Kepada semua pelanggan, bermula pada Januari 2021, anda boleh membuat pendaftaran akaun untuk menikmati pelbagai faedah dan ganjaran!

Nak hantar barang menggunakan Ninja Van? Ketahui Ninja Point berhampiran dengan anda

Credit: Giphy.com

Kadang-kadang dalam hidup ini, perkara yang selalu membuatkan kita kecewa adalah benda yang remeh. Sebagai contoh, proses mudah seperti menghantar barang pula boleh menjadi rumit dan sangat tidak menyenangkan buat sesiapa yang mengalaminya.

Prosesnya boleh memakan masa yang lama disebabkan perlu beratur dan menunggu untuk menghantar barang, dan telah banyak membuang masa berharga anda.

Credit: Giphy.com

Kami di Ninja Van ingin menawarkan sebuah penyelesaian tanpa kebimbangan kepada semua permasalahan anda berhubung dengan penghantaran barangan.

Ingin menghantar bungkusan dengan penghantaran ke depan pintu rumah anda? Penyelesaian kami bermula dengan Ninja Pack, polimailer berbayar yang akan dihantar terus ke pintu rumah anda, dan anda boleh memesannya secara atas talian.

Ninja Pack adalah penyelesaian penghantaran yang berkesan bagi anda kerana anda tidak lagi perlu beratur dan membantu menjimatkan banyak masa anda daripada menunggu bungkusan anda diproses untuk penghantaran.

Apa yang harus anda lakukan hanyalah anda perlu membungkus barangan anda menggunakan pek tersebut mengikut keselesaan anda dan menghantarkannya di Ninja Point setelah membuat pesanan anda secara dalam talian. Tidak perlu pen ataupun pencetak kerana kesemuanya dilakukan secara atas talian.

Adakah semudah itu, anda bertanya?
Ya, ia semudah 123.

Kami mempunyai lebih dari 4000 Ninja Points di Semenanjung Malaysia dan anda boleh menjumpai Ninja Point dimana sahaja anda berada!

Bagaimana untuk mencari Ninja Point berhampiran anda?

Anda dapat mengesannya dengan cepat melalui penunjuk Ninja Points kami.

Cuba anda ke halaman Ninja Points masukkan poskod, alamat atau klik kepada penanda untuk maklumat lanjut. Contoh seperti berikut.

Apa yang anda boleh lakukan di Ninja Points?

1. Ambil barangan anda

Adakah anda ataupun pelanggan anda tidak ada masa untuk mengambil bungkusan?? Beri pilihan kepada pelanggan anda untuk menghantar barang mereka ke salah satu Ninja Point kami dan ambil dengan mudah!

Untuk mengambil Ninja Pack daripada Ninja Point, apa yang anda perlu lakukan ialah:

  1. Pilih Ninja Point terdekat pada peta di atas.
  2. Checkout sebagai Alamat Penghantaran! Contohnya: Ninja Point @ Tedboy Bakery Bangsar, diikuti dengan alamat secara terperinci.
  3. Setelah anda diberitahu bahawa bungkusan anda telah tiba, bungkusan anda siap diambil!

2. Hantar bungkusan anda

Tidak perlu menunggu lagi! Hantarkan bungkusan anda di mana-mana Ninja Point kami dan kami akan uruskannya!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Ninja Packs, lihat koleksi Ninja Packs hari ini.

Ingin mencuba menggunakan Ninja Packs?

Inilah kod promo untuk anda!

WELCOME dengan potongan harga RM5 untuk pembelian Ninja Pack pertama anda.