Tak Perlu Cetak Air Waybill Dah! Buat Pesanan Guna Ninja Dashboard Jer!

Memang mencabar kan bila nak cetak slip pos penghantaran bila nak hantar barang? Di saat-saat akhir boleh jadi macam-macam masalah. Dakwat pencetak anda tiba-tiba habislah atau terdapat masalah dengan pencetak. Perkara ini mungkin jarang berlaku kepada anda tetapi masalah-masalah ini boleh mengganggu proses penghantaran barangan anda kepada pelanggan.

Lagi-lagi dengan timbunan barangan yang banyak untuk dikirimkan kepada pembeli barangan anda. Mahu tak mahu, pilihan terakhir anda adalah anda perlu menulis slip pos yang akan mengambil banyak masa anda.

Memiliki pencetak memang amat memudahkan kerja, tetapi ini juga bermaksud bahawa anda harus bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Jangan risau! Anda tidak lagi perlu berdepan dengan masalah pencetak untuk mencetak slip pos penghantaran anda. Kerana dengan Ninja Dashboard, anda dapat membuat pesanan secara atas talian dengan mudah tanpa perlu bersusah payah. Dan anda juga tidak perlu menulis maklumat pada slip penghantaran pos anda.

Ia sangat mesra alam kerana proses membuat pesanan barangan anda tidak menggunakan kertas pencetak dan anda boleh menyemak atau menambah maklumat dengan mudah dan cepat. Segalanya boleh dibuat dengan hujung jari sahaja.


#1. Bagaimana anda boleh menggunakan Ninja Dashboard?

Beli Ninja Packs hari ini secara atas talian untuk menghantar bungkusan anda. Tersedia dengan penghantaran terus ke rumah anda dalam masa satu hingga tiga hari bekerja.

Ninja Packs Collection

Ninja Packs Collection


Setelah menerima bungkusan anda, anda boleh memasukkan barang anda ke dalam bungkusan dan menyiapkannya untuk diserahkan ke pusat Ninja Point. Kami mempunyai lebih 4000 Ninja Point di Semenanjung Malaysia. Supaya anda dapat menghantar bungkusan anda dengan mudah di Ninja Point yang berdekatan dengan anda.


#2. Cara membuat pesanan secara dalam talian melalui Ninja Dashboard.

Log masuk ke dalam Ninja Dashboard dan masukkan akaun anda. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun, boleh sahaja terus masuk untuk bermula.

Tetapi jika anda tidak mempunyai akaun LITE, anda boleh daftar disini!

Lihat video di bawah ini untuk mengetahui cara membuat pesanan anda menggunakan Ninja Dashboard. Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi halaman Panduan Langkah demi Langkah dan Panduan Membuat Video Pesanan untuk info lanjut.


Buat pesanan secara online jer! Cubalah Ninja Packs hari ini

ninja trial pack

Gunakan kod promo kami untuk mendapatkan Ninja Trial Pack secara PERCUMA.

Kod Promo: BLOGNINJA


Klik DISINI untuk tebus Ninja Pack anda secara percuma.