Ini 2 Pilihan Penghantaran Daripada Ninja Van untuk Peniaga Online

Sekiranya anda adalah seorang penjual atas talian yang baru sahaja berjinak-jinak untuk berniaga, memang tidak mudah nak pilih jenis penghantaran apa yang sesuai untuk anda. Sebab itulah, kami mempunyai dua pilihan penghantaran khususnya untuk anda yang baru sahaja berniaga. Lebih mudah untuk anda hantar barang dengan Ninja Van. Tak perlu kontrak atau sebarang deposit tau.

Anda juga tidak perlu risau kerana TIADA JUMLAH PENGHANTARAN MINIMUM diperlukan untuk hantar barang dengan Ninja Van. Malah tiada CAS TERSEMBUNYI untuk sebarang penghantaran.

Nak tahu bagaimana? Jom baca dengan lebih lanjut!


#1. Hantar barang anda dengan menggunakan Prepaid Regular Service.

ninja prepaid

Bila kita bercakap mengenai ‘Prepaid’ atau prabayar mesti anda terbayang mengenai perkataan tambah nilai kan? Konsep penghantaran ini juga sama dengan konsep prabayar.

Prepaid Regular Service dari Ninja Van adalah jenis penghantaran yang menggunakan pilihan tambah nilai berbanding dengan anda perlu membayar secara tunai di kaunter pos. Dengan cara ini, anda boleh menghantar bungkusan anda pada bila-bila masa. Yang penting, anda mesti mempunyai nilai baki kredit yang cukup dalam wallet prepaid anda. Nak tambah nilai mudah sahaja, anda hanya perlu tambah nilai kredit di Ninja Dashboard.

Selepas anda bungkus barang anda dengan rapi, anda boleh buat pesanan secara atas talian di Ninja Dashboard dan kadar penghantaran akan ditolak daripada kredit akaun anda. Mudah kan?

Selepas itu jangan lupa untuk menampal airway bill anda pada bungkusan anda sebelum anda buat serahan di mana-mana Ninja Point atau Ninja Van outlet.


Apa yang anda perlu ketahui mengenai Prepaid Regular Service daripada Ninja Van?

  • Liputan penghantaran ke Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak.
  • Kadar penghantaran untuk KG pertama bermula dari RM6.50 untuk Semenanjung Malaysia dan RM13.00 untuk Sabah dan Sarawak
  • Tambah nilai minimum yang diperlukan bermula serendah RM20.
  • Anda boleh menggunakan pembungkusan sendiri.
  • Apa tunggu lagi, jom tambah nilai dengan mudah dan hantar barang anda dengan segera!


Bagaimana nak kirim barang dengan menggunakan Prepaid Regular Service?

  1. Daftar akaun Lite disini.
  2. Buat pesanan anda secara atas talian di Ninja Dashboard.
  3. Tambah nilai minimum RM20 untuk akaun anda.
  4. Drop off atau buat serahan bungkusan anda di Ninja Points atau Ninja Van Outlets.



#2. Hantar barang dengan Ninja Pack.

ninja packs

Perlukan sampul pos kurier yang didatangkan dengan penghantaran secara prabayar? Kami ada pilihan yang terbaik untuk anda dengan Ninja Pack.

Ninja Pack adalah sampul pos prabayar yang anda boleh beli secara atas talian untuk menghantar barang anda kepada penerima anda tanpa sebarang had berat. Yang paling menarik sekali, anda boleh memasukkan seberapa banyak barang yang anda mahukan dalam satu pek ini tanpa perlu risau dengan had berat.

Nak tahu apa lagi yang menarik tentang Ninja Pack? Anda tidak perlu risau lagi dengan cas penghantaran kerana dengan Ninja Pack, anda boleh menikmati kadar penghantaran rata ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia. Cas penghantaran dah termasuk tau dengan pembelian Ninja Pack.


Apa lagi yang anda patut tahu mengenai Ninja Pack?


  • Penghantaran kadar rata ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia (Kecuali Sabah dan Sarawak).
  • Boleh masukkan barang selagi muat tanpa perlu risau had berat atau cas tambahan.
  • Datang dalam pelbagai jenis dan saiz (Regular and Padded) agar anda boleh memilih mana-mana yang sesuai dengan keperluan penghantaran anda.
  • Tiada pencetak diperlukan untuk mencetak air waybill (Buat pesanan anda dan hantarkannya!)


Bagaimana nak kirim barang dengan menggunakan Ninja Pack?

  1. Buat pembelian Ninja Pack secara atas talian disini.
  2. Tunggu pesanan anda sampai dalam 1-3 hari bekerja.
  3. Bungkus pesanan anda mengikut keselesaan anda.
  4. Buat pesanan secara atas talian di Ninja Dashboard.
  5. Buat serahan barang anda di Ninja Point atau Ninja Van Outlet terdekat.


Pilihan penghantaran manakah yang anda patut pilih?

Anda boleh memilih mana-mana pilihan penghantaran yang anda rasakan sesuai dengan perniagaan anda. Apa sahaja yang anda pilih, kami memberi jaminan kepuasan perkhidmatan penghantaran terbaik hanya untuk anda. Penghantaran kami turut dilengkapi sistem jejakan nyata yang memudahkan anda untuk menjejaki barangan anda dimana sahaja ianya berada.

Untuk maklumat lanjut mengenai penghantaran Prepaid Regular Service, sila klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


Nak cuba Ninja Pack terlebih dahulu untuk hantar barang anda?

ninja trial pack

Kalau nak tahu betapa hebatnya Ninja Pack ini, anda kenalah cuba terlebih dahulu. Tak kenal maka tak cinta kan?

Jom dapatkan Ninja Trial Pack kami bernilai RM25 yang didatangkan dengan 3 jenis saiz sampul dalam 1 pek, supaya anda dapat memilih saiz sampul terbaik untuk barangan anda.

Nikmati penghantaran pantas dan mudah dengan Ninja Pack hari ini. Tidak perlu kontrak ataupun sebarang cas tambahan, apa yang anda perlu lakukan ialah klik halaman ini dan dapatkan Ninja Trial Pack anda secara PERCUMA.