM19 ke atas tanpa baucar diperlukan dan baucar istimewa untuk anda nikmati!
Rujukan: