Awas! Ini 4 Tips untuk Anda Elak Jadi Mangsa Penipuan Online

Anda mungkin pernah mendengar scammer menggunakan pelbagai jenis taktik untuk menipu mangsa mereka secara atas talian. Tetapi, pernahkah anda mendengar mengenai penipuan melibatkan Bayaran Atas Tunai ataupun Cash-on-Delivery (COD)?

Credit: Giphy.com

Kami telah sedia maklum bahawa terdapat scammer ataupun pihak tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan perkhidmatan COD untuk menipu dan memperdaya pelanggan agar membayar barangan yang tidak mereka beli secara atas talian. Cara penipuan mereka termasuklah menyasarkan pembeli dalam talian pada musim penjualan puncak.

Barangan seperti span dan payung, antara lain, telah digunakan dalam penipuan ini. Mangsa juga terpaksa membayar harga bungkusan tersebut kerana menyangkakan bahawa mereka membuat pembayaran untuk barangan yang mereka beli.

Pihak kami berusaha sedaya upaya untuk membanteras perkara ini untuk mengelakkan kejadian ini daripada terus berlaku dengan mengambil tindakan penipu dalam talian ini. Ini termasuklah;

  1. Menarik balik pesanan yang berbaur penipuan.
  2. Memulangkan semula barangan yang meragukan.
  3. Menghentikan semua perkongsian dengan scammers yang terlibat dalam talian.

Pada masa yang sama, kami juga ingin mengingatkan anda agar sentiasa berhati-hati ketika menerima bungkusan daripada pihak kurier.

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kejadian ini bukan sahaja berlaku kepada pelanggan Malaysia, tetapi ianya juga turut berlaku pada mereka yang tinggal di negara lain seperti Singapura.


Berikut adalah empat tips bagaimana anda dan orang tersayang dapat mengelakkan diri daripada penipuan COD.

  1. Sentiasa berwaspada dan periksa berita terkini mengenai sebarang bentuk penipuan melibatkan jualan atas talian ataupun penghantaran.
  2. Semak dan periksa bungkusan serta pastikan siapa pengirimnya sebelum anda menerimanya.
  3. Jangan sekali-kali membayar atau menerima bungkusan sekiranya anda tidak membelinya.
  4. Jangan sesekali membalas pesanan teks atau pemberitahuan mengenai pembelian yang anda tidak diketahui.

Semak kalau tidak pasti. Jadilah pengguna yang bijak dan jangan sekali-kali anda menjadi mangsa penipuan COD lagi.

Kongsi petua ini dengan orang yang anda sayangi, dan bersama-sama, kita dapat memerangi kejadian ini daripada berlaku lagi


Sekiranya anda telah menerima pemberitahuan atau pesanan teks yang mencurigakan mengenai penghantaran yang tidak dijangka, sila laporkan kejadian tersebut ke platform Perkhidmatan Pelanggan rasmi kami di bawah:


LIVE Chat: KLIK DISINI

Waktu operasi: 9 PAGI - 7 MALAM, Isnin - Sabtu


▶️ Email: >support_my@ninjavan.co

Kami akan melakukan yang terbaik untuk bertindak balas dalam masa 24 jam!