Putar & Menang Diskaun. Terma & syarat >

Berminat nak membuat drop shipping? Ini perkara yang anda WAJIB tahu

Drop shipping bukanlah sesuatu yang asing terutamanya bagi mereka yang mencari model perniagaan berisiko rendah di Malaysia.

Semakin hari, semakin ramai orang yang mula berminat untuk menjadi ejen drop shipping. Perniagaan jenis ini juga semakin rancak berkembang dengan kelahiran platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Adakah anda berminat untuk membuat drop ship untuk jana pendapatan anda tahun ini? Teruskan membaca artikel kami kerana ianya adalah untuk anda!

Banyak kelebihan yang anda boleh dapat bila anda membuat drop shipping kerana ianya sangat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

Anda tidak perlu risau untuk menyimpan stok, hantar barang atau menjaga inventori produk.

Sebagai drop shipper, apa yang anda perlu buat ialah anda hanya perlu promosikan produk dan ambil pesanan dari pelanggan anda. Teruja nak buat drop shipping? Mari kami kongsikan beberapa perkara yang perlu anda ketahui mengenai drop shipping.


  1. Pemilihan produk amatlah PENTING

Billions On Showtime GIF by Billions

Drop shipping adalah perniagaan yang boleh dilakukan secara sambilan yang boleh membantu anda memperoleh keuntungan, terutama jika anda memilih jenis produk yangtepat untuk dijual.

Sekiranya anda baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia drop shipping, pada permulaannya, memang agak sukar untuk memilih produk kerana terdapat banyak lambakan produk untuk dipilih!

Ada drop shipper yang memilih untuk menjual produk mengikut trend pasaran kerana terdapat permintaan untuk produk tersebut. Sekiranya anda memilih untuk menjual produk dengan ciri yang sama, anda tidak lagi perlu risau untuk mencari pelanggan kerana produk yang popular sememangnya mempunyai permintaan daripada pasaran. Cuma, anda mungkin perlu bersaing dengan drop shipper lain kerana ramai yang mungkin akan menjual benda yang sama.

Tetapi pada akhirnya, ianya bergantung dengan sasaran pasaran anda juga.

Anda juga boleh memilih untuk menjual produk mengikut target pelanggan anda. Contohnya, kalau anda nak menjadi penjual barangan K-Pop misalnya, kenalah anda jual dekat peminatnya sendiri. Lagi-lagi kalau anda sendiri adalah peminat merchandise K-Pop.

Selain pilihan produk, anda perlu juga perlukan memikirkan mengenai agen supplier produk anda.

Pastikan anda mempunyai hubungan baik dngan pembekal produk anda atau leader anda kerana ianya membantu dalam memastikan pesanan anda dipenuhi dengan segera.

2. Cuba dahulu produk atau pesanan anda

teeth presenting GIF by HiSmileTeeth

Salah satu perkara yang sering tidak diambil endah oleh drop shipper ialah mereka tidak menguji atau mencuba produk yang mereka jual terlebih dahulu.

Tidak dinafikan walaupun anda sebagai drop shipper, anda boleh sahaja jual barang tanpa perlu melihat produk tersebut kerana anda sendiri tidak perlu memegang stok barang.

Tapi, ada risikonya kalau anda jual barang yang anda tidak ada ilmu mengenainya, dan cara pengendalian dan penghantaran pesanan kepada pelanggan.

Kami sarankan agar agen drop shipper cuba terlebih dahulu produk sebelum menjualnya.

Ini kerana amat mudah untuk anda menjual produk yang berkualiti tinggi kepada pelanggan anda kerana anda sendiri mempunyai pengalaman menggunakannya. Barulah asli!

Untuk mengelakkan sebarang masalah, anda perlu memeriksa kualiti produk tersebut sebelum anda menjualnya. Apa yang lebih baik daripada mencubanya sendiri?

Untuk memproses pesanan, anda boleh mencuba sendiri untuk membeli produk tersebut sebagai pelanggan.

Meletakkan diri anda sendiri sebagai pelanggan akan lebih membantu anda untuk menjual produk tersebut dengan baik.

3. Drop shipping boleh menjadi mencabar, tapi banyak ganjarannya.

happy make it rain GIF by Kohl's

Konsep drop shipping memang kedengaran mudah.

Cabaran sebenar bila anda buat drop shipping ini ialah anda kena lebih menyerlah daripada pesaing lain yang menjual barangan yang sama dengan anda.

Perkara yang anda lakukan haruslah berbeza dengan orang lain, mungkin dari segi cara anda menjual, dan cara anda mempromosikan produk anda.

Oleh sebab itu, anda perlu bijak merangka strategi agar anda boleh memasarkan produk anda secara berbeza untuk menarik pelanggan anda.

Lihat bagaimana cara peniaga berjaya menjual produk mereka dan cuba anda ambil inspirasi daripada cara mereka melakukannya.

Anda bukan sahaja dapat belajar cara untuk mengurus perniagaan anda, tetapi juga anda boleh belajar cara mengembangkan perniagaan anda dengan strategi pemasaran yang berkesan.

Banyak syarikat yang menawarkan panduan dan bimbingan kepada dropshipper tentang cara mula menjual, copywriting dan foto produk. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana ini boleh menjadi pengalaman yang baik bagi anda untuk berkembang sebagai pemilik perniagaan.