Kepada semua pelanggan, bermula pada Januari 2021, anda boleh membuat pendaftaran akaun untuk menikmati pelbagai faedah dan ganjaran!

Nak kembangkan perniagaan anda? Cuba 8 strategi pemasaran ini tanpa kos mahal!

Ketahui strategi dan teknik permasaran dengan kos rendah yang akan membantu perniagaan anda di Malaysia

Sekiranya anda memiliki perniagaan, anda mesti tahu betapa susah nak mengembangkan perniagaan anda. Bukan setakat nak mengendalikannya sahaja, anda seharusnya tahu bagaimana anda boleh memasarkan perniagaan anda untuk mendapat lebih ramai pelanggan.

Begitulah adat berniaga. Kalau hendak untung, kenalah keluarkan modal terlebih dahulu. Itulah nama pemasaran.

Credit: Giphy

Seperti yang anda sudah sedia maklum, kos pemasaran sememangnya agak mahal. Walaupun begitu, ianya amat penting bagi sesebuah perniagaan. Dengan pemasaran, anda boleh mempromosikan dan meningkatkan jualan perniagaan anda.

Seperti kita sedia maklum, Covid-19 telah memberikan kesan dan impak yang besar pada banyak perniagaan di Malaysia. Ramai diantara peniaga yang telah menerima kesannya dan kami mengerti buat masa ini, apa yang lebih penting bagi peniaga adalah untuk mempertahankan bisnes mereka.

Dan ini boleh dilakukan dengan mengambil langkah-langkah dan strategi pemasaran perniagaan yang berkesan untuk membantu perniagaan anda.

Ini adalah masa terbaik untuk anda mengambil peluang untuk mengembangkan perniagaan anda. Jom baca 8 strategi pemasaran dengan kos rendah yang anda boleh lakukan hari ini.

1. Content is king

Credit: Pexels

Ini merupakan sebuah ungkapan yang cukup tidak asing lagi dalam dunia pemasaran. Peniaga yang hebat dalam pemasaran adalah peniaga yang dapat menghasilkan penceritaan mengenai jenama mereka. Anda perlu mengetahui betapa pentingnya kandungan dan penceritaan untuk perniagaan anda. Ia juga membantu merapatkan diri anda dengan pelanggan anda.

Membuat blog adalah salah satu strategi pemasaran yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa. Kalau anda pandai menulis blog, lagilah baik!

Salah satu nasihat penting daripada pakar pemasaran yang anda boleh praktikkan ialah apa jua kandungan seperti posting ataupun perkongsian yang anda buat mestilah relevan dengan perniagaan anda dan juga bermakna buat pembaca anda. Selain itu, satu tip menarik untuk anda ialah dengan menghasilkan kandungan yang menarik yang dekat dihati mereka.

Sewaktu anda ingin menghasilkan kandungan anda, fikirkan mengenai audiens anda. Apa yang mereka suka baca dan apa yang bermanfaat untuk mereka. Dengan menyelidik kandungan yang mereka suka baca, ia akan membantu anda untuk membuat kandungan yang bermanfaat tetapi pada masa boleh juga menarik minat pembaca menjadi pelanggan anda.

Tanya soalan-soalan ini terlebih dahulu sebelum anda mula menulis.

Adakah audien saya akan tertarik dengan artikel ini?
Adakah ia membantu saya untuk mempromosikan perniagaan saya?

Selepas anda mempunyai kandungan menarik untuk dipromosikan, audien akan mula tertarik dengan artikel anda, secara tak langsung anda mungkin mempunyai pembaca yang setia!

Tip #1: Kandungan blog seperti tips, ulasan dan tutorial adalah antara kandungan yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Anda juga boleh menulis artikel yang berinformasi untuk dikongsi bersama pembaca anda.

