Putar & Menang Diskaun. Terma & syarat >

Gunakan 5 platform sosial media ini untuk promote bisnes anda supaya laku keras!

Adakah anda setuju bahawa media sosial telah melalui banyak perubahan?

Ingatkah anda pada waktu mula-mula Myspace dilancarkan, dan Tom Anderson adalah rakan kenalan anda yang pertama apabila anda menggunakan Myspace?

Pada permulaannya, laman media sosial umumnya lebih dikenali sebagai satu medium atau platform yang menghubungkan anda dengan rakan lama anda atau membolehkan anda mendapat rakan baru.

Tetapi pada hari ini, kebanyakan pemilik perniagaan dan pakar pemasaran bersetuju bahawa…

Media sosial adalah salah satu perintis kepada kejayaan pemasaran sesuatu perniagaan.

Media sosial adalah salah satu alat pemasaran yang paling berpengaruh dalam membantu perniagaan untuk mencari prospek baru, dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelanggan mengenai jenama mereka.

Adakah anda rasa sudah terlambat untuk anda menggunakan media sosial kerana anda tidak pernah menggunakannnya untuk perniagaan anda? Mestilah tidak.

Apa yang menarik mengenai media sosial ini ialah, anda boleh mempromosikan perniagaan atau produk anda pada bila-bila masa, dimana sahaja anda berada, dan anda masih boleh mendapatkan impak terbaik untuk perniagaan anda. Kami ingin berkongsi lima platform media sosial terbaik yang boleh anda gunakan untuk menambah baik jenama dan membantu pemasaran perniagaan anda. Jom kita mulakan!

Tips penting yang anda perlu ketahui- Setiap platform media sosial mempunyai pendekatan serta khalayak yang berbeza.

Sebaiknya anda merancang dan merangka strategi berlainan untuk setiap platform agar sesuai dengan kehendak setiap penggunanya, dan agar ia juga sejajar dengan perniagaan anda.

1. Facebook

Facebook GIF by ZI Italy

Facebook mula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg. Ini adalah beberapa fakta menarik mengenai pengguna Facebook di Malaysia yang mungkin tidak anda ketahui.

Pada tahun 2016, terdapat lebih daripada 18 juta pengguna Facebook di Malaysia (DigitalnewsAsia, 2016). Empat tahun kemudian; jumlahnya telah meningkat menjadi 24 juta pengguna, merangkumi 77% populasi Malaysia (Marketing Signal Lab, 2019)). Menarik, bukan?

Statistik ini turut menunjukkan bahawa Facebook sememangnya merupakan platform media sosial terbaik bagi mana-mana perniagaan untuk mula memasarkan produk mereka kerana hampir semua orang menggunakannya.

Oleh sebab itu, anda memerlukan perancangan pemasaran kandungan yang baik untuk perniagaan anda.

Pengguna Facebook menggunakan platform ini sebagai medium untuk bersantai, merehatkan minda dan sebagai sumber hiburan dan informasi terkini. Apa sahaja promosi yang berbentuk hard selling atau secara langsung sememangnya sukar untuk mendapat sambutan.

Maka, apa juga content atau posting yang anda buat haruslah menceritakan mengenai jenama anda, dan ianya perlu dilakukan secara kreatif. Terdapat banyak lambakan jenama lain di Facebook. Jadi anda perlulah menghasilkan content yang membuatkan anda berbeza dengan jenama lain dengan menampilkan ciri-ciri istimewa anda. Ini akan membuatkan follower halaman anda akan lebih tertarik untuk memilih jenama anda berbanding jenama lain.

Tidak mempunyai halaman Facebook Business anda sendiri? Senang je nak buat! Anda hanya perlu daftar, dan masukkan maklumat berkaitan perniagaan anda.

Anda juga boleh sertakan visual menarik dan maklumat yang relevan yang boleh memberi manfaat kepada pengikut anda. Jangan lupa gunakan profile photo dan cover photo yang melambangkan perniagaan anda.

Setelah halaman Facebook Business anda siap, bolehlah anda mula mempromosikan perniagaan anda dan menambah pengikut untuk halaman anda.

2. Instagram

schitts creek comedy GIF by CBC

Dengan lebih dari 11 juta pengguna di Malaysia (Statista.com), Instagram terus meraih populariti dalam kalangan pengguna media sosial. Instagram cukup sinonim sebagai platform media sosial untuk perkongsian gambar dan visual. Tetapi, update terkini menunjukkan peranan Instagram telah mula berubah sama seperti Facebook. Kini, dalam aplikasi tersebut, anda boleh melihat bahawa terdapat ikon bagi pengguna yang gemar membeli belah.


Bagi pemilik perniagaan, anda harus mengetahui bahawa Instagram lebih menumpukan pada kandungan visual.


Tetapi terdapat banyak perniagaan yang membuat kesilapan dengan memilih untuk tidak mempunyai akaun perniagaan Instagram untuk jenama mereka kerana beranggapan bahawa Instagram tidak memberikan hasil yang sama seperti platform media sosial yang lain.

