Putar & Menang Diskaun. Terma & syarat >

Berniaga sendiri? 3 sebab kenapa anda perlu gunakan Polymailer untuk hantar produk anda.

Adakah anda ingin berniaga secara online, dan sedang mencari bahan pembungkusan yang sesuai untuk membungkus barangan anda? Pembungkusan barangan yang elok dan kemas amat penting untuk menjamin keselamatan barangan anda. Kadang-kadang, kalau anda gunakan kadboard semata tak boleh jamin keadaan barang anda selamat.


Apa yang anda perlukan ialah alternatif pembungkusan yang boleh melindungi barangan anda sewaktu dihantar.

Sebab itulah, kami di Ninja Van telah mencipta sebuah penyelesaian yang lebih yang akan membantu menyelesaikan masalah pembungkusan anda dengan menggunakan polimer.


Polimer ataupun sampul pos telah banyak digunakan secara meluas di Malaysia. Kebanyakan penjual atas talian sudah mula menggunakan polimer untuk menghantar barangan mereka. Ini kerana penggunaan polimer memang sangat berbaloi bagi peniaga-peniaga.


Ia bukan sahaja dapat membantu anda menjimatkan kos tambahan, tetapi juga dapat memberikan perlindungan yang lebih baik daripada kotak.


Adakah anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Berikut adalah tiga sebab mengapa anda harus memilih sampul polimer untuk penghantaran barangan anda kepada pelanggan.


1.     Saiz padat dan sesuai untuk semua jenis barangan


Walaupun penggunaan kotak lebih tahan lama dan lasak, tetapi ianya mengambil banyak ruang berbanding dengan polimer.

Polimer mempunyai saiz yang lebih padat, kecil dan boleh dimuatkan atau disimpan dimana-mana dengan mudah.


Ianya juga ringan dan nipis yang akan lebih memudahkan penghantaran produk anda kerana ruang yang diperlukan adalah sedikit.


Berbanding dengan kotak, ianya jauh lebih berat kerana ruang yang lebih besar dan boleh menyebabkan anda perlu membayar kos penghantaran tambahan.


Sekiranya anda menggunakan polimer, ianya akan membantu mengurangkan kos anda kerana saiznya  yang jauh lebih ringan. Malah, anda tidak perlu bayar cas yang banyak berbanding dengan penggunaan kotak.


2.     Menjimatkan bajet dan masa anda


Membungkus dan menghantar barangan kepada pelanggan sememangnya mengambil masa dan boleh meningkatkan kos anda. Namun dengan memilih polimer, anda boleh mengurangkan banyak kos ini!

Bagaimana polimer membantu anda dalam mengurangkan kos dan bajet anda?


Bila anda menggunakan kotak untuk menghantar barang, anda perlu menanggung kos untuk bahan tambahan seperti pita pelekat dan bubble wrap.


Tetapi tidak dengan polimer, kerana anda tidak perlukan bungkusan yang rumit seperti kotak.


Malah, anda juga boleh dapat menjimatkan banyak masa kerana anda tidak perlu lagi risau untuk mengambil terlalu banyak masa daripada membungkus atau mengemas produk anda.


 

3.    Sesuai untuk penghantaran produk jenis e-dagang

 

Polimer memang sangat sesuai dan ideal digunakan oleh peniaga online lagi-lagi kalau anda nak menghantar barang-barang kecil atau produk yang mempunyai kemasan yang kukuh.


Produk apa yang sesuai untuk anda hantar menggunakan polimer?

Pilih polimer sekiranya anda ingin menghantar pakaian, beg, atau bahan fabrik yang tidak mudah rosak sewaktu penghantaran.


Selain itu, anda juga boleh menghantar buku kerana ianya lebih tahan lasak yang mana polimer sangat sesuai digunakan untuk tujuan ini.


Begitu juga dengan produk kecantikan kerana ianya mempunyai pembungkusan yang tegap dan kuat. Anda juga boleh menggunakan bubble wrap untuk lebih melindungi barangan anda.


Perkhidmatan penghantaran terbaik bermula dengan Ninja Pack


Memilih polimer yang tepat akan memberi manfaat kepada anda dalam jangka masa panjang kerana ia membantu memastikan barangan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Apa yang anda perlu buat adalah memastikan anda membeli saiz yang sesuai untuk barangan anda.


Dengan Ninja Pack, anda boleh memilih untuk menghantar barang anda dalam saiz XS, S, M Lite dan M. Pilih saiz XS dan S jika anda menghantar barang kecil, atau pilih ukuran M Lite dan M untuk menghantar barang, pakaian atau kasut yang besar.


Kami mempunyai dua jenis Ninja Pack. Ninja Pack Regular adalah sejenis polimer atau pembungkusan biasa yang tidak mempunyai bubble wrap. Sekiranya anda memerlukan perlindungan tambahan untuk barang anda, anda boleh memilih Padded Ninja Pack kerana ianya mempunyai padding yang serupa dengan bubble wrap yang terdapat di dalamnya.


Dilengkapi dengan teknologi masa nyata yang eksklusif, anda boleh dapat mengesan bungkusan anda dengan mudah dengan menggunakan Ninja Tracking ID dimana sahaja, pada apa jua waktu.


Sebagai bonus tambahan untuk anda, Ninja Pack turut mempunyai penghantaran PERCUMA terus ke rumah anda. Jadi, anda tidak perlu membayar kos penghantaran tambahan.


Sekiranya perniagaan anda menghantar kurang dari 250 bungkusan sebulan, anda harus mencuba Ninja Pack!


Dan jika anda mempunyai perniagaan yang menghantar jumlah pesanan lebih daripada 250 bungkusan sebulan, daftar segeralah dengan akaun pro kami!


Berita baik untuk pembaca kami!

Kami ada tawaran istimewa untuk anda: D


Gunakan kod promo kami WELCOME dengan RM5 untuk pembelian Ninja Pack pertama anda.