Waktu Urusan Pengeposan Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2021

Salam Ramadhan untuk semua pelanggan Ninja Packs!
Kini kita sudah pun berada dalam pertengahan bulan yang mulia iaitu Ramadhan dan bagi mereka yang menyambutnya, kami berharap Ramadhan anda diberkati dan dipermudahkan segala urusan.
Sekiranya anda tertanya-tanya mengenai penghantaran pos kepada pelanggan anda sebelum Raya Aidilfitri, sila ambil maklum mengenai percubaan penghantaran kami yang dijamin sebelum tarikh akhir Raya Aidilfitri .
Untuk Semenanjung Malaysia, hari terakhir adalah pada 3 Mei 2021 (Isnin) , sementara untuk Sabah dan Sarawak, hari terakhir adalah pada 7 Mei 2021 (Jumaat) .
Sebarang bungkusan yang dihantar selepas tarikh akhir pengeposan akan dilakukan dengan usaha terbaik. p >
Harap maklum mengenai tarikh akhir pengeposan agar anda dapat merancang penghantaran anda dengan sewajarnya.
Sempena cuti Raya Aidilfitri, semua penghantaran Ninja Van akan ditangguhkan mulai 13 Mei 2021 (Khamis) dan perniagaan kami akan beroperasi seperti biasa pada 17 Mei 2021 (Isnin) .
Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelanggan kami. Semoga anda dan orang yang anda sayangi diberkati dengan kebahagiaan, dan kedamaian dalam bulan yang penuh kegembiraan dan pengampunan ini.
Ketupat dan lemang sedia dimakan,
Adik dan kakak beria sakan,
Selamat hari Raya kami ucapkan,
Salah dan silap harap maafkan.
Ikhlas dari keluarga Ninja Van!
Sekiranya ada pertanyaan, silakan hubungi kami melalui:
LIVE Chat: (http://bit.ly/2RwyUBs)ā
Operating hours: 9AM - 7PM, Mon-Satā
EMAIL: support_my@ninjavan.co