Pelajari 4 Cara Terbaik untuk Menjual Produk Melalui Media Sosial

Ketahui 4 rahsia bagaimana anda boleh menjual dengan mudah menggunakan media sosial dengan kos sifar

Tahukah anda bahawa pengguna media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia menghabiskan purata lima jam empat puluh tujuh minit sehari di media sosial, menurut kajian dari YouGov (2019)? Ini bersamaan dengan 20% masa sehari anda yang telah dihabiskan hanya untuk media sosial sahaja!

Terdapat banyak perniagaan pada masa ini telah menggunakan media sosial sebagai sebahagian daripada perancangan pemasaran mereka.

Tetapi pada masa yang sama, kami juga melihat terdapat banyak perniagaan yang tidak menggunakan media sosial mereka dengan baik.

Jualan di media sosial jika dilakukan dengan betul dan berkesan, boleh terbukti menjadi platform menguntungkan yang berpotensi meningkatkan keuntungan perniagaan anda dan mengembangkan jaringan pelanggan anda.

Adakah ingin menggunakan media sosial untuk menjual produk anda? Berikut adalah empat petua mudah untuk anda menjual barang di mana-mana platform media sosial. Ini satu tips tambahan! Anda perlu ingat bahawa platform media sosial adalah tempat untuk anda bersosial dan membina rangkaian.


#1. Jangan terlalu menjual secara langsung ataupun hard-selling dengan kerap.

Kredit: Giphy.com

Adakah ini anda? Sentiasa update posting mengenai promosi perniagaan anda secara terus menerus mengenai perniagaan anda setiap masa, tetapi tidak ada satu pun respons daripada pelanggan. Bila anda selalu post mengenai produk anda secara hard-selling akan membuatkan orang jadi malas nak tengok halaman anda. Malah, ia membuatkan anda mudah untuk kehilangan pengikut. Sekiranya anda terus menyiarkan produk anda dengan cara yang sama tanpa sebarang kreativiti, susah untuk anda menarik perhatian pelanggan anda.

Terlalu banyak posting mengenai promosi perniagaan di timeline atau feed Facebook sekarang ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Ini menunjukkan bahawa anda bukan sahaja bersaing dengan jenama lain, tetapi anda juga menentang algoritma Facebook di sini.

Kerana setiap kali pengguna melayari suapan mereka, Facebook hanya akan menunjukkan kandungan yang relevan berdasarkan tingkahlaku pengguna. Platform media sosial adalah tempat untuk orang bersantai dan untuk merehatkan fikiran daripada kesibukan perkerjaan atau lain-lain.


#2. Anda boleh buat hard selling…tapi ada caranya.

Kredit: Giphy.com

Hard selling bukanlah sesuatu yang salah, tetapi cara anda mahu memainkan strategi ini mestilah tepat dan selaras dengan kehendak pelanggan anda. Kuncinya di sini adalah untuk memberi pelanggan anda apa yang mereka mahukan.

Secara jujur, tiada siapa yang sukakan promosi jualan keras secara berterusan. Penonton anda memerlukan sesuatu yang bernilai bagi mereka, dan teknik terlalu menjual secara langsung ini tidak memberikan apa yang mereka perlukan.

Tetapi ada sesuatu yang boleh anda lakukan, anda boleh memberikan jemputan atau akses eksklusif mengenai promosi anda, baik diskaun atau penjualan produk. Walaupun anda membuat posting hard selling, anda masih boleh membuat kandungan atau posting yang menarik untuk pengikut anda. Beri mereka sesuatu untuk dinantikan sekiranya berkaitan dengan promosi yang akan datang. Anda juga boleh membuat teaser untuk membuatkan mereka teruja.

Guna kedua teknik hard selling anda dengan strategi soft selling (penjualan secara halus) supaya pengikut anda masih dapat berhubung dengan anda dan menyedari kehadiran anda dalam perniagaan. Anda boleh menggunakan teknik penjualan keras 20% dengan penjualan lembut 80% untuk memberi nilai kepada pelanggan anda. Atau, anda juga boleh menggunakan pendekatan 7 hari seminggu. Enam hari untuk anda tawarkan kandungan menarik seperti tips, info lucu dan sbg, dan satu hari untuk promosi produk. Apa sahaja strategi yang anda gunakan, pastikan bahawa posting hard selling anda tidak terlalu banyak dan kerap.