2. Gunakan kuasa media sosial

Credit: Unsplash

Makan, tidur, semuanya sekarang mesti bermula dengan media sosial. Itu sahaja telah menunjukkan betapa besar pengaruh media sosial dalam kalangan masyarakat kita sekarang. Semakin ramai orang menggunakan media sosial untuk pemasaran dan, sekiranya anda sendiri tidak menggunakannya, ia sememangnya merugikan kerana dimana sahaja pelanggan anda berada, disitulah sepatutnya anda berada.

Apa yang menarik dengan media sosial ini ialah orang ramai dapat mengenali jenama anda dengan lebih dekat dan meningkatkan kehadiran anda dalam alam maya. Platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, dan Tiktok, adalah platform yang boleh anda gunakan untuk bisnes anda.

Menurut Vase.ai berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2019, lebih dari 66% rakyat Malaysia yang membeli belah bersetuju bahawa salah satu rangsangan untuk membeli belah atas talian adalah melalui laman media sosial dan laman web eDagang. Laman web dan aplikasi seperti YouTube, Vimeo, dan Twitch juga adalah satu faktor yang membantu pelanggan untuk membuat pembelian.

Masih rasa media sosial tak penting?

Tips #2 Jangan hanya post gambar dan video sahaja dalam laman media sosial anda. Tetapi cuba anda mula berinteraksi dengan pelanggan untuk membina kepercayaan anda. Anda juga boleh berinteraksi dengan akaun media sosial jenama lain untuk menarik perhatian pelanggan lain.

3. Hasilkan video informatif

Credit: Pexels

Tahukah anda, video juga boleh membantu meningkatkan jualan perniagaan anda. Sebelum rakyat Malaysia membuat pembelian, mereka akan membaca ulasan dan panduan terlebih dahulu untuk membantu mereka membuat keputusan. Video anda boleh datang dalam bentuk testimoni blog atau video berpendidikan.

Tetapi, kami faham bukan semua orang boleh membuat video.

Sekiranya anda tidak mempunyai bajet untuk menggaji editor video sebagai pekerja anda, anda boleh sahaja mengupah khidmat editor video bebas. Sekiranya, anda mempunyai pekerja yang boleh membuat video untuk anda, ia merupakan bonus buat anda!

Tips #3 Terdapat laman web yang menawarkan editing video untuk pemasaran secara percuma atau pada harga berpatutan.

4. Infografik

Credit: Canva

Infografik adalah gambaran visual yang padat dengan maklumat. Apa yang menarik buat infografik ialah ianya mudah untuk dikongsikan dan penuh dengan gambaran berwarna warni. Infografik juga boleh membantu mempromosikan bisnes anda dan membantu membawa trafik ke laman web anda.

Untuk permulaan, anda boleh berkongsi fakta mengenai industri anda atau sebarang tips berkaitan dengan perniagaan anda yang anda rasakan boleh memberi manfaat untuk audien ada.

Tips #4: Seperti video, Infografik adalah grafik yang tidak mudah dihasilkan tetapi jangan risau kalau anda tidak mempunyai bakat grafik kerana anda boleh menghasilkannya dengan laman web seperti Piktochart.

5. Buat peraduan atau giveaway

Pernahkah anda menyertai apa-apa pertandingan secara atas talian ataupun melihat giveaway di laman media sosial?

Seronokkan pertandingan begini?

Manakan tidak, ramai peniaga menggunakan pertandingan ataupun giveaway untuk menarik ramai lagi pelanggan untuk mengenali jenama mereka sebagai salah satu taktik pemasaran. Bukan sahaja boleh tambah followers, tetapi anda juga boleh mendapat ramai jualan daripada pelanggan.

Credit: Giphy

Dengan pertandingan begini, ia dapat membantu mempromosikan perniagaan anda dengan mudah dan turut membantu mengembangkannya. Pengikut akaun anda juga akan bertambah teruja dan sentiasa mengikuti perkembangan bisnes anda.

