[Info terkini PKP] Khidmat pengambilan barang percuma kini tersedia untuk semua pengguna Ninja Packs bermula dari 1 Jun - 28 Jun. Ketahui selanjutnya>

Info Terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kepada Para Pelanggan yang Dihormati,

Sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkini yang bermula pada 1 Jun hingga 28 Jun, perkhidmatan pengambilan barang secara PERCUMA kini tersedia untuk semua pengguna akaun Ninja Lite, ini termasuklah pengirim yang menggunakan Ninja Packs & Penghantaran Biasa (Regular Order).

Pelanggan boleh memohon perkhidmatan pengambilan barang ini menerusi papan pemuka akaun Ninja Lite seperti contoh berikut:

Ninja Lite Account Dashboard

Sehingga notis selanjutnya, semua bungkusan perlu dihantar secara serahan selepas 28 Jun 2021.

Harap maklum bahawa servis pengambilan barangan adalah tidak wajib dan anda masih boleh menghantar bungkusan anda di mana-mana Ninja Point yang masih beroperasi sepanjang tempoh PKP ini.

Terima kasih dan kekal selamat berada di rumah!