5 Tool Percuma untuk Instagram yang Anda Wajib Cuba

Adakah anda mempunyai akaun Instagram Business? Jika ya, artikel ini untuk anda.

Ramai orang mempunyai akaun Instagram di Malaysia. Ini menjadikannya salah satu platform media sosial terbaik untuk mana-mana peniaga untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produk mereka.

Tapi kalau anda nak tarik pelanggan anda, syaratnya ialah anda kenalah mempunyai akaun Instagram khas untuk jenama atau produk yang anda jual. Malah, anda juga perlu mempunyai perancangan pemasaran yang baik untuk content anda setiap bulan. Barulah follower anda tidak bosan kan?

Kami tahu sememangnya bukan senang nak uruskan akaun Instagram business ini. Lagi-lagi kalau anda adalah social media marketer. Jadi, kami nak bantu anda untuk mendapatkan inspirasi terbaik dalam menyediakan content terbaik dan kalau anda nak cantikkan feed Instagram anda, ini dia 5 tool percuma untuk Instagram yang anda wajib cuba.


#1. Canva (Untuk reka post untuk feed atau Instagram Story).

canva

Kredit: Pexels

Visual terdiri daripada dua elemen iaitu gambar dan video dan penggunaan visual yang berkesan adalah sangat penting kerana ia merupakan satu bentuk mesej kepada pengikut anda dan melambangkan jenama anda.

Bukan semua orang boleh membuat rekaan visual dengan baik. Sebab itulah Canva wujud untuk membantu anda merancang dan menghasilkan visual yang sangat baik untuk Instagram. Dengan Canva iaitu sebuah laman web alat reka bentuk, anda boleh membuat post atau Instagram Story dengan visual yang hebat dalam masa kurang dari 5 minit.

Kalau anda nak cantikkan feed dengan tema dan warna sepadan pun boleh dengan menggunakan Canva. Anda hanya perlu reka post atau pilih templat sedia ada untuk Instagram post dan Instagram Stories. Anda hanya perlu drag and drop sahaja imej yang anda mahukan dan tambah text.

Sama ada anda ingin mempromosikan produk baru anda atau ingin membuat visual untuk giveaway, Canva mempunyai banyak ciri dan templat yang cantik lagi menarik untuk anda hasilkan dan muat turun dengan mudah. Anda juga boleh membuat video yang menakjubkan di Canva untuk Instagram anda.


#2. Pexels (Untuk stock gambar).

Pexels

Kredit: Pexels

Nak dapatkan gambar yang cantik untuk Instagram ini pun kena banyak usaha tau. Anda kena buat banyak persiapan bukan sahaja untuk penggambaran tetapi pada masa yang sama untuk penyuntingan juga yang boleh memakan usaha, tenaga dan kos.

Sekarang, anda tidak lagi perlu berhempas pulas untuk shoot gambar dan sebagainya kerana ada jalan penyelesaian untuk itu. Kehadiran laman web untuk stock photo boleh membantu anda mendapatkan gambar yang menakjubkan dan cantik untuk anda post ke Instagram anda!

Pexelsadalah salah satu laman web untuk gambar stock dengan gambar bebas royalti yang boleh anda gunakan di Instagram. Anda boleh menggunakan gambar-gambar ini dengan bebas tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik asalnya, dan terdapat ribuan gambar yang boleh anda pilih dengan mudah.

Dengan adanya stock photo, anda boleh mendapatkan gambar profesional dengan beribu-ribu tema khas untuk mencantikkan feed anda. Anda juga boleh ambil gambar-gambar ini dan olah semula dengan meletakkan teks dan sebagainya. Kan dah jimat masa tu?

#3. Grammarly (Untuk menulis).

Grammarly

Kredit: Pexels

Selain visual, anda memerlukan caption atau copywriting menarik untuk menarik minat pengikut anda. Bahagian yang paling penting adalah memastikan bahawa caption anda bebas dari kesilapan, kerana ini mencerminkan kredibiliti anda.

Khas untuk mereka yang menulis dalam bahasa Inggeris. Adakah anda nak menulis caption yang bebas daripada segala kesilapan tatabahasa untuk Instagram anda?

Jom guna Grammarly! Ini adalah alat dalam talian untuk membantu membaca semula penulisan anda dengan lebih cepat, memastikan teks anda bebas dari sebarang kesalahan tatabahasa dan kesalahan huruf.

