Kepada semua pelanggan, bermula pada Januari 2021, anda boleh membuat pendaftaran akaun untuk menikmati pelbagai faedah dan ganjaran!

4 tips cara bungkus barang untuk elak kerosakan (Nombor #3 anda kena cuba!)

Selain memastikan bisnes berjalan dengan baik, para pemilik perniagaan juga perlu menjaga 1 perkara ini. Kalau anda hendak tahu, mereka mestilah perlu menjaga hubungan baik dengan pelanggan dan memastikan pelanggan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.

Tetapi biasalah adat berniaga. Sebagai pemilik perniagaan, sudah pasti anda pernah menerima maklum balas berbaur marah daripada pelanggan anda mengenai servis ataupun aduan mengenai barangan rosak setelah mereka menerimanya.

Apabila perkara sebegini berlaku, pelanggan pasti akan meminta ganti rugi untuk barangan mereka, dan anda tidak boleh berbuat melainkan untuk membayar semula ganti rugi tersebut.

Perkara begini kalau dibiarkan berterusan, pasti ianya akan menghalang anda daripada membina hubungan baik dengan pelanggan anda. Malah, reputasi anda turut boleh terjejas disebabkan perkara ini.

Permasalahan ini mungkin berpunca disebabkan oleh kelemahan pembungkusan daripada pihak anda. Jadi, kami ingin berkongsi kepada anda empat tips cara pembungkusan terbaik untuk membantu mengelakkan bungkusan anda pecah ataupun rosak sewaktu dihantar kepada pelanggan .

#1 Pakai kotak pembungkusan yang tahan lama!

Credit: Unsplash

Dengan menggunakan kotak berkualiti tinggi dan tahan lasak, anda boleh melindungi barangan anda daripada kerosakan dan, ianya juga memberi perlindungan tambahan untuk barang anda. Ini kerana barang anda akan melalui banyak hentian sebelum sampai ke tangan pelanggan anda.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk menggunakan kotak lama, perkara pertama yang anda perlu buat ialah memeriksa terlebih dahulu keadaan kotak tersebut. Periksa jika terdapat sebarang kerosakan atau kebocoran pada kotak dan juga lihat sekiranya terdapat sebarang label lama pada kotak. Kalau tidak, silap haribulan barang anda akan dihantar ke alamat yang salah pula.

#2 Jangan bungkus barang anda dengan kain ataupun bungkusan fabrik

Credit: Pexels

Bungkusan jenis fabrik ataupun kain memang nampak menarik untuk dijadikan sebagai pembalut kerana ianya cantik. Malangnya, pembalut jenis ini tidak memberikan perlindungan yang kuat untuk barangan anda, tidak sama seperti kotak kadboard. Ini boleh mengakibatkan barangan anda mudah terdedah kepada kerosakan sewaktu dalam penghantaran.

Masih lagi nak bungkus barangan anda dengan fabrik kain? Untuk keselamatan, lebih baik anda jangan gunakan.

#3 Gunakan padding atau bubble wrap (sangat disarankan)

Credit: Pexels

Sekiranya barangan anda adalah jenis mudah pecah, padding atau bubble wrap adalah salah satu elemen penting dalam pembungkusan. Percayalah kepada kami, tanpa kedua perlindungan ini, bungkusan anda akan mendapat lebih risiko kerosakan semasa penghantaran atau sewaktu salah pengendalian.

Satu perkara lagi yang anda harus ingat ialah anda perlu melabel barang anda dengan pelekat mudah pecah kerana ia membantu memastikan keselamatan barang anda.

Sekiranya anda berpendapat bahawa bubble wrap tidak mencukupi untuk bungkusan anda, mengapa tidak anda mencuba Padded Ninja Packs kami untuk perlindungan yang lebih baik untuk pakej anda.

#4 Gunakan pelekat yang kuat

Credit: Pexels

Masih ingat pita pelekat yang anda gunakan untuk projek kraf seni anda di sekolah, ataupun pelekat jenis washi yang anda gunakan untuk balut hadiah anda? Pelekat jenis ini adalah sangat tidak sesuai untuk digunakan pada pembungkusan sebegini.

Nak tahu pita pelekat bagaimana yang sesuai dengan pembungkusan anda? Mudah sahaja! Cari pelekat jenis industri dan pastikan ianya mempunyai gam yang benar-benar kuat.

Pelekat yang baik dan berkualiti amat penting untuk memastikan bungkusan anda boleh dibungkus dengan kemas dan ketat.

Akhir sekali, tips tambahan kami untuk anda.

Pilihlah perkhidmatan kurier yang boleh dipercayai.

Untuk penghantaran barangan, anda mesti memilih perkhidmatan kurier terbaik yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik yang sesuai dengan keperluan anda.

Kami di Ninja Van bangga dengan kemampuan kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk barang anda dengan penghantaran segera dalam masa 1 hingga 3 hari bekerja. Segalanya tidak mustahil dengan Ninja Pack kami!

Cubalah Ninja Pack hari ini bersama Regular Ninja Pack dan Padded Ninja Pack untuk perlindungan tambahan! Tidak pasti saiz mana yang anda hendak dibeli? Mari dapatkan Trial Ninja Pack !

Gunakan kod promo WELCOME.

span>

Photo credit: Pexels