5 Cara Mudah Suri Rumah Boleh Buat Duit Dari Rumah
Tanyalah mana-mana suri rumah. Pekerjaan sebagai seorang suri rumah memang tidak mudah dengan rehat yang tidak tentu masanya. Bukan sahaja perlu melakukan kerja rumah, malah anak-anak juga perhatian pada masa yang sama.
Sekiranya anda adalah seorang suri rumah, anda pasti mengetahui dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, apa sahaja boleh berlaku. Terutamanya apabila keluarga anda terpaksa berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.
Sudah pasti, keadaan keluarga akan bertambah baik sekiranya anda sebagai seorang isteri mempunyai sumber kewangan tambahan untuk menyara keluarga anda, dan membantu meringankan beban kewangan suami anda ketika disaat genting.
Oleh itu, kami mempunyai lima cara suri rumah untuk tambah pendapatan dan buat duit hanya dari rumah. Sudah tiba masanya untuk ramai suri rumah memperoleh pendapatan mereka sendiri dengan cara yang mudah. Jom kita baca!
#1. Buat drop shipping.
Kredit: Pexels
Drop shipping adalah salah satu pilihan yang ideal bagi suri rumah di Malaysia yang ingin menjana pendapatan sambil bekerja dari rumah. Sebagai ejen drop shipping, anda tidak perlu menyimpan stok, atau perlu keluar rumah untuk menghantar barangan.
Apa yang anda perlu lakukan adalah mempromosikan produk terus kepada pelanggan, dan ambil pesanan daripada mereka. Apa yang menarik mengenai drop shipping ini ialah ia dapat dilakukan pada bila-bila masa, dan di mana sahaja. Dengan jiran sebelah rumah anda pun, anda boleh promote tau!
Apabila anda menjadi agen drop shipping, anda tidak hanya terbatas untuk menjual produk sahaja, tetapi anda juga boleh menjual servis. Antara program drop shipping yang paling popular di Malaysia adalah daripada penjualan pakaian, aksesori seperti beg sehinggalah kepada penjualan kek seperti Mamasab bakery, sebagai contoh. Macam-macam sebenarnya anda boleh jual!
Bergantung pada produk yang anda pilih, anda mempunyai beberapa pilihan dari segi penjualan. Anda boleh mark up harga produk tersebut, atau mendapat ganjaran untuk setiap penjualan dengan komisen.
Kebanyakan program drop shipping memerlukan anda untuk membayar yuran pendaftaran, namun ada juga yang menawarkan yuran secara percuma. Anda hanya perlu memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Tips #1: Apabila anda ingin memilih produk untuk drop shipping, lebih baik pilih produk yang anda kenal, tahu dan yang pernah anda gunakan. Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mencuba produk tersebut terlebih dahulu. Jangan menjual sesuatu yang anda tidak tahu. Jadi, pilihlah dengan bijak ya!
#2. Menjual dalam talian. Kredit: Pexels Adakah anda minat berniaga dan mempunyai impian untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya? Kami percaya bahawa inilah masanya untuk anda menjadi peniaga menerusi penjualan barangan dalam talian. Adakah anda mempunyai barangan berharga seperti pakaian, barangan elektrik dan sebagainya yang tidak digunakan di rumah anda? Atau anda nak jual produk anda? Tahukah anda, yang sebenarnya anda boleh jual barang-barang ini semula untuk dapat pendapatan tambahan. Mudah sahaja nak jual, anda boleh promote dan jual barang terpakai anda di platform penjualan dalam talian seperti Mudah, Carousell atau Shopee. Prosesnya tidak sesusah mana kerana ada panduan lengkap tersedia dalam laman-laman web ini. Anda hanya perlu memuat naik foto barangan anda (pastikan gambarnya jelas dan nampak menarik), tambahkan beberapa keterangan seperti ciri barangan dan keadaannya, dan kemudian muat naik barang tersebut dalam talian. Kini, anda sudah bersedia untuk menjual barangan anda dan tambah duit poket! Dengan menjual barangan terpakai, sedikit sebanyak ianya juga akan membantu anda meningkatkan kemahiran dan cara anda menjual. Tips #2: Anda juga boleh kongsi pautan barang anda ke laman sosial media anda untuk promote barang anda kepada kawan-kawan anda. Gunakan servis kurier seperti Ninja Pack untuk menghantar barang anda dengan cepat dan pantas kepada pembeli anda.
#3. Buat tuisyen atau mengajar di kawasan perumahan.
