#kakakninjatips: Cara Guna Ninja Packs untuk Pos Barang
Ikuti pengalaman #kakakninja!
Tengok apa yang #kakakninja beli!
Akhirnya Ninja Trial Pack, dah pun sampai dan saya tidak sabar untuk tunjukkan kepada anda betapa mudahnya untuk anda pos barang dengan laju menggunakan Ninja Pack daripada Ninja Packs.
Jom baca lebih lanjut tentang pengalaman #kakakninja menggunakan Ninja Packs untuk kali pertama!
Psst: Bagi sesiapa yang berminat menggunakan perkhidmatan kurier Ninja Van, Ninja Packs adalah sampul beg kurier yang anda mesti cuba jika anda nak dapatkan perkhidmatan penghantaran yang pantas ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia.
Ini dia Ninja Trial Pack.
Untuk penghantaran kali ini, #kakakninja mendapatkan Ninja Trial Pack dalam jenis Regular Ninja Trial Packs yang didatangkan dalam tiga saiz berbeza iaitu saiz, XS, S dan M.
Comelkan bungkusannya? Itulah Ninja Ryo!
Fakta menarik yang anda mesti tidak tahu: Ninja Ryo adalah maskot Ninja Van tau.
Mesti ada yang tertanya mengapa #kakakninja memilih Ninja Trial Pack dan kenapa saiznya berbeza-beza?”
Kadang-kala, tidak mudah bagi online seller untuk mencari saiz beg kurier yang tepat untuk penghantaran barangan mereka sebelum membeli beg kurier tersebut dalam bilangan yang banyak.
Boleh anda bayangkan bila anda membeli banyak beg kurier dengan saiz yang salah? Sebab itulah, Ninja Trial Pack ini sangat-sangat membantu peniaga-peniaga yang nak cuba dahulu jenis pek dan bungkusan yang sesuai untuk produk mereka. Malah, penghantaran Ninja Packs juga pantas tau.
Ini dia, #tipskakakninja untuk bantu semua peniaga yang baru sahaja memulakan perniagaan atau bagi mereka yang ingin menghantar bungkusan menggunakan Ninja Van!
Tips pertama kami ialah…
#1. Dapatkan Ninja Trial Pack.
Macammana anda nak tahu saiz beg kurier atau flyer yang sesuai dengan barang anda jika anda tidak cubanya dahulu kan?
Ninja Trial Pack boleh membantu anda mengenal pasti saiz beg kurier yang terbaik untuk barang anda.
Untuk penghantaran ini, destinasi kiriman barang adalah dari Klang ke Subang dan setelah meneliti saiz Ninja Pack, saiz paling terbaik untuk kiriman barang ini adalah dari saiz S.
Pasti ada dalam kalangan penjual yang tertanya-tanya, bagaimana nak pilih saiz beg kurier yang tepat?
Jom baca #tipskakakninja nombor 2!
#2. Ukur saiz produk anda terlebih dahulu.
Langkah ini sangat penting kerana dengan mengukur produk atau barang anda terlebih dahulu, ianya akan membantu anda mengenal pasti saiz beg kurier manakah yang sesuai dengan barang anda.
Untuk barang ini, selepas saya selesai membungkus barang saya, saya boleh sahaja terus memasukkan barang saya ke dalam bungkusan Ninja Pack.
#3. Buat pesanan dengan Ninja Dashboard.
Apa yang menarik mengenai Ninja Pack ini ialah anda tidak lagi perlu risau tentang perlu beratur lama untuk menghantar barang atau menulis maklumat penerima anda pada air waybill.
Sebelum anda menyerahkan bungkusan Ninja Pack anda, buat pesanan terlebih dahulu di Ninja Dashboard. Ia merupakan satu papan pemuka atau dashboard yang membolehkan anda mengetahui status terkini mengenai barangan anda dan juga sejarah pesanan anda.
Klik untuk mendaftar akaun LITE untuk mula menghantar barangan anda.
Untuk membuat pesanan, anda boleh kllik pada butang New Order atau pada butang Create Order
1. Ambilan.
Bahagian pertama perlu diisi dengan alamat pengembalian bungkusan iaitu Return Address. Bahagian penting sekiranya bungkusan ini perlu dikembalikan kepada anda semula. Terutamanya jika penerima anda tidak dapat menerima bungkusan tersebut selepas cubaan kali ketiga.
Anda boleh membuat serahan Ninja Pack di mana-mana kaunter serahan atau Pick Up Drop Off Point (PUDO) di lokasi berdekatan anda. Anda boleh mengenal pasti lokasi berhampiran menggunakan penunjuk lokasi dengan memasukkan poskod atau alamat anda.
2. Pesanan anda.
Anda boleh memilih untuk memuat naik fail atau menaip pesanan anda melalui papan kekunci. Fail anda mestilah dalam bentuk CSV atau Excel. Anda juga boleh memuat turun contoh yang diberikan. Fungsi in sangat berguna, terutamanya jika anda mempunyai pesanan besar.
Untuk penghantaran ini, saya memasukkan pesanan secara manual dan memasukkan maklumat penerima bersama dengan Ninja Pack ID atau Tracking ID.
Dimana anda nak dapatkan Tracking ID? ID Penjejakan ada di bahagian belakang Ninja Pack.
3. Semak dan buat pesanan.
Klik pada butang CONFIRM untuk meneruskan dan pesanan anda telah berjaya.
Langkah terakhir adalah mencari Ninja Point untuk menyerahkan bungkusan anda jika anda masih lagi belum mencari Ninja Point.
Anda boleh membuat carian Ninja Point di Google, atau KLIK DI SINI.
Dan saya sudah bersedia untuk pergi! Hanya beberapa minit dari lokasi saya dan saya dapati terdapat banyak Ninja Points berhampiran kawasan perumahan saya!
Sekiranya anda ingin melihat lebih banyak mengenai perjalanan #kakakninja mengirim bungkusan dan cara bagaimana nak hantar Ninja Pack, lihat video kami di bawah.
Berminat nak guna Ninja Pack?
Gunakan kod promo kami untuk mendapatkan Ninja Trial Pack PERCUMA untuk penghantaran barangan anda. Klik d isini untuk mendapatkan Ninja Trial Pack hari ini.
Kod promo: BLOGNINJA