Hakikatnya, menerusi Instagram, perniagaan anda mampu memperoleh banyak faedah dan manfaat kerana ianya membantu meningkatkan trafik ke laman web anda, dan juga membantu peningkatan jenama anda .

Visual seperti promosi kreatif sememangnya menarik dan amat membantu mempromosikan jenama anda. Tetapi, gambar di sebalik tabir adalah gambar yangamat berharga dalam membantu menambat hati pelanggan anda. Kongsikan juga cerita-cerita menarik mengenai perniagaan anda yang boleh membantu pelanggan anda berasa lebih dekat dengan anda.

Manfaatkan kekuatan dan pengaruh Instagram untuk perniagaan anda hari ini dan, seperti Facebook, anda juga boleh menggunakan pengiklanan atau boosting post untuk memasarkan produk anda.

3. Twitter

big ang twitter GIF by RealityTVGIFs

Ingin menyiarkan mesej anda atau membuat sebarang posting mudah dan pantas mengenai perniagaan anda? Twitter adalah jawapannya!

Twitter merupakan laman media sosial untuk berhubung bersama rakan, dan kini banyak jenama perniagaan telah mula menggunakan Twitter untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka.

Apabila anda membuat ciapan ataupun Tweet, kongsi perkara menarik untuk berhubung dengan pengikut anda dan jangan terlalu membuat hard selling.

Anda juga boleh berkongsi perkara lucu, dan menghiburkan untuk menarik hati mereka dengan Tweet anda. Sekiranya mereka membalas ciapan anda, jangan lupa untuk retweet atau buat ciapan semula sebagai tanda anda menghargai mereka.

Yang paling penting sekali, anda haruslah sentiasa berkomunikasi dan berinteraksi dengan pengikut anda. Walaupun Twitter lebih kepada ciapan berbentuk teks, anda juga boleh masukkan gif dan gambar untuk menjadikannya lebih menarik.

4. YouTube

steve carell television GIF

YouTube masih kekal sebagai platform utama perkongsian video dengan berjuta-juta pelanggan yang mengaksesnya setiap hari. Jangan memandang rendah akan kehebatan dan pengaruh video kerana sebenarnya ia dapat memberikan kemudahan akses maklumat kepada pelanggan anda.

Tahukah anda bahawa penggunaan video dalam perniagaan membantu mempengaruhi keputusan pelanggan anda untuk membeli daripada anda? Menurut Digitalmarketinginstitute.com, lebih daripada 90% pengguna mendakwa bahawa video membantu mereka membuat keputusan pembelian.

Justeru, video sangat membantu dalam menyampaikan maklumat tersebut secara terus kepada pelanggan dengan pendekatan yang berbeza.

Video yang bagaimana agaknya yang pelanggan akan suka? Ianya bergantung kepada jenis content anda, dan isi penyampaian cerita. Anda boleh membuat kandungan berbentuk infografik tetapi masih boleh disampaikan dengan cara yang kreatif, atau video jenis pemasaran.

Selain itu, anda boleh juga buat video seperti tips, dan demonstrasi untuk pelanggan anda. Lagi senanglah mereka nak faham. Anda hanya perlu kongsi pautan video Youtube anda kepada mereka.

5. Tiktok

All That Dancing GIF by Nickelodeon

Aplikasi Tiktok adalah aplikasi mobile yang baru sahaja diperkenalkan tetapi, popularitinya kini kian mencanak naik dan mempunyai potensi besar dalam dunia pemasaran perniagaan. Platform ini amat dikenali dalam kalangan golongan muda tetapi kini, ianya turut diwarnai oleh semua golongan tidak kira apa jua peringkat umur.

Pada tahun 2020, Tiktok telah melancarkan Tiktok for Business secara rasmi, yang membolehkan perniagaan mempromosikan barang dan perkhidmatan mereka.

Dengan moto mereka iaitu,’ Don’t make ads, Make Tiktoks’, platform ini semestinya mengetengahkan kreativiti dan para pemilik perniagaan juga boleh menjadi content creator untuk memasarkan produk mereka dengan cara paling cool!

Semakin ramai orang kini mula menggunakan platform ini. Jadi tidak hairanlah mengapa banyak perniagaan telah mula menggunakannya dengan memuat naik content atau video berbentuk promosi tetapi masih menghiburkan.

Perlukah anda mempromosikan perniagaan anda di platform ini? Sekiranya pelanggan sasaran anda berada di platform ini, mengapa tidak anda menggunakan platform ini untuk membuat jualan kan?

Terdapat banyak filter dan editing daripada TikTok yang boleh anda gunakan untuk membuat video yang menarik untuk pelanggan. Ini semua bergantung kepada anda dan cara anda mengolahnya!

Rujukan:

https://www.statista.com/statistics/997071/share-of-instagram-users-by-gender-malaysia/#:~:text=As%20of%20March%202020%2C%20there,million%20Instagram%20users%20in%20Malaysia.


https://marketingsignallab.com/social-media-marketing-statistic-in-malaysia/


https://www.digitalnewsasia.com/business/facebook-lands-malaysia


https://digitalmarketinginstitute.com/blog/the-importance-of-video-marketing