#3. Gunakan pendekatan soft selling dalam pemasaran.

Kredit: Giphy.com

Kami ada menyebut mengenai soft selling pada poin diatas. Pendekatan soft selling amat berbeza dengan hard selling. Ianya lebih fokus kepada membina hubungan dengan pelanggan menerusi pendekatan yang lebih lembut dan tidak nampak seperti anda memaksa pelanggan untuk membeli dengan anda.

Sesuatu yang anda harus ingat ialah, bukan semua orang akan terus membeli produk anda selepas anda mempromosikannya.

Oleh kerana pendekatan hard selling anda tidak berfungsi, anda harus belajar bagaimana untuk melakukan soft selling dalam kandungan anda. Ianya boleh dilakukan dengan copywriting yang berkesan.

Mengapa tidak ada gunakan teknik penceritaan? Beritahu pelanggan anda mengenai produk anda secara kreatif. Buat video menarik, ajukan pertanyaan kepada mereka, hantar ulasan testimoni dan foto serta maklum balas pelanggan anda dan libatkan mereka dalam kandungan anda. Jadilah pakar dalam bidang anda dan jadilah penyelesai masalah, agar pelanggan anda tahu ke mana mereka harus rujuk ketika mereka mempunyai pertanyaan.


#4. Jadilah positif dan banyakkan interaksi dengan pengikut anda.

Kredit: Giphy.com

Dengan bersosial di media sosial, anda boleh mendapat banyak faedah dan manfaat. Kerana ini boleh meninggalkan kesan positif kepada perniagaan anda dalam jangka masa panjang. Walaupun penting untuk anda berinteraksi dan bersosial di platform, penting juga buat anda untuk bersikap positif. Kadang kala, pelanggan akan memberikan maklumbalas negatif untuk perniagaan anda. Jadi penting untuk anda kekal positif dan terus meningkatkan hubungan anda dengan pengikut anda.

Pengikut anda ingin merasakan bahawa suara mereka didengari.

Jadi apabila mereka memberikan komen atau ulasan, cuba rakamkan penghargaan anda dengan meninggalkan komen. Sekiranya ada ruang untuk anda berinteraksi dengan pengikut anda, jangan lupa balas komen mereka!

Jenama yang bersosial dan berinteraksi dengan peminat dan pengikutnya menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam pengiktirafan jenama dan membantu mewujudkan hubungan yang bermakna dengan peminat anda juga. Kajian dari Weber Shandwick dan Forbes Insights (2011) menunjukkan bahawa reputasi jenama berpengaruh memberi impak pada jenama pengaruh dalam talian. Semakin anda berinteraksi dengan pengikut anda, semakin besar kemungkinan mereka akan membeli dari anda.

Media sosial adalah platform yang bagus untuk mana-mana pemilik perniagaan, sama ada besar atau kecil untuk melakukan pemasaran dan yang paling penting, ianya adalah PERCUMA untuk digunakan. Manfaatkan peluang ini hari ini dengan empat tips kami dan perhatikan bagaimana perniagaan anda berkembang.


Cara terbaik untuk memikat hati pelanggan ialah dengan khidmat penghantaran yang cepat.

Ninja Packs Collection

Banyak perniagaan telah berjaya apabila mereka memberikan khidmat pelanggan terbaik kepada pelanggan mereka.

Dengan memberikan perkhidmatan terbaik menerusi penghantaran yang berkesan, ia pastinya akan memberikan impak pada pelanggan anda.

Ubah perniagaan anda dengan memilih Ninja Pack hari ini untuk penghantaran barang yang lebih cepat dengan harga berpatutan!

Gunakan kod promo untuk mendapatkan Ninja Trial Pack secara PERCUMA untuk anda menghantar barangan anda!

Gunakan kod promo: BLOGNINJA untuk menebus Ninja Trial Pack hari ini dan mendapat 3 saiz berbeza dalam 1 pek.

Klik disini untuk mendapatkan Ninja Trial Pack anda hari ini.

Sumber:

Yougov
Socializing Your Brand: A Brand’s Guide to Sociability A GLOBAL STUDY BY WEBER SHANDWICK AND FORBES INSIGHTS