Sebagai manusia biasa, kita tidak lepas dalam melakukan kesilapan kan? Dengan bantuan alat yang tepat seperti Grammarly, ia dapat membantu anda meminimumkan kesalahan dan memperbaiki penulisan anda. Anda boleh menyalin dan menampal teks anda di Grammarly Checking Tool, atau anda boleh memuat turun Grammarly Keyboard, yang tersedia untuk iOS dan Android. Untuk penulisan bahasa Melayu, anda boleh gunakan Google Document untuk menyemak ejaan anda!



#4. Google Sheets (Untuk merancang kandungan).

google sheet

Kredit: Google

Perlukan sesuatu untuk memudahkan anda untuk membuat kalendar pemasaran kandungan untuk Instagram anda secara PERCUMA?

Kami sangat menyarankan agar anda menggunakan Google Sheets untuk memudahkan rancang kandungan content untuk feed anda dari segi visual ataupun caption. Mudah sahaja dengan pakai kalendar ini kerana ianya boleh diakses dimana sahaja, janji ada capaian Internet. Atau anda boleh sahaja muat turun template siap dalam talian.

Dengan Google Sheets, anda boleh membuat kalendar yang membolehkan anda untuk plan dengan awal kandungan yang mana sesuai untuk Instagram anda dan anda boleh tengok secara jelas kandungan keseluruhan feed anda. Anda boleh track dengan mudah pencapaian setiap post dan mengenal pasti objektif bersesuaian. Bila ada perancangan tepat ini, senanglah proses kerja anda..

Anda boleh membuat beberapa sheet berlainan untuk kalendar feed, kalendar editorial, visual dan banyak lagi, bergantung pada objektif anda.


#5. Instagram Insights (Untuk Analytics).

Instagram insights

Kredit: Pexels

Banyak alat dalam talian atau laman web yang menawarkan perkhidmatan untuk membolehkan anda track prestasi atau pencapaian post Instagram anda dan banyak lagi analytic. Tetapi boleh menjadi langganan data ini boleh menjadi mahal kerana memerlukan anda melanggan rancangan bulanan atau tahunan.

Tetapi jika anda menggunakan akaun Instagram business , anda bernasib baik kerana ciri ini sudah tersedia untuk anda secara PERCUMA, yang membolehkan anda melihat keseluruhan prestasi anda untuk setiap post.

Instagram Insights adalah alat analisis yang memberi anda gambaran lengkap mengenai data post anda anda secara individu dan demografi pengikut anda.

Di samping itu, Analytics memberi anda data berguna seperti hari dan waktu terbaik untuk anda publish post mengikut waktu pengikut anda aktif dalam Instagram, merekodkan data untuk post dan Instagram Story, data mengenai matlamat kempen yang berkaitan dengan metrik post seperti engagement, impression dan reach dll.

Kami harap dengan bantuan 5 alat percuma ini, ia akan membuatkan akaun Instagram anda bertambah hebat! Rancang content terbaik untuk Instagram anda bermula hari ini!



Nak tingkatkan prestasi penghantaran barangan anda kepada pelanggan anda?ninja trial pack


Kalau ya, apa kata anda cubaNinja Packshari ini, sampul beg kurier prabayar terbaik untuk menghantar barang anda kepada pelanggan anda di Semenanjung Malaysia!

Dapatkan penghantaran yang boleh dipercayai dan pantas untuk barang anda dalam 1-3 hari bekerja dan nikmati perkhidmatan penghantaran terbaik dari Ninja Packs. Apa yang anda perlu lakukan ialah buat pembelian Ninja Packs secara dalam talian, bungkus barang anda, buat pesanan anda secara dalam talian dan drop off atau buat serahan bungkusan anda di Ninja Point berhampiran anda.

Perlukan lebih banyak berita baik? Anda boleh mendapatkannya secara PERCUMA dengan Ninja Trial Pack kami! Terdapat dalam 3 saiz berbeza dalam 1 pek, anda boleh memilih saiz pek terbaik untuk barang anda dan muat seberapa banyak yang anda boleh di dalam pek ini.

Betul! Anda tidak lagi perlu risau tentang berat bungkusan anda kerana anda dapat menikmati penghantaran dengan harga tetap ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia.

Gunakan kod: BLOGNINJA

KLIK DISINI untuk mendapatkan Ninja Trial Pack secara PERCUMA bernilai RM25 hari ini!