6 Cara Mudah Nak Pos Barang dengan Ninja Van

Send parcel with Ninja Van

Pada pandangan kami, penghantaran barangan atau bungkusan seharusnya lebih mudah dan menyenangkan pengirimnya. Tetapi, ada kalanya, urusan penghantaran boleh menjadi leceh dan menyusahkan. Ini kerana anda perlu menghabiskan masa yang panjang beratur di pejabat pos untuk mengirim bungkusan anda.

Dengan Ninja Pack, anda tidak lagi perlu beratur lama atau perlu bersusah payah nak membeli sampul pos atau menulis alamat penerima anda. Anda juga tidak perlu mencetak bil penghantaran atau perlu menggunakan pencetak. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk membuat pesanan penghantaran anda secara atas talian, dan selebihnya, kami akan uruskan untuk anda!

Nak tahu bagaimana anda boleh menghantar barangan menggunakan Ninja Pack daripada Ninja Van? Jom lihat 6 langkah mudah untuk anda menghantar barangan anda menggunakan pek kami.

#1. Beli Ninja Pack.

Ninja Packs Collection

Koleksi Ninja Pack

Ninja Pack adalah pek sampul pos prabayar yang didatangkan dalam pelbagai jenis saiz yang menjimatkan masa anda dalam menghantar barangan anda.

Bayangkan berapa banyak masa anda yang terbuang dengan menunggu di pejabat pos. Sekarang, anda tidak perlu bersusah payah lagi!

Dengan Ninja Pack, anda hanya perlu membuat serahan bungkusan atau barangan anda di mana-mana 4000 cawangan Ninja Point di Malaysia! Belilah Ninja Pack hari ini kerana kami akan menghantarkannya terus ke depan pintu anda dalam masa 1 hingga 3 hari berkerja.

Anda sudah membeli Ninja Pack? Baik mari kita teruskan.


#2. Jom bungkus barang anda.

Pack your item
Bungkus barang anda dengan rapi

Ninja Pack mempunyai pelbagai pilihan yang terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz yang anda boleh pilih. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan Padded Ninja Pack untuk menghantar barangan mudah pecah kerana ia memberikan barangan anda lebih perlindungan atau Regular Ninja Pack untuk penghantaran bungkusan barangan biasa.

Padded Ninja Packs

Padded Ninja Pack

Jangan lupa untuk melabel Ninja Pack anda dengan pelekat mudah pecah untuk melindungi barangan anda daripada kerosakan. Anda juga boleh melihat koleksi sampul pos Ninja Packs disini.


Ini dia saiz atau harga Ninja Pack mengikut jenis dan bilangan. Pilihlah saiz pek yang anda mahukan untuk barangan anda. Yang paling seronok sekali, tiada had berat untuk barangan anda! Sumbat sahaja barangan anda selagi bungkusan pek muat!

Harga postage Ninja Van
Harga bungkusan Ninja Van untuk Ninja Packs


#3. Log masuk ke Dashboard anda.

Ninja Dashboard

Selepas anda membungkus barangan anda dengan Ninja Pack, anda boleh mendaftar masuk ke Ninja Dashboard. Nak tahu apa yang menarik mengenai Ninja Dashboard ini? Disini anda boleh membuat pesanan, menjejaki pesanan anda dan mendapatkan akses penuh kepada laporan pesanan anda.

Ianya sangat-sangat membantu peniaga yang ingin melihat laporan dan menjejak pesanan pelanggan mereka dengan lebih mudah hanya dengan beberapa klik tetikus sahaja. Menarik kan?

Jika anda tidak mempunyai akaun Lite, anda boleh mendaftar akaun disini.


#4. Buat pesanan anda.

Sebelum anda menghantar barangan anda, anda perlulah terlebih dahulu membuat pesanan secara atas talian menggunakan Ninja Dashboard. Jangan risau, ianya sangat mudah.

Apabila anda klik pada New Order, sebuah tetingkap akan muncul. Jangan lupa untuk masukkan Tracking ID sewaktu anda membuat pesanan.

Nak tahu bagaimana untuk buat pesanan barangan anda menggunakan Ninja Dashboard? Jom baca disini.



#5. Masa untuk menghantar Ninja Pack anda!

Ninja point

Hantar barangan atau bungkusan anda dengan pantas menggunakan Ninja Pack dengan membuat serahan terus ke mana-mana 4000 lokasi Ninja Point di seluruh Malaysia. Ingin mencari lokasi Ninja Point berhampiran dengan anda? Cari Ninja Point sekarang dengan menggunakan penanda drop-off points.

Selepas anda menghantar barangan anda, kami akan menghantarkannya kepada penerima anda dalam masa tiga hari berkerja.

Bukan itu sahaja, Ninja Pack turut mempunyai tiga kali percubaan penghantaran untuk barangan anda. Sekiranya ia masih tidak berjaya selepas tiga kali tempoh percubaan, ianya akan dihantar semula ke alamat pengembalian. Jadi jangan lupa untuk memasukkan alamat pengembalian anda sewaktu membuat pesanan.

Cari lokasi kami di Ninja Van Kuala Lumpur, Ninja Van Selangor dan cawangan-cawangan kami di seluruh Malaysia!


#6. Jejaki pesanan anda.

Track with Ninja Van

Anda mesti tertanya-tanya, 'Macammana saya nak kesan lokasi barangan saya?'Mudah sahaja! Kami mempunyai teknologi pengesan nyata yang membolehkan anda mengesan barangan anda dimana sahaja.

Apa yang anda perlu lakukan ialah melayari halaman penjejakan barangan di Ninja Van, masukkan Tracking ID barang anda, dan ia akan menunjukkan lokasi barang anda.

Ninja Pack adalah penyelesaian terbaik untuk anda menghantar dan mengesan barangan anda. Ianya sangat sesuai bagi individu dan juga peniaga kecil yang menghantar barangan kurang daripada 250 kuantiti sebulan.

Adakah anda mempunyai perniagaan dengan jumlah bungkusan melebihi 250 barangan sebulan? Apa kata anda cuba Akaun Pro kami untuk menghantar barangan anda?


Baru pertama kali mendengar mengenai Ninja Pack?

Ninja trial pack percuma

Anda beruntung kerana kami mempunyai kod promo istimewa untuk anda!

Cubalah Ninja Trial Pack hari ini secara PERCUMA. Terdapat dalam 3 saiz berbeza dalam 1 pek! Gunakan kod promo kami.

Promo: BLOGNINJA

Klik disini untuk mendapatkan Ninja Trial Pack anda hari ini.