Tips #5: Pilihlah dan rancang peraduan atas talian yang terbaik buat bisnes anda. Sekiranya anda ingin mempromosikan pakaian, cuba gunakan caption Instagram seperti #OOTD ataupun gunakan hashtag #namakempen anda.

6. Menggunakan kembali bahan yang anda ada

Credit: Unsplash

Bukan senang nak mendapatkan idea untuk mendapatkan kandungan yang menarik dan menghiburkan. Tetapi, anda sebenarnya tidak perlu untuk mencari idea baru setiap masa. Anda hanya perlu menggunakan semula bahan lama yang anda ada dan jadikannya seperti baru.

Adakah kandungan blog anda mempunyai banyak perkongsian daripada pembaca? Apa kata ambil isi kandungannya dan jadikannya seperti video?

Atau adakah anda mempunyai artikel lama yang boleh diberi nafas baru? Anda boleh hasilkan siri email pendidikan untuk pelanggan.

Tips #6: Ambil masa anda untuk melihat semula kandungan lama anda dan buat pemasaran baru untuk bisnes anda.

7. Minta ulasan daripada pelanggan anda

Credit: Pexels

Lihat bagaimana Shopee sentiasa menggalakkan pembeli untuk meninggalkan ulasan kepada peniaga atas talian selepas anda membeli produk mereka? Ini dipanggil social proof. Dalam pemasaran ianya adalah satu testimoni atau demonstrasi daripada pelanggan yang telah menggunakan produk anda dan menjadi suatu pembuktian dan rujukan buat pelanggan lain. Ulasan dan, komen-komen positif adalah satu contoh social proof yang sangat penting untuk membuktikan bahawa produk anda mempunyai nilai yang amat berharga.

Bukankah sebelum kita membeli sesuatu, kita akan membaca pelbagai ulasan daripada pelanggan terdahulu untuk membuat keputusan?

Oh, saya patut dapatkan barang ini!
Barang ini ada 5 bintang rating!

Bukti media sosial adalah cara terbaik untuk anda mempromosikan jenama anda dalam media sosial.

Jangan takut dengan ulasan buruk kerana ianya bukanlah sesuatu yang dapat dikawal oleh mana-mana peniaga. Tetapi, melalui ulasan beginilah yang membantu pelanggan untuk mengenal pasti bagaimana perniagaan mengawal situasi apabila berlaku perkara tidak diingini.

Bahkan melalui ulasan inilah, ianya akan membantu anda mendapatkan pelanggan. Ini kerana anda telah mula mendapatkan kepercayaan dan kredibiliti daripada pelanggan.

Tips #7: Apa juga ulasan yang diberikan oleh pelanggan, baik ataupun buruk, anda perlulah respons dengan berhemah dan jangan lupa ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan.

8. Referral Program

Credit: Pexels

Selain daripada social proof ataupun bukti sosial, tahukah anda dengan saranan dan cadangan daripada orang ramai juga boleh membantu meningkatkan pelanggan anda?

Selain Google Business reviu untuk social proof, program refferal ini sememangnya sangat membantu pemasaran anda.

Tips #8 Cuba anda tawarkan ganjaran yang menarik atau insentif kepada pelanggan anda setiap kali mereka menyarankan bisnes atau perkhidmatan anda kepada rakan atau keluarga mereka.

Inilah dia 8 strategi pemasaran yang anda boleh praktikkan kerana ianya telah membantu ramai pemilik perniagaan di seluruh dunia.

Malah, ianya mudah dilakukan dan tidak memerlukan banyak modal untuk memulakannya!

Selain strategi pemasaran yang berkesan, anda juga memerlukan khidmat penghantaran barang yang efektif, pilihlah Ninja Pack sebagai pek berbayar terbaik untuk penghantaran perniagaan anda. Cubalah pek berbayar kami hari ini untuk penghantaran barangan kepada pelanggan anda dengan cepat!

Sumber:

https://vase.ai/resources/2017onlineshoppingtrends/ via https://janio.asia/articles/why-are-malaysians-shopping-online/