Kredit: Pexels
Adakah anda memiliki kemahiran atau pengetahuan tersembunyi yang ingin anda sampaikan kepada orang lain? Apa kata anda memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran anda dengan menjadi pengajar.
Sekiranya anda mempunyai ijazah ataupun kelayakan daripada universiti ataupun daripada mana-mana insititusi, anda boleh mengajar anak-anak di sekolah rendah dan menengah.
Ingin tahu bagaimana untuk mula menjadi tutor atau pengajar di Malaysia? Sekiranya anda berminat untuk menjadi tutor secara dalam talian, anda boleh mendaftar di laman web seperti Teachnlearn atau Teachme
Selain itu, antara pilihan lain ialah anda juga boleh memberikan khidmat tutor atau kelas tuisyen di kawasan perumahan anda.
Tips #3: Sekiranya anda mempunyai minat mengajar yang mendalam, berikan khidmat pelajaran terbaik kepada pelajar anda. Dengan khidmat bimbingan dan servis terbaik daripada anda kepada pelajar, khidmat anda pasti akan dicari oleh ibu bapa lain juga!
#4. Memasak atau membakar kek.
Kredit: Pexels
Adakah anda mempunyai kemahiran memasak yang tinggi? Atau bolehkah anda membakar kek yang sedap dan enak? Sekiranya ya, mengapa tidak anda cuba menambahkan pendapatan dengan menjual masakan anda?
Sudah ramai pembuat kek dan tukang masak yang telah memulakan perniagaan mereka sendiri di rumah lebih-lebih lagi pada waktu PKP ini. Walaupun anda duduk di rumah, siapa kata anda tidak boleh menjadi pandai dan kreatif dengan makanan anda. Ini mungkin merupakan permulaan kerjaya anda untuk menjadi lebih berjaya dengan membuat apa yang anda sukai.
Bagi mereka yang baru bermula, anda boleh meneroka pilihan anda sama ada untuk membekalkan masakan anda ke gerai atau restoran tempatan. Ia semudah penghasilan Aiskrim 1 Malaysia ataupun membuat kuih muih. Semuanya bergantung kepada anda!
Sekiranya anda ingin memasarkan masakan anda dan meneroka lebih banyak kemungkinan, anda boleh mencuba menjualnya secara dalam talian! Gunakan media sosial anda untuk mencari lebih banyak pelanggan dan muat naik gambar makanan sedap anda di Instagram atau Facebook.
Tips #4: Peluang terbaik anda untuk berjaya adalah dengan mencuba menjual makanan mengikut kepakaran anda. Lihat permintaan pasaran, dan lihat makanan atau kuih mana yang lebih banyak permintaan.
#5. Pekerjaan / perkhidmatan sambilan dalam talian.
Kredit: Pexels
Adakah anda pernah mendengar mengenai pekerjaan kemasukan data atau data entry? Laman web seperti Parttimepost.com dan You.my menawarkan banyak peluang pekerjaan bagi mereka yang berminat untuk mengambil pekerjaan sambilan.
Anda boleh memilih untuk melakukannya di rumah dan sebagai freelancer. Perkerjaan jenis ini tidak memerlukan anda untuk menghabiskan masa seharian untuknya, dan anda masih dapat memberi tumpuan kepada keluarga anda.
Adakah anda seorang penulis yang mahir atau pandai berbahasa? Anda boleh mengambil pekerjaan sambilan dengan menulis, menyalin dokumen dan melakukan terjemahan. Ingin meningkatkan kemahiran domestik anda? Apa kata anda tawarkan perkhidmatan membersihkan rumah atau perkhidmatan dobi? Ramai tau orang yang sanggup membayar perkhidmatan ini.
Tips #5: Cuba teroka banyak lagi perkerjaan dengan menggunakan Internet. Cari pekerjaan yang sesuai untuk anda.
Siapa kata suri rumah tidak mampu menjana wang dengan sendiri? Kami sangat gembira dapat berkongsi idea-idea ini dengan anda, dan semoga anda mendapat manfaat daripadanya! Jangan lupa kongsikan kepada wanita lain dalam hidup anda.
Memulakan perniagaan atas talian bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dengan penghantaran barangan yang berkesan, ianya akan membantu perniagaan anda dengan mudah.
Klik di sini dan dapatkan Ninja Trial Pack hari ini, sampul pos prabayar untuk pengiriman barangan anda dengan pantas! Gunakan kod promo untuk mendapatkannya secara PERCUMA untuk pembelian anda buat kali pertama.
Kod promo: BLOGNINJA