Jana Pendapatan Lumayan dengan Kedai Anda sebagai Ninja Point

Ninja Point Malaysia

Adakah anda memiliki kedai runcit atau kedai serbaneka, dan ingin mengembangkan perniagaan sedia ada anda? Sekiranya ya, kami ingin menawarkan kepada anda peluang untuk menjadi rakan niaga Ninja Point kami!

Ninja Point menggunakan konsep pick and drop off (PUDO) yang mana pelanggan boleh menghantar dan mengambil bungkusan mereka mengikut keselesaan mereka.

Dengan rangkaian perkhidmatan Ninja point yang berkembang pesat di seluruh Malaysia, kami menjemput anda untuk merasai keseronokan, dan faedah yang kami tawarkan sebagai Ninja Point kami! Sekiranya kedai anda terletak di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi; mengapa tidak memanfaatkan peluang keemasan ini? Marilah menjadi sebahagian daripada rangkaian Ninja Point hari ini!

Adakah kedai saya perlu menjadi Ninja Point secara sepenuh masa ataupun secara sambilan?

Semua bergantung kepada anda! Sama ada anda memilih untuk menjadi rakan sepenuh masa ataupun sambilan, kami menawarkan banyak faedah dan manfaat untuk memenuhi keperluan dan kehendak anda.

Tidak tahu untuk pilih pilihan yang mana? Mari kita ketahui lebih lanjut mengenainya pilihan Ninja Point untuk perniagaan anda.

Ninja Point Sepenuh Masa

Pilih pilihan ini jika anda mempunyai kedai runcit dan memutuskan untuk mengambil jenama Ninja Van sepenuhnya. Malah, anda juga bersedia untuk memberikan perkhidmatan bungkusan Ninja Van yang lengkap secara sepenuh masa.

Apakah manfaat yang anda boleh perolehi?

  • Komisien yang menarik.
  • Latihan dan sokongan pemasaran daripada pasukan kami.
  • Peluang untuk menjadi sebahagian dalam mempelajari mengenai e-dagang.

    Ninja Point Sambilan

    Sudah memiliki kedai runcit tetapi ingin mengekalkan perniagaan yang ada? Sebagai Ninja Point sambilan, anda juga turut mempunyai penjenamaan Ninja Van dan memberikan khidmat perkhidmatan bungkusan Ninja Van. Bagi peniaga yang ingin mengekalkan teras perniagaan, ini sememangnya merupakan pilihan yang tepat untuk anda.

    Apa manfaat yang boleh anda perolehi?

      Komisien menarik.
    • Peningkatan jumlah pelanggan kerana Ninja Point boleh menarik lebih banyak pelanggan yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran.
    • Peluang untuk menjadi sebahagian daripada perkembangan e-dagang.


    Daftar sebagai Rakan Ninja kami hari ini!

    Sila berikan maklumat anda dalam borang yang disediakan, dan pasukan kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam.

    Klik disini untuk membaca lebih lanjut dan mendaftar!