[Info terkini PKP] Khidmat pengambilan barang percuma kini tersedia untuk semua pengguna Ninja Packs sehingga kemas kini lanjut. Ketahui disini>

Pos Barang Anda di Cawangan Ninja Van Outlet!

Berita baik untuk anda semua! Cawangan Ninja Van outlet kini sudah berada berhampiran dengan anda!

Kalau anda sentiasa tertanya-tanya macammana agaknya nak hantar atau pos barang dengan Ninja Van di cawangan Ninja Van sendiri atau sentiasa buat carian Google mengenai lokasi Ninja Van untuk barang anda.

Ninja van near me

Kini anda tidak perlu bimbang lagi. Ninja Van sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman penghantaran terbaik kepada pelanggan kami. Itulah sebabnya kami gembira dapat memperkenalkan anda kepada cawangan Ninja Van outlet kami di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ninja Van kini selangkah lebih dekat dengan komuniti setempat dalam usaha kami untuk membuka banyak cawangan di masa depan bagi memenuhi permintaan pelanggan kami.

ninja van outlet


Ninja Van outlet



Apa yang menarik tentang cawangan kami?

Anda mesti suka dengan kaunter ambilan dan serahan kami (pick-up and drop-off section).

pick-up/drop-off window

Kaunter ambilan dan serahan

Kaunter ambilan dan serahan kami adalah salah satu ciri terbaik yang terdapat di cawangan kami untuk membantu mempercepat keperluan penghantaran anda. Anda boleh dengan mudah mengembalikan dan menghantar bungkusan anda melalui tetingkap ini yang mana bukan sahaja ianya menjimatkan masa malah ianya turut menekankan aspek penjarakan sosial.

Sekiranya anda tidak mempunyai sesiapa untuk mengambil bungkusan anda di rumah terutamanya jika anda tinggal bersendirian, anda boleh mengambil bungkusan tersebut di cawangan kami selepas waktu bekerja atau pada bila-bila masa yang sesuai mengikut keperluan anda.

Apa lagi servis yang ditawarkan di cawangan Ninja Van?

Reception area

Bahagian sambutan tetamu

Selain daripada pengambilan bungkusan pelanggan dan pengiriman pengirim, kami juga menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti penghantaran standard, penghantaran Malaysia Timur, pengembalian bungkusan, dan banyak lagi!

Cawangan kami turut menawarkan perkhidmatan pembukaan akaun bagi perniagaan yang ingin membuka akaun Ninja dan individu yang tidak mempunyai akaun Ninja tetapi ingin menghantar bungkusan ke seluruh Malaysia kerana kami menawarkan pilihan dan harga penghantaran terbaik untuk memenuhi keperluan penghantaran anda.

Banyak lagi perkhidmatan yang kami tawarkan di cawangan Ninja Van ini.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut apa kata anda datang singgah ke cawangan kami dan pos bungkusan anda dengan mudah dah cepat!

Berikut adalah senarai lokasi kami! Anda boleh menemui cawangan kami dengan mencari mana-mana nama cawangan di bawah di Google / Waze (mis. Ninja Van Danau Kota Outlet, atau klik pada nama kedai di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lokasi kami. Kami berharap dapat bertemu dengan anda secara lebih dekat. Jom singgah ke cawangan kami hari ini.



Ninja Van Kuala Lumpur

Ninja Van Danau Kota Outlet
Ninja Van Taman Miharja Outlet
Ninja Van Petaling Street Outlet


Ninja Van Selangor

Ninja Van Ara Damansara Outlet
Ninja Van Kota Damansara Outlet
Ninja Van Bandar Baru Klang Outlet
Ninja Van Cheras Selatan Outlet
Ninja Van Kajang Outlet
Ninja Van Puchong Outlet
Ninja Van Bandar Baru Bangi Seksyen 9 Outlet


Nantikan lebih banyak maklumat mengenai lokasi cawangan Ninja Van baru kami dalam masa terdekat. Anda boleh mendapatkan semua kemaskini cawangan baru kami di sini.