Apa yang Anda Perlu Tahu sebelum Anda Bungkus Barang untuk Pos
Bagaimana caranya untuk membungkus barang saya untuk penghantaran pos?
Sama ada anda pernah mempunyai pengalaman menghantar atau mengirim bungkusan, atau ini adalah pengalaman kali pertama anda, sememangnya bukan mudah untuk membungkus barangan dengan baik untuk penghantaran. Ini adalah antara soalan yang kerap kami terima, dan melalui artikel ini, kami akan kongsikan bagaimana anda dapat membaiki cara pembungkusan anda agar ianya dapat sampai ke tangan penerima anda dengan baik.
Pembungkusan anda mestilah mengikut garis panduan ini untuk membantu anda menyiapkan barang anda untuk proses penghantaran. Ini dia 9 garis panduan pembungkusan untuk membantu anda membungkus barangan untuk memudahkan kelancaran penghantaran barangan anda.
#1. Barang anda WAJIB mempunyai pembungkusan luaran.
Kredit: Pexels
Apa sahaja yang anda lakukan, jangan sekali-kali menghantar barangan anda tanpa pembungkusan di bahagian luar. Barang anda mestilah dibungkus dengan pembungkusan luaran untuk menutup 100% kawasannya yang terdedah. Anda boleh menggunakan kotak atau sampul pek polymailer. Untuk perlindungan tambahan, anda juga boleh gunakan bubble wrap.
#2. Semua barang mudah pecah mestilah mempunyai pelekat mudah pecah.
Kredit: Pexels
Kombinasi keduanya ini adalah amat penting sekiranya anda ingin menghantar barang yang mudah pecah. Label bungkusan anda dengan pelekat mudah pecah untuk memberikan perlindungan dan untuk menjaga keadaan barangan anda sewaktu dalam proses penghantaran.
#3. Label penjejakan.
Kredit: Vecteezy
Pastikan bungkusan anda mempunyai label penjejak atau label tracking ID yang tersendiri untuk tujuan penjejakan barangan anda. Jika anda menggunakan kotak bungkusan lama, pastikan tiada label tracking ID lama pada kotak anda.
#4. Isi ruangan kosong.
Kredit: Pexels
Sekiranya anda mendapati bahawa bahagian dalam bungkusan anda mempunyai ruang kosong dan jurang yang banyak, jangan biarkan ianya begitu sahaja. Ini kerana ruang kosong akan menyebabkan kedudukan barang anda boleh terbalik ataupun berubah-ubah. Tetapi sebaliknya, penuhkan ruang dengan tampalan seperti Styrofoam ataupun kertas surat khabar supaya barang anda kekal pada kedudukannya.
#5. Lipat pakaian dengan cermat.
Kredit: Pexels
Jangan hanya memasukkan pakaian anda tanpa melipatnya ke dalam sampul penghantaran ataupun ke dalam kotak. Lipatlah dengan baik sebelum menghantarnya agar pakaian tidak lusuh atau berkerut sewaktu penghantaran. Percayalah, pelanggan anda akan sangat menghargainya.
#6. Peranti elektronik.
Kredit: Pexels
Adakah anda menghantar telefon bimbit atau sebarang alat elektronik? Pastikan anda telah mengeluarkan bateri alat tersebut sekiranya boleh dilakukan dan pastikan alat anda dalam keadaan tidak hidup. Malah, anda juga perlu bungkus kotak peranti dengan kemas dan rapi.
#7. Pembungkusan barangan yang tidak tetap bentuk.
Kredit: Pexels
Barang yang tidak mempunyai bentuk tetap amat sukar dibungkus seperti bentuk pasu, wallpaper dll. Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan meletakkannya ke dalam kotak. Semasa anda meletakkan barang ke dalam sampul polymailer, pastikan ianya dibungkus dengan ketat dan rapi. Isi ruang kosong sekiranya ada.
#8. Pengendalian pengangkutan.
Kredit: Pexels
Sebagai pengirim, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa bungkusan anda dikemas dengan betul dan dapat menangani impak sewaktu dalam perjalanan. Sekiranya anda ingin menghantar bungkusan anda dengan kotak hadiah,pastikan anda membungkusnya dengan bungkus gelembung atau mengecilkannya dan membungkusnya dalam kotak kadbod.
#9. Label alamat.
Kredit: Pexels
Sekiranya anda menggunakan kotak lama atau sebarang bungkusan lama, periksa sama ada ia mempunyai alamat lama atau label penjejak untuk mengelakkan kekeliruan sewaktu penghantaran. Bagi memudahkan proses penghantaran, anda boleh sahaja gunakan sampul prabayar Ninja Pack kerana pesanan penghantaran boleh dibuat secara atas talian dan ianya sangat menjimatkan masa!
Ini adalah sembilan panduan pembungkusan untuk anda ikuti untuk mula menghantar bungkusan anda hari ini.
Perkara lain yang perlu diingat ialah kami tidak membuat penghantaran bagi barangan terlarang dan kami juga tidak menyediakan perkhidmatan Ninja Packs ke Sabah dan Sarawak.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari halaman barang terlarang dan halaman kawasan penghantaran.
Nak cuba Ninja Packs untuk hantar barang anda?
Kami ada tawaran istimewa untuk anda!
Gunakan kod promo kami BLOGNINJA untuk mendapatkan Ninja Trial Pack untuk anda menghantar barang dengan pantas!
Apa tunggu lagi? Dapatkan Ninja Trial Pack secara PERCUMA dengan klik di laman ini.
- memilih hasil pilihan dalam laman baru yang disegarkan semula
- tekan kekunci ruang kemudian kekunci anak panah untuk membuat pilihan